PkpYr2.212

 *[PkpYr2.212*

*ENDEMIC?*

#PANTUN AGAMA & NASIHAT serta GURINDAM

# FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN: TGHA

#MENDEPANI MUSUH LUAR


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam pagi Jumaat buat mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, ipar dan duai, saudara mara, para sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. 


Pagi pagi jumaat cam gini, badan penat minda pun berkarat, banyak terkesan akibat urusan dunia, tidak  banyak bermanafaat akhirat, semoga Rahmat Nya tetap menjadi keramat kerana sifat tidak pernah lipat tutup rapat Allah daam ingatan. Tiba tiba terjumpa pula pantun hari Jumaat. 


Anak ayam turun sepuluh,

Mati seekor tinggal sembilan,

Bangun pagi solat subuh,

Minta ampun kepada Tuhan.


Banyak hari antara hari,

Tidak semulia hari Jumaat,

Banyak nabi antara nabi,

Tidak semulia Nabi Muhammad (saw) 


Tambah sikit tazkirah pagi kita hari ini dengan pantun nasihat pula: 


Tanam bunga di dalam pasu,

Bunga melati bunga pandan;

Jangan ikut hawa nafsu,

Kelak nanti binasa badan.


Burung tiung terbang tinggi,

Burung merpati mencari sarang;Kalau sombong meninggi diri, Ke mana pergi dibenci orang.


Itulah kita orang melayu yang penuh adat dan santun tapi apa apa pun jua kena letakkan Islam dulu didepan bukan adat, tapi Melayu dan Islam sudah pun synonym. Tinggal lagi selepas segala adat Santun Melayu di salut agama, kita mohon ianya diberikan kebenaran yang hakiki oleh Allah pula:


‎اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا، وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ. ،وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً، وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ.


‘’Ya Allah, tunjukanlah kepadaku kebenaran sebagai kebenaran dan kuatkanlah aku untuk mengikutinya serta tunjukkanlah kepadaku kebatilan sebagai kebatilan dan kuatkan diriku untuk menyingkirkannya.’‘ 


Inilah salah satu ikhtiar cara mental dan juga spiritiual kita sebagai manusia,  berdoalah agar sesuatu persoalan yang ‘samar samar’ terkuak dan jelas kedudukan perkaranya samaada dari aspek politik, ekonomi, sosial, budaya, dan sebagainya. Moga terbelah lah antara adat dan hukum terpisahlah antara kebiasaan dengan syariat. Akhirnya, sulamkan semua dengan keikhlasan demi untuk Allah.


Allahuakbar! 


Seawal pagi hari semulia segala hari ini, elok juga tambah ilmu menyambung bacaan buku FIQH SIASAH KHULAFA ARRASYIDIN: 


*[MENDEPANI MUSUH LUAR]*

 

Cabaran paling besar yang dihadapi oleh Khalifah Abu Bakar RA ialah fenomena murtad yang mengepung negara Islam dan umatnya. Di samping itu, cabaran besar daripada dua kuasa besar (Rom dan Parsi) yang mula menunju penentangan terhadap Islam.

 

Kemurnian aqidah Islam yang menolak sebarang bentuk syirik telah melahir kan keadilan sejagat secara mutlak dan ikhlas untuk seluruh dunia. Hal  ini menyebabkan pengaruh Islam tersebar dengan pantas dalam kalangan masyarakat awam dan menggugat kerajaan kerajaan serta para pemimpin yang zalim. Khususnya dalam kalangan kuasa besar, raja dan pemimpin qabilah Arab.

 

Khalifah Abu Bakr RA tetap menerus kan operasi ketenteraan pimpinan Usamah RA yang dibentuk oleh Rasulullah SAW pada akhir hayat Baginda. Tujuan operasi adalah untuk menghadapi ancaman Rom Timur (Byzantine).

 

Selain itu, Khalifah bertindak terhadap mereka yang menggugurkan para syuhada’, seperti Zaid Bin Harithah RA (ayah kepada Usamah), Ja’far bin Abi Talib RA dan Abdullah bin Rawahah RA dalam PerangMu’tah, termasuk Perang tabuk yang dipimpin oleh Rasulullah SAW sendiri.

 

Disamping itu, Abu Bakar RA turut membentuk pasukan tentera bagi menentang golongan murtad dalam kalangan qabilah Arab yang mengepung negara Islam dan umatnya.


JUMPA LAGI ESOK..

...TENTERA USAMAH RA


* AKHIR KALAM..*


Alang alang  berpantun agama dan nasihat, elok juga kalau dapat petik gurindam nasihat untuk anak muda yang masih mencari pasangan moga ada manafaatnya...


Perempuan bagus suntingan dunia,Perempuan beriman sangat mulia. Isteri cantik permainan mata, Isteri budiman tajuk mahkota.


Perempuan yang dianggap baik bukan hanya dinilai pada kecantikan di dunia nyata saja tapi yang paling penting ialah dari aspek agama keimanannya. Kemuliaan seorang wanita adalah diukur dari sudut keimanan yang dimilikinya. Memilih calon isteri yang baik bukan dinilai dari kecantikan wajah semata, kecantikan sesuatu yang palsu pada pandangan mata. Kecantikan bersifat hanya sementara kerana akan hilang ikut masa. Isteri budiman lagi beriman mampu menjadi suri yang baik juga kepimpinan yang tinggi utk zuriat. Kedudukan isteri budiman yang beriman berada di tempat yang tinggi sebagaimana kedudukan mahkota.


Ada masa kita lihat pula.. gurindam suami isteri esok. 🙏🏻


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Catatan,

*ncs@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S