PkpYr2.206]ENDEMIC
*[PkpYr2.206]ENDEMIC?*
#Kelangsungan Hidup era Endemic dan Alhamdulillah Hujan.
# FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN: LANGKAH PENGENDALIAN HUKUM
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam kesejahteraan buat mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, ipar dan duai, saudara mara, sahabat sahabiah rakan taulan semua.
Walaupun ancaman covid19 belum berakhir, kehidupan harian sudahpun mula semakin menuju pada fasa yang lebih terbuka. Sedikit demi sedikit masing masing perlu persiapkan diri untuk kelangsungan kehidupan seterusnya. Alhamdulillah. Jangan lupa terus berdoa, jangan lupa untuk lebih setia, Sejarah membuktikan, ujian akan datang lagi.
Manusia tidak cukup dengan hanya berkata: “Kami telah beriman”, tidak dibiarkan dakwaan seperti itu hingga didedah ujian membuktikan kebenaran dakwaan itu.
“Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?”
(AlAnkabut:2-3).
Jaga diri jangan leka dan alpa..
Syukur lagi. Hujan telah menyimbah bumi sepetang semalam. Tiadalah nikmat paling besar dari Allah, hujan basah membasahi bumi membawa rahmat Nya. Inilah punca pada segala apa yang ada dimuka bumi ini yang tidak disedari kita. Sebulan sebelum hujan tak turun, resah bukan main kita semua. Ini semua ingatkan saya pada ayat terakhir dalam surah yang kita baca setiap malam sebelum tidur:
Almulk:30
قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَاؤُكُمْ غَوْرًا فَمَن يَأْتِيكُم بِمَاءٍ مَّعِينٍ
“Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatang kan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?"
Salah satu sumber kepada creativity yang ada pada manusia, maka jangan bangga diri, bukan siapapun kita jika Allah berhentikan pengaliran air dalam hidup kita. Ya Allah, jadikan hujan yang turun hari semalam bermanfaat dan ianya membawa rahmat.
Untuk pagi ini, sama sama kita tangguk ilmu lagi dari FIQHB SIASAH KHUALA ARRASYIDIN. Semoga ada kebaikan dunia dan akhirat..
#LANGKAH PENGENDALIAN HUKUM
OLEH KHALIFAH ABU BAKAR RA
1) Jika sesuatu hukum terdapat sandaran nas dalam al’ Quran, maka terus diputuskan penghakimannya
2) Sekiranya tiada nas dalam alQuran, maka hukum diambil daripada hadis yang pernah dinyatakan Nabi SAW
3) Sekiranya tidak diingatinya, maka Khalifah bertanyakan orang ramai dalam masjid yang ingat sebarang nas dalam alQuran atau Hadis.
4) Jika masih tiada daripada kedua dua, maka Khalifah akan berijtihad dengan ahli-ahli mesyuarat atau secara bersendirian.
Amalan ini juga dilakukan oleh para sahabat yang lain, mereka berpandu kan hadis Rasulullah SAW kepada Muaz bin Jabal RA, sabda Baginda; “Wahai Muaz sekiranya ada sebarang masalah bagaimanakah kamu akan menyelesai kannya?” Muaz menjawab: “Dengan kitab Allah.” Nabi SAW : “Sekiranya tiada dalam kitab Allah?” Muaz: “Dengan Sunnah Rasulullah SAW,” Rasulullah SAW bertanya: “Sekiranya tiada dalam sunnah Rasulullah?” Muaz menjawab: “Saya berijtihad.: Sabda Rasullah SAW: “Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberi petunjuk kepada utusan RasulullahSAW.” Riwayat al Tirmidhi 1327 dan Abu Dawud 3592
Berlaku konsep pemisahan kuasa di antara badan kehakiman dengan ketua negara dan pentadbiran. Sehingga prosesnya berlaku tanpa ada gangguan dari mana mana pihak. Hak yang demikian bagi menjamin keadilan dan menolak sebarang punca yang akan menyebab kan berlaku kezaliman. Penjalanan mahkamah berlangsung di masjid dan tempat yang lain. Para hakim laksana kan tugas dengan adab adab yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis hadis yang banyak.
Esok kita baca pula perihal keewangan zaman Abu Bakar ra.
*Akhir kalam..*
Hujan satu fenomena alam dalam pandangan manusia, sumber berkah, namun tidak jarang hujan mendatangkan musibah.
Ini semua memudahkan kita semua melakukan sunnah dan amal soleh dengan hanya berdoa setiap kali uijan datang.
Alhamdulillah
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Coretan,
*ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment