PkpYr2.215
#[PkpYr2.215* ... ENDEMIC?
#RENUNGAN BERSAMA
# FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN: TENTERA USAMAH RA - Part 3
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
A very good morning to dear all - “ mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, ipar dan duai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan” - may Allah swt simplify everything for us.
Masih dalam mode “berehat”, tqpi awal pagi semalam tetap ada juga ruang yang Allah sediakan untuk sambung lagi riadah. Atas alasan apa sekali pun, saya sudah mula terfikir, dah sampai masa peruntukkan masa pada majlis majlis ilmu dan fokus ibadah “wajib, setiap kali saatnya tiba. Indah lagi, kalau istiqamah dapat lapangkan masa “bersembang” denganNya setiap pagi sebelum subuh, paling kurang ketika “imsak” tiba, saat paling minima jika tidak mampu seawal dinihari di sepertiga malam.
Bukannya apa, khuatir Allah menarik balik masa masa yang sepatutnya lapang untuk bersama orang orang soleh, bersolat jemaah atau duduk dalam majlis ilmu. Itu semua masa masa yang kita rasa milik kita tapi hakikat nya, hanya Allah yang boleh melapangkannya. Moga kita tidak disibukkan dengan kerja atau riadah sehingga masa bersamaNya pula di kurangkanNya.
Renungan Bersama: Kata Ulama: “ apabila Allah tidak mengkehendaki kita :Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia., Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak anak., Allah sibukkan kita dgn urusan perniagaan, Allah akan sibuk kan kita dengan harta, Allah akan sibukkan kita mencari pengaruh pangkat dan kuasa”
Kalau perasan kita sibuk dengan hal hal diatas, pandai pandai lah sibukkan diri dengan urusan Nya.
Jom sibukkan diri dengan
menambah ilmu dengan membaca perkongsian tulisan semula dari Buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin.
#TENTERA USAMAH RA - Part 3
(Keputusan tegas Khalifah Abu Bakar ra mengekalkan Usamah bin Zaid sebagai panglima perang memberi kesan politik yang sangat penting bagi mempamerkan kehebatan negara yang baru ditegakkan)
Keputusan itu menggerunkan musuh dalam kalangan golongan munafiq yang menjadi musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan. Selain itu, tindakan khalifah juga menakutkan mereka yang rapuh imannya sehingga diperdayakan nabi nabi pembohong dan pemimpin pemimpin yang khianat.
Akhirnya golongan penderhaka itu melihat kehebatan Islam yang tidak mungkin dipadamkan cahayanya walaupun Rasulullah SAW telah wafat. Ini menandakan bahawa dakwah Islam tidak terhasil dengan kewafatan Rasulullah SAW. Bahkan hukum syariat Islam yang disampaikan oleh Baginda wajib diteruskan oleh penganut yang setia.
Abu Bakar RA dan generasi awal adalah kumpulan pertama yang melangsung kan perjuangan Islam selepas kewafatan Baginda SAW. Seterusnya tugas itu disambung oleh kumpulan yang disebutkan oleh Rasulullah SAW akan tetap wujud di sepanjang zaman, di seluruh dunia, bukan sahaja di tanah air umat Islam.
Sabda Rasulullah SAW:“Akan tetap ada dikalangan umatku golongan yang bangun berjuang di atas kebenaran (menegakkan Islam) mereka tidak boleh dihapuskan oleh sesiapa yang mengecewakan mereka sehingga datangnya urusan Allah (kiamat).” Riwayat Muslim 3656
Maka benarlah firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman sesiapa di antara kamu berpaling tadah agama Nya (jadi murtad), maka Allah akan mendatang kan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia: mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.(54): Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya, serta orang orang yang beriman, yang mendirikan solat, dan menunaikan zakat, sedang mereka ruku’ ( tunduk menjunjung perintah Allah).(55); Dan sesiapa yang jadi kan Allah, dan Rasul Nya serta orang orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, Itulah yang tetap menang (56).”
- surah al Maidah: 54-56
So long, see you tomorrow... (Perkara yang disebutkan Baginda SAW terbukti berlaku...)
<Akhir kalam..>
Indeed, sekiranya kita boleh bertanya mereka yang telah lebih dahulu bertemu Allah dan jika diberi peluang hidup sekali lagi, tentunya memilih untuk tak lagi bertarung mati matian merebut dunia. Dan kita..? Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita? Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun di sepertiga malam untuk solat tahajjud?
“Mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar”
Jangan berbangga dgn solat, puasa dan zikir yg banyak kerana semua itu belum tentu membuatkan Allah reda. Hence, apa yg membuatkan Allah reda?
“Sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yg membuatkan Aku reda kerna saat engkau membahagia kan orang yg sedang susah, Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan menggantikan nya dengan ganjaran 700 kali ganda.” - Al-Baqarah ayat 261 hingga 262.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Sekadar picisan dari,
<Ncs@SeriMinang>
Comments
Post a Comment