PkpYr2.208

 *[PkpYr2.208]ENDEMIC?*

#Jaga Hak Badan

# FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN: TGHA

##BAITUL MAL


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ya Allah, jadikan pagi ini awal yang indah, terbuka pintu rezeki dan juga kebahagiaan hati buat mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, ipar dan duai, saudara mara, sahabat juga sahabiah dan rakan taulan semua. 


Bismillah. Di Subuh yang damai ini,  perbaikilah rezeki hari ini. Sihatkanlah jiwa. Gembirakanlah dalam keluarga yang bahagia dan aman damai. Aamiin.


Apa jua keadaan, seharian semalam, berlingkar diatas tilam berehat memberi hak kepada badan selepas teruk dihentam gastrik dan kurang rehat. Seawal dinihari, perut pedih terkena diarrhoea sehingga memaksa mohon pertolongan kawan gantikan riadhah golf silaturahim saat ketika azan subuh sedang berkumandang. Seusai solat subuh berjemaah, dengan badan lemah, perut terus tertekan, saya terus berihat disurau sambil berkuliah subuh oleh ustaz Mohd Yusuf Baharudin. Banyak ilmu dikaut walaupun keadaan badan tak berapa sihat. Teringat pula pada arwah Pak Kassim, yang mengadu sakit perut tapi akhirnya bertemu Allah assebab jantung. Maka, firasat saya awal pagi tadi, kalau nak jadi apa apa pun biarlah di surau, ketika duduk dalam majlis ilmu. Akhirnya, jam 830 baru boleh pulang kerana hujan lebat. Tanpa berfikir panjang, saya terus saja menberi hak kepada badan saya dari jam 9 pagi hingga ke 7 malam, saya berehat, bangun untuk solat, zikir dan makan saja. Syukur,

Alhamdulillah. Pagi ini ada perubahan besar, semuanya semakin stabil. Biiznillah. 


Meneruskan kehidupan pagi ini, sama sama kita teruskan bacaan Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin Khalifah Abu Bakar Assidiq ra.


#BAITUL MAL

 

Khalifah Abu Bakar RA mewujudkan Baitul Mal, iaitu rumah yang menjadi tempat menyimpan harta kerajaan yang terletak di Sanah. Pada awalnya tanpa pengawal keselamatan, lalu dicadang kan kepada khalifah agar dilantik pengawal. Khalifah menyatakan hal tersebut tidak menjadi keperluan kerana rumah itu dikunci. Kemudian Baitul Mal dipindahkan ke rumah kediaman Khalifah.

 

Pembahagian zakat mengikut lapan asnaf yang disebutkan secara tafsil (terperinci) di dalam al-Quran, adapun jumlahnya mengikut keperluan dan kadar yang munasabah bagi seseorang.

 

Zakat hanya dikhususkan kepada orang Islam, kecuali bahagian mualaf yang tidak terhad kepada orang baru masuk Islam sahaja. Termasuk juga orang bukan Islam yang perlu dijinakkan hati mereka dan juga bagi menghilangkan rasa permusuhannya terhadap Islam.

 

Itulah cara yang dilaksana kan pada awal Islam. Pada zaman mutakir berlaku juga kekhilafan dalam kalangan para ulama,’ kerana keadaan dan pendekatan yang sudah berbeza. Manakala ahli keluarga Rasulullah SAW pula tidak dibenarkan menerima sebarang sumbangan zakat.

 

Adapun pembahagianya ghanimah dan fai’ lebih benar dan meluas, bukan hanya terhad kalangan penganut Islam. Termasuk juga kalangan rakyat bukan Islam dan keluarga Nabi saw yang tidak dibenarkan untuk menerima sumbangan zakat.

 

Khalifah Abu Bakat RA memberikan imbuhan kepada pegawai-pegawai kerajaan yang berhak. Para pemimpin dalam kalangan Muhajirin dan Ansar, serta rakyat juga memerlukan bantuan dengan kadar yang sama, iaitu cara yang dilakukan ketika waktu hayat Rasulullah SAW.

 

Imbuhan secara tetap diberi kan kepada para Ummahat alMukminin (para isteri Rasulullah SAW), bapa saudaranya al-Abbas, Hasan dan Husain (cucu Rasullullah SAW).

 

Selain itu, imbuhan yang sama diberikan kepada pemimpin dalam kalangan sahabat seperti Ahli Badar, kalangan pemuda, wanita dan anak-anak Muhajirin dan Ansar yang memerlukan bantuan. Mereka dalam kalangan pemimpin qabalah juga memperolehi bantuan yang sama kerana mereka mempunyai peranan yang besar dalam masyarakat Islam.

 

Para sahabat yang kaya raya pula berkhidmat untuk negara dan umat secara percuma. Bahkan mereka menjadi penyumbang besar kepada keperluan negara dan umat. Mereka bukan sahaja menunaikan zakat yang diwajidkan, termasuk mewakafkan harta dan menunaikan sedekah sunat dengan jumlah yang besar.

 

Para zaman Khalifah Abu Bakar RA sistem kewangan tidak sistematik, ia adalah meneruskan cara yang telah dilakukan pada zaman Nabi SAW.

 

Khalifah Abu Bakar RA membahagikan kekuasaan negara Islam kepada beberapa wilayah yang ditadbir oleh Amir yang dilantik. Adapun wilayah ‘Iraq dan Syam berada di bawah kepimpinan panglima yang berjaya menguasainya.

 

Khalifah Abu Bakar RA melantik beberapa sahabat yang berperanan sebagai hakim.

1) Uthman bin ‘Affan RA

2) Umar al-Khattab RA

3) Abu Ubaidah RA

4) ‘Ali bin Abu Talib KWH

5) Zaid bin Thabit RA


See you tomorrow...


Akhir kalam...


“Gunakanlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara; Masa mudamu sebelum masa tuamu, kesihatanmu sebelum sakitmu, waktu luangmu sebelum waktu sibukmu, masa kayamu sebelum masa kefakiranmu, masa hidupmu sebelum kematianmu.” (Riwayat al-Hakim)


Pesanan untuk semua kita kita, jaga kesihatan adalah tanggungjawab dan ianya amanah Allah ke atas kita. Tubuh badan dan anggota serta kesihatan adalah wajib dijaga, dipelihara, dilarang dari sakiti.


Semoga saya lebih sedar selepas ini, saya adalah seorang yang sudah pun 50an, ada sejarah sakit jantung, dari keturunan pengidap tiga serangkai - darah tinggi, kencing manis dan jantung. Mujurlah semua minuman sekarang tdak lagi bergula.


Tubuh yang dimiliki manusia, hakikatnya adalah ‘pinjaman’ kurniaan dari Allah. Sampai masa akan kembali kepada Allah pada waktu yang telah ditetapkan oleh Nya.


Jangan lasak sangat “boy” ! 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Bingkisan dari, 

<ncs@SeriMinang>

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S