PkpYr2.214

 *[PkpYr2.214* 

*... ENDEMIC?*

#Istiqamah

# FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN: TENTERA USAMAH RA - Part 2


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam Subuh. Ya Allah , Ku mohon segala keberkatan dunia dan akhirat bagi mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, ipar duai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua diturun Rahmatmu pada mereka. Ampuni lah kelemahan dan berkati lah keluarga mereka. Permudah kan lah segala urusan dunia akhirat dan turunkan rezeki yang melimpah ruah. 


Tamat lah satu permusafiran semalam, bila tiba semula di IGCC jam 710 malam. Dan masih dalam status musafir walaupun melepasi mukim tapi tidak memasuki mukim, maka saya menggunakan kemudahan yang Allah swt berikan dengan singgah di Surau Gemilang berjemaah maghrib berniatkan jamak takdim dan kemudiannya memasukkan isya’ ke dalam waktu maghrib dengan hanya dua rakaat. Semoga ada kasih sayang Allah kerana menggunakan tawaran istimewa ini. Jazakumullahkhair pada yang mendoakan. Saya ada berdoa untuk kesejahteraan semua sepanjang berstatus musafir semalam, walaupun tak banyak tapi ada.. 


Semoga rahmat Nya akan berpanjangan buat kita kita semua,  berkat istiqamah kita dalam beribadah, juga dalam kejarkan ilmu agama. Jom teruskan bacaan buku FIQH SIASAH KHULAFA ARRASYIDIN. 


TENTERA USAMAH RA - (Part 2) #Pasukan dibawah Usamah bin Zaid  ditugaskan memerangi Rom Byzantine, kuasa besar menunjukkan permusuhan pada Islam dan Negara Madinah.


Sebaik sahaja mereka bergerak, secara tiba tiba Rasulullah SAW jatuh uzur yang sangat tenat. Situasi itu menyebabkan mereka berhenti di pinggir Madinah, kerana merasa bimbang dan cemas dengan keuzuran Rasulullah SAW. Usamah RA terus menangguhkan perjalanannya sebaik sahaja menerima berita kewafatan yang sangat menyedihkan. Sewaktu fenomena murtad mengepung Kota Madinah, maka golongan munafiq mula mengangkat kepala di tengah tengah umat Islam yang baru sahaja kehilangan Rasullullah SAW tercinta yang menjadi tempat pergantungan segala harapan. Musuh dalam kalangan Yahudi, Nasrani dan Musyrikin pula berkeliaran diseluruh pelosok bumi dan mereka bergerak bagi memadamkan cahaya Islam.

 

Maka para sahabat dan Usamah RA telah bersetuju jika diubah perancangan asal untuk menghadapi tentera Rom kepada operasi menghadapi golongan yang telah murtad dan memberontak. Para sahabat menugaskan Umar bin al Khattab RA menyampaikan cadangan mereka kepada Khalifah Abu Bkar RA.

 

Manakala golongan Ansar pula mencadangkan agar Usamah RA diturunkan dari posisi ketua operasi perang dan melantik sahabat yang telebih tua sebagai ketua yang baru. Pendapat mereka bahawa Usamah RA terlalu muda dan baru berusia dua puluh sedangkan anggota tentera ramai yang lebih berusia dan berpengalaman, termasuk Umar bin al Khattab RA.

 

Saidina Umar RA menyampai kan hasrat mereka kepada Khalifah Abu Bakar RA: 


“Wahai Khalifah orang orang Arab telah murtad, berpaling tadah menjadi kafir seperti yang kamu ketahui, sedang kan kamu mahu meneruskan tugas tentera Usamah, dalam bala tentera itu pula para pahlawan, pemimpin orang ramai. Kalau sekiranya kamu tahankan bala tentera itu supaya jangan menerus kan tugasnya, maka menjadi satu kekuatan menghadapi bangsa Arab yang telah murtad itu.”

 

Tiba-tiba Abu Bakar RA menjawab dengan tegas: “Demi jiwa Abu Bakar yang berada di tangan-Nya. Sekiranya aku ketahui sesungguhnya binatang buas mengheret kakiku ini, nescaya aku akan tetap memutuskan Usamah sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW. Sekalipun tiada orang lain di mana mana perkampungan kecuali diriku, nescaya aku tetap akan mengutuskannya.” Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, jld. 4. Ms 45


Umar bin al-Khattab RA sekali lagi meneruskan permohonanya itu, ucapnya yang disusuli jawapan balas Abu Bakar RA;

 

“Para sahabat di kalangan Ansar meminta aku sampaikan kepadamu, supaya dilantik ketua daripada kalangan yang lebih tua daripada Usamah. Tiba-tiba menjadikan Abu Bakar RA lebih marah lalu bangkit dari tempat duduk nya lantas menarik janggut Umar RA menengking: “Cis Rasulullah yang melantiknya, tiba tiba kamu meminta aku memecatnya.” Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, jid 4, ms. 46


Umar RA berundur mengalah dan memberitahu umum akan kegagalan memujuk Abu Bakar RA. Keputusan tegas Khalifah itu memberi kesan politik yang sangat penting bagi mempamerkan kehebatan negara yang baru ditegakkan.


Jumpa esok pula..


*AKHIR KALAM...*


Siapapun kita teruskanlah usaha usaha untuk terus menterjenahkan apa yang ada dalam Alquran dan hadis. Syiarikan Islam diseluruh penjuru dunia, semoga kita semua sentiasa dalam barokahNya.


“Istiqamah jati diri, teruskan lah risalah nabi, mulia hidup dan mati, perjuangan tidak akan berhenti” - Langkah Pejuang.


Wallahu’alam

Barakallahufikum 

Wassalam


Ikhlas dari, 

*NCS@SERIMINANG*

#https://youtu.be/-CTWWXWGDLc

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S