PkpYr2.211]ENDEMIC
*[PkpYr2.211]ENDEMIC?*
#MONOLOG: FUSILAT:34
# FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN:MENGUKUH
KAN SAF DALAMAN (Part 2)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakhbar. Yang mana membacanya secara tidak langsung telah pun berzikir dgn menyebut nama Allah. Alhamdulillah.
Semoga mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, ipar duai, saudaramara, juga sahabat sahabiah dan rakan taulan semua, mendapat kebaikan dan pahala dari Allah swt. Harapan kita pagi moga hati kita lembut, iman kita semakin tebal, akal kita makin tajam dan senyuman kita untuk para mahram kita semakin manis...
Monolog pagi Khamis.Tiba tiba nak menulis. Kekadang kita tefikir tentang sesuatu yang kita obses hinggalah terlintas meluahkan. Tiba tiba terobses dengan isu hal kejahatan dibalas kebaikan.
Resam hidup, yang baik baiklah yang selalu kena tindas, Asal nak buat baik tapi akhirnya kena buli tapi sabarlah kerana itupun ujian. Orang buat jahat, kita jangan balas jahat jugak. Idealnya gitu tapi memang dalam hati sedih but just keep it inside, tell yourself that, mungkin tak sedar apa yang di buat tu salah. Someday, when one noticed that one is wrong, one will remember your goodness. Saya percaya, baik dibalas baik, jahat juga akan dibalas balik. Someday, orang yang buat jahat tu, akan sedar silap dia, dan pada masa tu dia akan ingat silap dia dan dalam masa yang sama dia akan ingat kebaikan yang kita buat masa dia buat tak elok pada kita. Bagi saya, kalau jahat dibalas jahat, both are loser. Mengalah bukan bermakna takut, tak berani melawan, kalah atau tak ada perasaan. Yes, deep inside rasa sakit sebenarnya. Tapi percaya lah, someday orang yang buat jahat pada kita tu pula yang akan rasa sakit nya. Mungkin menyesal dengan silap silap yang pernah buat pada kita dulu. Menyesal ni adalah sakit yang will keep haunting. Apa apa pun bila dah tiba masa dah tak boleh bertahan, just go without words. Selalunya, bila kita dah tak ada, baru orang akan hargai.
HUMAN GET & FORGET,
ALLAH GIVES & FORGIVES.
Sesekali membaca alquran dengan terjemahan, jumpa ayat untuk renungan..
ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ
“ Tolaklah (kejahatan yang ditujukan padamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadap mu, dengan serta merta akan menjadi seolah olah seorang sahabat karib”
(Fussilat: 34)
#Bahan bacaan pagi DARI FIQH SIASAH KHULAFA ARRASYIDIN: MENGUKUH KAN SAF DALAMAN (Part 2)
Adapun dalam perkara menyentuh hal soal harta pusaka, khususnya ladang luas di Fadak dan ghanimah di Khaibar telah dijawab oleh Nabi SAW. Hadis tersebut menegaskan bahawa ia tidak boleh dipusakakan, kerana ia milik umat seluruhnya. Allah SWT telah pun menetapkan dalam al Quran peruntukan Ahlul Bait daripada harta ghanimah.
Langkah ini telah mewujud kan saf yang padu dalam kerajaan Islam menghadapi cabaran kepungan hebat. Kepungan yang datang segenap penjuru terdiri daripada qabilah Arab yang telah murtad dan dua kuasa besar dunia iaitu Rom dan Parsi.
Pemimpin dalam kalangan Ahlul Bait seperti Ali KWH, al-‘Abbas RA dan lain lain serta para pemimpin utama golongan Ansar bukan saja berbaiah, mereka melibat kan diri menjadi ahli syura, para menteri, para hakim, panglima tentera dan ketua daerah. Mereka berusaha membangunkan negara yang menegakkan Islam dgn melaksanakan syariat Allah, berdakwah dan berjihad.
Walaupun pada permulaan pemerintahan Saidina Abu Bakar RA, wujud mereka yang menunjukkan sikap berlengah untuk berbaiah, iaitu mereka dalam kalangan Ahlul Bait seperti Ali KWH, al-‘Abbas RA. Termasuk Saad bin ‘Ubadah RA dalam kalangan Ansar dan Abu Sufyah RA daripada Bani Umayyah termasuk al-Zubair RA, Tolhah RA dan lain-lain.
Namun, mereka semua menjadikan perpaduan sebagai asas yang sangat penting bagi umat Islam. Tali Allah (agama Islam) adalah ikatan kukuh menyatukan umat Islam, hingga mereka gagal digugat oleh sebarang ancaman luar dan dalaman.
Mereka beriman menghayati firma Allah: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai: dan kenang lah ni’mat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh2an (semasa Jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan ni’mat Islam), menjadikan kamu dengan ni’mat Allah itu orang orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan) kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamat kan kamu dari neraka itu (disebabkan ni’mat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat ayat keterangan Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” Ali ‘Imran: 103
Firma Allah SWT di atas menusuk ke dalam hati sanubari dan akal generasi para sahabat sehingga meleburkan ketebalan ‘asobiyyah jahiliah. Akhirnya sikap finatik kekeluargaan, qabilah, bangsa dan tanah air tanpa landasan yang benar dapat dibuang.
Walaupun perkara ini menjadi perasaan tabii manusia, tetapi wajib berpedomankan hidayah Allah SWT dari Kitab dan Rasul SAW mewajibkan diutamakan Islam untuk semua.
Hal yang demikian kerana masalah fanatik yang tanpa pedoman menggugat akan kewibawaan Islam, negara dan umatnya. Terdapat kewajipan yang lebih besar, meneruskan tugas kewajipan berdakwah menyelamatkan manusia seluruhnya dengan Islam, menegakkan urusan memayungi pelaksanaan secara menyeluruh.
<Akhir kalam..>
Memang menjadi seorang pemaaf tidaklah semudah membalikkan satu telapak tangan. Apalagi rasa sakit hati yang parah. Tinggal apa lagi yang kita hendak yakini adalah dari tafsir Fusilat 34, tolaklah kejahatan dgn cara yang baik, musuh yang jahat itu akan menjadi sahabat yang karib.
Thanks reading !
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Ikhlas dari,
~Ncs@SeriMinang.
Comments
Post a Comment