PkpYr2.210]ENDEMIC

 *[PkpYr2.210]ENDEMIC?*

#RAHSIA BANGUN PAGI, TAK GUNA MARAH MARAH

# FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN: TGHA

#KHALIFAH ABU BAKAR RA - MENtGORAK LANGKAH PERTAMA


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Selamat memulakan pagi anda dengan KEKUATAN buat mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, ipar dan duai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. 


Tahniah pada pengamal bangun pagi. Waktu sebelum subuh adalah waktu yang paling tenang, paling tidak ada distractions. So, waktu tu lah kita nak practice jadi orang yg sentiasa bertenang. Ada kata kata “Achieve more while the world is still sleeping.” Orang lain tengah tidur, kita dah capai macam macam.


Sorry, kita mungkin berbeza pendapat, kerana yang saya maksudkan diatas bukan yang bangun sebelum Subuh, bersiap siap ada urusan kerja dan pagi  subuh lagi dah drive pergi kerja, thats a different kind of story. Ini bukan yang bangun atas sebab terpaksa gi kerja awal, elak jam. Itu dah Vibrates at desperation dah. Cerita lain.

Yang saya maksudkan ialah orang yang bangun awal jam 4am-5am kerana memang pilihan mereka, bangun, dan ambil masa untuk duduk dengan diri mereka sendiri, cari moment bersamaNya. 


Antara yang jadi kunci kejayaan dalam hidup ialah keazaman atau will power. Bagi yang bangun awal pagi, ianya seperti melatih diri berazam  yang sangat tinggi. Bukan senang tau nak tolak selimut waktu pagi ni. Sebab tu orang yang kuat ialah yang mampu bangun Subuh berjemaah! Nabi kata dua rakaat sebelum Subuh lebih bernilai dari dunia dan seisi nya. The fact that mampu bangun sebelum subuh tiap hari menandakan kita ada very high will power.


Mubarak’alaikum pada early bird of early day... Moga Allah rahmati kita semua. 


Semoga saya termasuk dalam golongan yang tenang, walau semalam jiwa bergolak, sehingga amarah menyelinap mudah masuk sehingga “mengamuk” kecil di pejabat. Tidak bagus tapi itulah “AKU bukan Malaikat.“ 


Jom tambah ketenangan jiwa hari ini dengan tambah ilmu dari koleksi bacaan buku fiqh siasah khulafa Arrasyidin tulisan TGHA. 


#LANGKAH STRATEGIK PEMERINTAHAN KHALIFAH ABU BAKAR RA - MENtGORAK LANGKAH PERTAMA

 

Ketua negara tidak harus keseorangan dalam menjalankan tugas bagi mentadbir sesebuah kerajaan. Demikian itu kerana kerajaan mempunyai urusan yang pelbagai. Maka semua ketua negara perlu kan pembantu yang berilmu, adil dan amanah

 

Abu Bakar RA melantik ahli mesyuarat beliau daripada kalangan pada sahabat besar Muhajirin, Ansar dan Ahlul Bait. Termasuk para ulama’ sahabat walaupun usia masih muda, bagi menerima pandangan dalam perkara yang tidak dijelaskan dalam al-Quran dan Hadis atau bagi memahaminya secara mendalam dan bijaksana melalui ijtihad.

 

Umar bin al-Khattab RA membantu Khalifah dalam urusan kehakiman (bertaraf Menteri Kehakiman), kadangkala berada di samping Abu Bakar RA bertindak sebagai hakim dalam keadaan tertentu. Abu Ubaidah Amir bin al-Jarrah RA pula membantu dalam urusan kewangan (bertaraf Menteri Kewangan)

 

Adapun urusan mencatat (kitabah) dibantu oleh Zaid bin Thabit RA, kadang-kadang oleh Uthman bin ‘Affan RA dan Ali bin Abi Talib KWH.

 

Kedudukan Khalifah Abu Bakar RA dalam menghadapi cabaran lebih kukuh lagi apabila para sahabat yang dikatakan tidak bersetuju dengannya seperti Ali KWH, al-Zubair RA, Tolhah RA, dan lain lain jadi pembantunya yang setia. Contoh itu menafikan riwayat yang cuba merendahkan sikap para sahabat.


Jumpa lag esok pula, moga ada sesuatu yang baik...


*Akhir kalam.. *


Dalam mengawal amarah itu, akhirnya saya tutup malam dengan lewat ke surau kerana makan malam bersama keluarga dulu. Tapi sempat juga sepuluh minit mendengar kuliah Ustaz Hasnol: BERDAMAILAH DGN TAKDIR..


Untuk isu amarah di pejabat semalam, saya tetap simpul kan: 


“Jangan marah” Larangan ini telah diulang oleh baginda nabi beberapa kali. Di dalam hadis: seorang berkata pada Nabi, "Berilah aku wasiat?" Baginda bersabda, "Jgnlah kamu marah." Lelaki itu ulangi lagi dan baginda tetap bersabda ,"janganlah kamu marah." - [Bukhari 5651].


Ketika marah, usaha baca Aa’uzubillahiminassyaitonirrojim, diam diri, bertukar posisi duduk, berbaring atau ambil wuduk, fikirkan ganjaran bagi orang yang menahan marah, buatlah mana yang mampu...


Pesan untuk saya dan juga semua, sabarlah, satu sifat yang cukup hebat, Allah sebutnya dalam Al Quran berulang kali kerana orang yang hebat itu adalah orang yang sentiasa sabar dalam apa jua keadaan. Moga kita dapat mengalahkan tipu daya syaitan yang sentiasa nakkan kita bersamanya di dalam neraka.


Belajaralh bangun pagi duduk untuk bersembang denganNya, moga jiwa lebih tenang. 


Wallahu’alam..

Barakallahufikum..

Wassalam.


Sedikit dari, 

*<ncs@SeriMinang>*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S