*[PkpYr2.211]ENDEMIC?* #USTAZ WAN JEMIZAN - Ahsana Yuhsinu ihsaana # FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN:MENGUKUH KAN SAF DALAMAN (Part 1) السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Selamatlah hari ini dalam perlindungan Allah swt buat makayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, ipar duai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. Today is JUST another day that we have to “brownse” through. Tapi pada hakikat nya, ia bukan hanya “JUST” tapi another SPECIAL day jika kita fahami & telusurinya bersama Islam sebagai satu pedoman. Ianya menjadi SPECIAL kerana atas sifat kita selaku mahusia yang tidak lepas dari melakukan salah, “to err is human”, tapi kita masih di beri peluang untuk hidup dan perbaiki kesilapan itu dengan pintu bertaubat tidak pernah tertutup. Malah, rahmat Allah swt sentiasa mengatasi murka Nya. Teringat satu ayat yang selalu jadi inspirasi untuk bertaubat dan selalu raja’ (kembali) pada Nya. “Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun pada orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepada nya." (Surah Toha, ayat 82) Semua tahu hal ini, tinggal nak buat aje, saya tulis ni pun macam “azan” je, dah selalu diajak ke surau dan ramai dah tahu, tetap di ajak, dan saya tetap menulis sekurang kurang nya untuk diri sendiri, jika ada yang terpalit, moga jadi “sedekah” saya. Alhamdulillah. Malam tadi, saya kekal dengan konsep “ kalau berjam jam boleh spend masa bekerja di pejabat atau beriadah di lapangan Golf atau pun apa apa jenis sukan sekali pun, takkan lah hatta 30 minit pun tak boleh nak bagi masa untuk ilmu agama. Maka, bertepatan dengan apa yang sedang bermain di minda, “ EVERYDAY IS A SPECIAL DAY, as long as we are still alive”, saya nak share satu ayat dari Ustaz Wan Jemizan yang sempat saya catat supaya kita lebih jadi Muslim yang faham konsep hidup berdasarkan Islam. “Ahsana Yuhsinu ihsaana, Praktis ehsan masa ketika menyembelih ialah dengan tajamkan pisau. Ini adalah usaha untuk memperelokkan kerja yang kita lakukan. Situasi sembelihan adalah hanya satu contoh, pointnya adalah jadi kewajipan untuk kita umat islam - ajada - jadikan kerja kita berkualiti dan tekun (ittiqan - buat yang terbaek yang boleh kita buat), kita kena meet expectation, kalau dapat buat above expectation maka jadilah ianya high performance. Semua ini dah ada lama dalam islam tapi kita pemeluk nya tak ambil berat dalam hal ini.Teras dalam agama islam ialah memperelokkan apa yang kita buat. Dalam hadis Jibrail, disebut iman, islam dan ihsan. Ihsan adalah buah dari iman dan islam, sehingga kita sembah Allah kita merasa kita melihat Allah atau setidaknya kita rasa Allah melihat kita ketika menyembahNya. Hingga kita tidak buat amalan yang baik sambil lewa malah elakkan diri dari lakukan maksiat. Inilah ihsan - memperelok kan ibadah kita. Kena ada kesedaran, perelokkan dalam segala apa yang kita lakukan, in shaa Allah, kita boleh hidup bahagia bersama keluarga, dalam masyarakat atau negara. Orang yang perjuangkan hidup dengan islam akan mempunyai jiwa yang besar, akan ada Think Big” - Ustaz wan Jmizan ketika mengulas buku Permata Buat Orang Yang Beriman tulisan Dr Zulkifli Al Bakri di surau al Amin kuliah Maghrib malam tadi. ALA KULLI HAL. Jom teruskan isi bacaan buku FIQH SIASAH KHULAFA ARRASYIDIN. Moga kita khatam. Dan ada kira2 disisiNya. TUGAS PARA SAHABAT RA PADA ZAMAN KHALIFAH ABU BAKAR RA Umar bin al-Khattab RA - Membantu dalam urusan kehakiman - Berada di samping Abu Bakar RA Abu Ubaidah Amir Bin al-Jarrah RA - Membantu dalam urusan kewangan Zaid Bin Thabit RA, Uthman Bin ‘Affan RA. Ali Bin Abi Talib KWH - Membantu dalam urusan mencatat (kitabah) *MENGUKUHKAN SAF DALAMAN(Part 1)* Abu Bakar RA mengadakan pertemuan dengan Ahlul Bait iaitu ahli keluarga Rasulullah SAW. Dalam pertemuan itu kalangan Ahlul Bait menimbulkan urusan hal keluarga bagi mengganti kan Rasulullah SAW dan menguruskan harta pusaka Rasulullah SAW. Abu Bakar RA menjelaskan dengan cara yang sangat terharu, bukan bertujuan untuk merebut jawatan tetapi ia adalah amanah untuk memimpin umat. Berakhir dengan para pemimpin Ahlul Bait seperti Ali KWH, al-‘Abbas RA dan lain-lain yang turut membaiahkan Abu Bakar RA sebagai Khalifah. Adapun dalam perkara menyentuh soal harta pusaka, khususnya ladang yang luas di Fadak dan ghanimah di Khaibar telah dijawab dengan Rasulullah SAW. Hadis tersebut menegaskan bahawa ia tidak boleh dipusakakan, kerana ia milik umat seluruhnya. Allah SWT telah menetapkan dalam al-Quran peruntukan Ahlul Bait daripada harta ghanimah. JUMPA ESOK PULA .. in syaa Allah. *Akhir kalam...* Semoga Allah merahmati kita bari ini dan hari ini kekal SPECIAL untuk kita, bukan JUST ANother day. Make full use of tiday’s activities to be beneficial here and hereafter. Selamat meneruskan hidup.. Wallahu’alam Barakallahufikum Wassalam Sentuhan, *Ncs@SeriMinang*
*[PkpYr2.211]ENDEMIC?*
#USTAZ WAN JEMIZAN - Ahsana Yuhsinu ihsaana
# FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN:MENGUKUH
KAN SAF DALAMAN (Part 1)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selamatlah hari ini dalam perlindungan Allah swt buat makayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, ipar duai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua.
Today is JUST another day that we have to “brownse” through. Tapi pada hakikat nya, ia bukan hanya “JUST” tapi another SPECIAL day jika kita fahami & telusurinya bersama Islam sebagai satu pedoman. Ianya menjadi SPECIAL kerana atas sifat kita selaku mahusia yang tidak lepas dari melakukan salah, “to err is human”, tapi kita masih di beri peluang untuk hidup dan perbaiki kesilapan itu dengan pintu bertaubat tidak pernah tertutup. Malah, rahmat Allah swt sentiasa mengatasi murka Nya. Teringat satu ayat yang selalu jadi inspirasi untuk bertaubat dan selalu raja’ (kembali) pada Nya.
“Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun pada orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepada nya." (Surah Toha, ayat 82)
Semua tahu hal ini, tinggal nak buat aje, saya tulis ni pun macam “azan” je, dah selalu diajak ke surau dan ramai dah tahu, tetap di ajak, dan saya tetap menulis sekurang kurang nya untuk diri sendiri, jika ada yang terpalit, moga jadi “sedekah” saya.
Alhamdulillah. Malam tadi, saya kekal dengan konsep “ kalau berjam jam boleh spend masa bekerja di pejabat atau beriadah di lapangan Golf atau pun apa apa jenis sukan sekali pun, takkan lah hatta 30 minit pun tak boleh nak bagi masa untuk ilmu agama. Maka, bertepatan dengan apa yang sedang bermain di minda, “ EVERYDAY IS A SPECIAL DAY, as long as we are still alive”, saya nak share satu ayat dari Ustaz Wan Jemizan yang sempat saya catat supaya kita lebih jadi Muslim yang faham konsep hidup berdasarkan Islam.
“Ahsana Yuhsinu ihsaana, Praktis ehsan masa ketika menyembelih ialah dengan tajamkan pisau. Ini adalah usaha untuk memperelokkan kerja yang kita lakukan.
Situasi sembelihan adalah hanya satu contoh, pointnya adalah jadi kewajipan untuk kita umat islam - ajada - jadikan kerja kita berkualiti dan tekun (ittiqan - buat yang terbaek yang boleh kita buat), kita kena meet expectation, kalau dapat buat above expectation maka jadilah ianya high performance. Semua ini dah ada lama dalam islam tapi kita pemeluk nya tak ambil berat dalam hal ini.Teras dalam agama islam ialah memperelokkan apa yang kita buat. Dalam hadis Jibrail, disebut iman, islam dan ihsan. Ihsan adalah buah dari iman dan islam, sehingga kita sembah Allah kita merasa kita melihat Allah atau setidaknya kita rasa Allah melihat kita ketika menyembahNya. Hingga kita tidak buat amalan yang baik sambil lewa malah elakkan diri dari lakukan maksiat. Inilah ihsan - memperelok kan ibadah kita. Kena ada kesedaran, perelokkan dalam segala apa yang kita lakukan, in shaa Allah, kita boleh hidup bahagia bersama keluarga, dalam masyarakat atau negara. Orang yang perjuangkan hidup dengan islam akan mempunyai jiwa yang besar, akan ada Think Big” - Ustaz wan Jmizan ketika mengulas buku Permata Buat Orang Yang Beriman tulisan Dr Zulkifli Al Bakri di surau al Amin kuliah Maghrib malam tadi.
ALA KULLI HAL. Jom teruskan isi bacaan buku FIQH SIASAH KHULAFA ARRASYIDIN. Moga kita khatam. Dan ada kira2 disisiNya.
TUGAS PARA SAHABAT RA PADA ZAMAN KHALIFAH ABU BAKAR RA
Umar bin al-Khattab RA
- Membantu dalam urusan kehakiman
- Berada di samping Abu Bakar RA
Abu Ubaidah Amir Bin al-Jarrah RA
- Membantu dalam urusan kewangan
Zaid Bin Thabit RA, Uthman Bin ‘Affan RA. Ali Bin Abi Talib KWH - Membantu dalam urusan mencatat (kitabah)
*MENGUKUHKAN SAF DALAMAN(Part 1)*
Abu Bakar RA mengadakan pertemuan dengan Ahlul Bait iaitu ahli keluarga Rasulullah SAW. Dalam pertemuan itu kalangan Ahlul Bait menimbulkan urusan hal keluarga bagi mengganti kan Rasulullah SAW dan menguruskan harta pusaka Rasulullah SAW.
Abu Bakar RA menjelaskan dengan cara yang sangat terharu, bukan bertujuan untuk merebut jawatan tetapi ia adalah amanah untuk memimpin umat. Berakhir dengan para pemimpin Ahlul Bait seperti Ali KWH, al-‘Abbas RA dan lain-lain yang turut membaiahkan Abu Bakar RA sebagai Khalifah.
Adapun dalam perkara menyentuh soal harta pusaka, khususnya ladang yang luas di Fadak dan ghanimah di Khaibar telah dijawab dengan Rasulullah SAW. Hadis tersebut menegaskan bahawa ia tidak boleh dipusakakan, kerana ia milik umat seluruhnya. Allah SWT telah menetapkan dalam al-Quran peruntukan Ahlul Bait daripada harta ghanimah.
JUMPA ESOK PULA .. in syaa Allah.
*Akhir kalam...*
Semoga Allah merahmati kita bari ini dan hari ini kekal SPECIAL untuk kita, bukan JUST ANother day. Make full use of tiday’s activities to be beneficial here and hereafter.
Selamat meneruskan hidup..
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Sentuhan,
*Ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment