PkpYr2.209]ENDEMIC

 *[PkpYr2.209]ENDEMIC?*

#Jangan Berhenti Beramal, Jangan berhenti berharap.

# FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN: TGHA

##PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI KHALIFAH


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sesungguhnya saya teramat bersyukur kerana jarang lupa menyapa para mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua walau pun tidak seperti Mentari yang tidak pernah jemu menyapa pagi dengan sinarnya, tetapi cukuplah saya dengan hanya sapaan picisan sebegini, tapi saya rasa puas. Puas kerana berkongsi apa yang baik untuk semua, walau ada yang sangka saya ini dah ria’, sum’ah tapi biarlah Dia yang menghukumnya. 


Diterima atau tidak segala amal kita, tidak ada satupun manusia yang tahu. Semua kembali kepada Allah, Dzat yang di sembah. Para nabi pun, tak mengetahui apakah amalnya diterima atau tidak.


Teringat saya dalam satu kuliah dulu, tercatat dalam satu nota lama saya, kisah tentang Nabi Ibrahim As, ketika membangun Ka’bah, baginda tidak tahu apakah amalnya diterima atau tidak. Sehingga selama baginda as membangun Ka’bah, banyak berdoa, “Ya Rab kami, terima lah amal kami. Sesungguh nya Engkau Dzat yang Maha Mendengar lagi juga Maha Mengetahui,” (Rujuk ayat 127 surah Al Baqarah).


Merujuk pada buku tafsir Ibnu Kathir yang dah lama tersusun di rak buku ruang tamu rumah, kali terakhir saya membacanya ketika PkP yang enam bulan pertama dulu:  “Wahai Ibrahim, Khalilurrahman, anda membangun dinding Ka’bah, sementara anda takut amal anda tidak diterima…” (Tafsir Ibnu Katsir, 1/427).


Atas sebab itulah, diterima atau tidak, manusia hanya berharap. Memohon kepada Allah, amalan diterima Nya. Tugas kita ialah tidak boleh berhenti dan berputus asa dengan rahmatNya dan kena terus terusan beramal sebaik mungkin, dan memastikan amalan kita sah. Apakah amalan diterima atau tidak, kita hanya boleh berharap dan tidak boleh memastikan. 


Kerana itu saya tidak mahu berhenti menyapa mak ayah, ahli ahli saya, adikberadik, makcik pakcik, ipar dan duai, saudara mara, sahabat juga sahabiah dan rakan taulan semua disini assebab nya saya sedar saya pendosa tegar walaupun selalu ada di surau atau majlis ilmu. 


Semoga Allah ampunkan dosa kita semua.. 


Menjadikan menbaca buku ilmu agama sebagai amalan, juga suatu yang baik. Sama sama kita teruskan bacaan buku fiqh siasah Khulafa Arrasyidin. 


(PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI KHALIFAH)


Apabila Umar RA dan Abu Ubaidah terserempak dgn  Abu Bakar RA yang sedang memikul barang utk berniaga di pasar Madinah. Mereka berdua bertanya: Hendak ke manakah itu wahai Khalifah? Abu Bakar pun menjawab: “Menuju ke pasar” Umar ra:“Awak sekarang ditugaskan menjaga urusan umat Islam” Abu Bakar ra pula menjawab: “Dari apa pula pendapatku untuk keluargaku” Mereka berdua menjawab: “Ayuh pergi bersama kami untuk diberikan gaji tetap,” Lalu Abu Bakar RA pergi bersama mereka berdua dan mereka memberikan gaji tetap pada nya - separuh ekor kambing setiap hari. [Muhibuddin al-Tabari, al-Riyad al-Nadhrah

Fi Manaqib al-‘Asyrah, ms, 291]

 

Islam mendahului negara lain diseluruh dunia menentukan peruntukan kewangan pada pemimpin negara secukup nya, ini penting supaya para pemimpin dapat menumpu kan segala urusan dengan baik tanpa menjalankan kerja lain seperti rakyat.

 

Adapun pemerintah lain selama ini menjadikan seseorang pemimpn itu meletakan harta sebagai miliknya tanpa batas. Di samping itu, mereka jadikan rakyat laksana hamba abdi tanpa kuasa dan hak. Islam menegaskan pemimpin adalah mereka yang memikul amanah untuk mentadbir negara pada masa yang sama mereka juga adalah manusia yang memerlukan sumber keperluan hidup dengan secukupnya.

 

Abu Bakar RA menetapkan peruntukan kewangan itu hendaklah diputuskan dan mendapat persetujuan dari rakyat melalui musyawarah oleh Ahlul Halli wal ‘Aqa (ahli musyawarah berwibawa di kalangan rakyat).

 

Hal tersebut menepati kedudukan Ahli Parlimen pada hari ini, yang menjadi wakil kepada rakyat bagi berbuat polisi dan memantau perjalanan kerajaan dalam segala urusan yang penting. Termasuklah meluluskan peruntukan kewangan dan lain lain.

 

“Demi Allah, Aku akan perangi mereka yang membezakan kewajipan zakat dan solat. Zakat itu adalah kewajipan harta yang wajid ditunaikan. Demi Allah sekiranya mereka tidak menunaikan zakat walaupun dengan tali pengikat unta yang murah nescaya aku memerangi mereka kerana menafikan kewajipan zakat itu.”

 

Jawapan tegas Khalifah Abu Bakar RA terus memerangi golongan yang mengingkari kewajipan zakat.

 

[Riwayat al-Bukhari 1399 dan Muslim 20]


JUMPA LAGI ESOK..


<Akhir kalam..>


Mengutip kalimat Al-Hasan Al-Bashri:  “Sesungguhnya balasan amal soleh yang dilakukan oleh hamba adalah diberikan Allah swt kekuatan untuk mengamalkan amalan soleh yang lainnya.”


Oleh itu, untuk ukur status amalan kita diterima atau tidak, lihatlah siapa kita selesai beramal soleh, apakah amal soleh itu akan  menimbulkan ibadah yang lainnya, menyebabkan kita lebih kuat beramal dengan ibadah ibadah yang lainnya. Maka jika ada, mungkin itu jadi pertanda,  amal amal soleh kita telah diterima oleh Allah Swt.


Jangan berhenti beramal, jangan berhenti berharap..


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Ikhlas dari,

<Ncs@SeriMinang>

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S