PkpYr2.207]ENDEMIC
*[PkpYr2.207]ENDEMIC?*
#Sekadar untuk renungan
# FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN: TGHA
#KEWANGAN part 2
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
kehadapan mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, ipar duai, saudara mara, sahabat sahabiah rakan taulan, Salam subuh seawal pagi sabtu yang serba mulia buat semua.
Alhamdulillah marilah sama sama kita memanjatkan rasa syukur kepada Allah swt diatas segala nikmat dan juga dugaan yang telah Dia aturkan pada kita. Seringkali kita ucapkan syukur jika mendapat nikmat atau yang mengembirakan namun adakah ianya sama ketika mana kita menerima ujian atau dugaan daripada Allah swt ?? Sama sama kita fikirkan dan renungkan sedalam2 sehingga mata kita tanpa disuruh mampu alir kan air untuk membasahi pipi dan wajah kita, pada setiap kegembiraan dan musibah yang mendatang.
Alhamdulillah. Hati semakin tidak keruan dek kerana kesibukan dan kesusahan dalam berdepan hidup yang semakin mencabar di usia tua begini. Semoga Allah tidak melepas kan diri kita mentadbir diri sendiri begitu saja..
Jom sambung bacaan Fiqh siasah Khulafa Arrasyidin khalifah abu bakar assidiq.
#KEWANGAN (part 2)
Sumber kewangan pada zaman Khalifah Abu Bakar RA sama sahaja dengan apa yang ada pada zaman Nabi SAW iaitu: zakat, ghanimah, Al fai’, jizyan dan sedekan.
•Ghanimah
Ghanimah ialah harta rampasan perang, yang diambil daripada musuh melalui peperangan, firman Allah:
“Dan ketahuilah bahawa apa sahaja yang kamu dapat sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagi kan) untuk (jalan) Allah, dan untuk Rasul Nya, dan untuk kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, seperti Ibn Sabil (orang musafar yang keputusan perbekalan), jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad SAW) pada ‘Hari al-Furqan.’ Iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar). Dan (ingatan) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
- Surah al-Anfat: 41
Ayat di atas menegaskan bahawa satu perlima (20%) dari harta ghanimah itu diserahkan kepada kerajaan Islam untuk keperluan negara dan masyarakat.
Manakala empat perlima lagi diserahkan kepada tentera yang terlibat dalam peperangan. Maka ghanimah menjadi sebahagian dari pendapatan kerajaan.
•Al-Fai’
Al-Fai’ merupakan jenis harta yg diambil tanpa berperang perkara ini dinyatakan oleh firma Allah;
“Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul Nya dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang., maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (perbekalan Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin serta orang-orang musafir (yang keputusan). Supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kami. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya.” Surah al-Hasyr: 7
Harta fai’ dibahagikan oleh kerajaan Islam mengikut pembahagian secara umum, termasuk bagi membantu rakyat bukan Islam yang memerlukan bantuan.
•Jizyah
Jizyah ialah bayaran yang dikenakan kepada orang yang bukan Islam secara cukai dengan ketetapan yang tidak membebankan. Bayaran ini aadlah bagi mengantikan zakat yang diwajidkan kepada penganut Islam. Perkara ini dinyatakan oleh firman Allah:
“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya, dan tidak beragama dengan agama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar ‘Jizyah’ dengan keadaan taat dan merendah diri.” - Surah al-Taubah: 29
Ayat di atas bukan sahaja yang menyatakan mereka dalam kalangan penganut Yahudi dan Nasrani. Bahkan termasuk penganut agama lain kerana dijelaskan oleh hadis Rasulullah SAW selepas Islam berkembang dengan lebih meluas.
Bayaran jizyah juga mewajidkan kerajaan Islam berlaku adil, menjaga keselamatan dan hak mereka. Bayaran ini tidak diwajidkan kepada orang miskin, cacat, dan uzur, Jizyah juga tidak diambil daripada paderi dan sami yang menumpukan kehidupan di rumah ibadat mereka. Kadarnya berbeza diantara golongan yang kaya dan sederhana mengikut ijtihad pihak kerajaan Islam.
•Sedekah
Sedekah ialah sumbangan secara sukarela daripada semua pihak. Sumbangan ini diamalkan sebelum wujud negara Islam, ketika itu zakat belum lagi diwajidkan, ada sumber ghanimah, fai’ dan jizyah, tetapi diteruskan sepanjang masa. Kadangkala pihak kerajaan menganjur kan kempen dalam keadaan tertentu.
Semoga bertambah ilmu.. jumpa esok lagi dengan BAITULMAL.
[Akhir kalam..]
Sekadar untuk renungan. Bermula saat ni, setiap saat yang berlalu jangan pernah lupa Allah swt dalam fikiran kita, setiap saat berlalu jangan pernah bibir kita terkatup berhenti menyebut Allah swt, setiap saat berlalu jangan pernah hati lalai daripada ingat dan sebut Allah swt dan bermula saat ini juga setiap saat dan masa kita jangan pernah Allah swt itu hilang daripada diri kita lebih2 lagi ketika mana kita sedang berdepan (ketika solat) dengan NYA, jangan sesekali Allah swt itu hilang daripada kita. Dan paling penting adalah hati dan fikiran kita jangan pernah berhenti dari mengingati Allah swt kerana dua perkara inilah yang akan memandu batang tubuh kita.
Moge2 dengan ini rasa syukur kita pada Allah swt tidak lagi berbelah bahagi samada ketika senang mahupun susah kerana hidup kita kini telah kita serahkan pada Allah swt ( tawakkal ).
'Sekiranya kamu sudah berazam, maka bertawakal lah kepada Allah.' - Ali Imran:159.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Written & Edited by,
<ncs@SeriMinang>
Comments
Post a Comment