PkpYr2.206]ENDEMIC
*[PkpYr2.206]ENDEMIC?*
#SALAM JUMAAT.
# FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN: TGHA
#KEWANGAN part 1
(Zakat)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam hari penghulu segala hari buat mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, ipar dan duai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua.
Sempena hari yang mulia ini, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad Saw, juga ahli keluarga baginda, sahabat baginda serta orang orang yang nengikut jejak langkah baginda SAW.
Kita terus meniti jambatan kehidupan dari saru hari jumaat ke satu hari jumaat dengan penuh hati hati. Akan tetapi kekadang paginya kita selamat berjalan elok diatas jambatan kehiupan islam tapi petangnya tergelincir jatuh, sehinggakan terjelepuk pula ke lembah lembah dosa hina dan nista. Selepas itu kita penjat balik berjalan atas jambatan. Bagaimana kita hendak timbal balik semua singgahan kita di lembah lembah dosa durjana pada perkara hal yang sekurang kurangnya meringankan kita dari dosa dosa terutamanya dosa dosa besar?
Pagi Jumaat yang mulia ini, teringatlah saya pada satu hadis yang gabungkan hari Jumaat dan solat lima waktu.
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Solat lima waktu, Jumaat kepada Jumaat berikutnya adalah merupakan kaffarah (penghapus dosa) di antara keduanya selagimana tidak melakukan dosa besar.” [Riwayat Muslim (233)]
Di petik dari IRSYAD AL HADITH SIRI KE 365: HARI JUMAAT PENGHULU PADA SEGALA HARI.
“Imam alNawawi menyata kan setiap yang disebut di dalam hadis tersebut boleh menghapuskan dosa sekira nya terdapat dosa kecil untk dihapuskan. Sekiranya tidak terdapat dosa kecil/ besar maka akan dicatat baginya kebaikan dan diangkat darjat nya. Sekiranya terdapat dosa besar dan tidak terdapat dosa kecil, mudah mudahan perkara tersebut dapat meringankan dosa besar yang dilakukan. [al-Minhaj, 3/113]”
Allahuakbar. Kekallah solat lima waktu walaupun sibuk susah tara mana sekalipun.
Sempena jumaat yang mulia ini juga, jom kita teruskan bacaan buku Fiqh Siasah Khulafa ‘ Arrasyidin : Khalifah Abu Bakar assidiq tulisan TGHA.
*#KEWANGAN part 1*
(Zakat)
Sumber kewangan pada zaman Khalifah Abu Bakar RA sama sahaja dengan apa yang ada pada zaman Nabi SAW iaitu: zakat, ghanimah,
Al fai’, jizyan dan sedekan.
1) Zakat
Zakat ialah harta dipungut daripada penganut Islam melalui hasil ternakan dan pertanian, barang berharga yang mencukupi nisab dan masanya. Termasuklah zakat fitrah yang diwajidkan pada hari raya pada setiap orang Islam. Al-Quran telah pun menetapkan pembahagian nya berdasarkan firma Allah:
“Sesungguhnya sedekah sedekah (zakat) tiu hanyalah untuk orang-orang faqir, dan orang-orang miskin, dan amil amil yang menguruskan, dan orang orang mualaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan diri, orang orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang orang musafir (yang ketiadaan belanja) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datang) daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” Surah al-Taubah: 60
Apabila golongan yang pernah mendapat bahagian sebagai mualaf pada zaman Rasulullah SAW mahu Khalifah Abu Bakar RA meneruskan pembahagian ini kepada mereka, maka Umar bin al-Khattab dengan bertegas. Bagi Umar RA mereka sudah tidak berhak lagi, kerana tempoh sebagai seorang mualaf sudah tiada pada mereka.
Esok... Ghanimah
*Akhir kalam*
Hari Jumaat, hari agung disebabkan ada banyak kelebihan, keistimewaan dan kemuliaan berbanding hari hari yang lain. Untuk itu, kita selaku muslim baik lelaki ke atau wanita ke, perlu ambil berat terutamanya pada hari hari yang seperti Jumaat ini, moga kita tak mensia siakan kebesaran yang disediakan.
Tanggal 16 October yang lalu, genap lah tiga tahun penergian ayahanda haji Che Salleh Isa kerahmatullah. Alhamdulillah, berkumpul secara maya Google meet sebahagian anak cucu cicit nya sedekahkan bacaan yassin dan zikir La ila ha illallah pada arwah arwah kami, arwah anakda, mak ayah, datuk nenek moyang kami yang mendahului kami ke alam barzakh. Semoga amalan kami diterima untuk mereka dan kami juga dan sesungguhnya, inilah satu pengaran paling hebat untuk kami semua yang masih hidup.
Akhirnya, semoga Allah menjadikan kita daripada kalangan hamba hamba Nya yang ikhlas dalam beribadah pada Nya dan juga memberi kita kekuatan beristiqamah dalam melakukan amal soleh. Amin.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Tulisan pagi jumaat oleh,
*Ncs68@Seriminang*
Comments
Post a Comment