<PkpYr2.246]ENDEMIC?>

Di Sapa Rakan Jemaah. 

#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN

•MEMPERTAHANKAN MADINAH (2)


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Selamat pagi. Salam diberi pembuka bicara pagi Rabu ini. Sama samalah kita baiki diri agar menjejaki sempurna sebagai insan, wahai Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, makcik pakcik, saudara mara, juga sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. 


Semoga kemunculan saya di setiap pagi memberi manfaat kepada saya dan kita semua. Mudah mudahan nya juga kemunculan setiap pagi di alam maya ini bukan sekadar ada macam takde. Teruslah kita sesama kita doa mendoa kan, saling bantu membantu antara kita mudah mudahan diberkati Allah. amiin.


“Lambat masuk...” disapa rakan kariah surau al amin seketika beransur pulang seusai isya berjemaah diikuti bacaan al Mulk. Saya terus tersenyum memahami apa yang dimaksud kannya. Lima minit sebelum masuk isya’, saya kelihatan duduk bersila atas sejadah didepan ustaz mendengar kuliah maghrib. Itu maksudnya. Allahuakbar, 

Alhamdulillah. Sayang nya rakan sekariah menegur saya walaupun dengan nada guraun tapi saya perlu ambil perhatian. Indeed, secara peribadi, I take it as juga sebagai satu teguran dari Allah swt. Well, Gerak hati menegur saya itu datang dari siapa kalau bukan dari Nya? In shaa Allah akan saya cuba perbetulkan lagi dari masa ke semasa masa hadir saya ke kuliah kuliah, yang pasti saya tidak tinggal majlis ilmu. Semoga semuanya diniatkan hanya kerana Allah. 


Pembacaan disambung lagi pagi ini, moga ada sesuatu yang dapat kita raih petikan dari Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin... 


#MEMPERTAHANKAN MADINAH(2)


Rombongan dari kumpulan murtad datang ke Madinah bagi menemui Khalifah untuk mendesak, namun akhirnya ia ditolak. Tiga hari kemudian beberapa qabilah yg murtad telah bertindak menghantar pasukan untuk menyusup ke Madinah pada waktu malam sunyi.

 

Tujuan penyusupan mereka ialah utk melakukan gerakan sabotaj yg akan membantu serangan susulan bagi men jatuhkan Negara Madinah dan menghilangkan Islam. Namun, kedatangan mereka dapat dikesan oleh pengawal dan pasukan peninjau yang ditugaskan mempertahan kan Kota Madinah.

 

Selepas Sayyidina Abu Bakar  menerima maklumat tentang sitausi itu, dia mengarahkan setiap pasukan bertugas berada di tempat masing masing, Seterusnya Khalifah Abu Bakar keluar memimpin satu pasukan yang dikerah kan berkumpul di masjid. Mereka keluar bagi menjejak pergerakan musuh sehingga ke tapak kegiatan mereka.

 

Strategi tersebut adalah untuk mengelirukan musuh, supaya mereka menyangka bahawa Madinah tidak ada kawalan ketat. Kesannya musuh hantar perutusan kepada pemimpin mereka agar menghantar pasukan tambahan bagi menyerang Madinah secara terbuka.

 

Khalifah Abu Bakar RA kemudianya menyediakan bala tentera yang besar di bawah kepimpinannya bagi menyerang musuh. Beliau menugaskan pasukan sayap kanan diketuai alNu’man bin Muqarrin. Manakal sayap kiri pula diketuai oleh Abdullah bin Muqarrin dan pasukan belakang pula diketuai oleh Suwaid bin Muqarrin.

 

Pasukan tersebut di arahkan bergerak pada waktu malam tanpa disedari oleh musuh kerana dibimbangi diketuai oleh golongan munafiq yang mengintip. Mereka tiba pada waktu fajar mengejutkan musuh. Serangan Berjaya dilancarkan dan membunuh panglima tentera musuh yang bernama Hibal, saudara kepada Tulaihah alAsadi iaitu salah seorang nabi palsu yang menjadi ancaman besar.

 

Selepas itu, Abu Bakar RA mengarahkan agar tentera musuh dikejar sehingga sampai ke suatu daerah bernama Zu al-Qossoh, Musuh dibelasah teruk dengan serangan yang disertai oleh orang Islam terdiri daripada qabalah Zubyan dan ‘Abbas. Qabilah yang tidak murtad dan kekal berada dalam kalangan qabilah mereka.

 

Kemenangan pertama yang dicapai membakar semangat dan mengangkat ketokohan Khalfah Abu Bakar RA serta kemampuannya menghadapi cabaran. Beliau menugaskan bala tentera Islam bertapak di situ dengan diketuai oleh al-Nu’man bin Muqarrin RA.

 

Sebahagian para sahabat melarang Khalifah daripada meneruskan perjalanan memburu golongan murtad, dengan tujuan agar beliau pulang ke Madinah menjalan kan tugas untuk memimpin. Namun Khalifah Abu Bakar RA tetap mahu meneruskan operasi memburu kumpulan murtad dalam qabilah lain yang mengelilingi Kota Madinah.

 

Akhirnya Khalifah Abu Bakar RA pulang ke Madinah bagi menjalankan tugas. Sebelum berundur pulang, beliau telah memberi satu ucapan yang sangat keras menggerunkan musuh. Beliau menegaskan bahawa setiap orang dari kalangan tentera Islam yang gugur syahid bertempur akan dibalas dengan jumlah musuh terbunuh setimpal dengan mereka.


SEMOGA ADA MANAFAAT.


<Akhir Kalam....>


Walaupun duduk didepan ustaz Anwar Ramli hanya 15 minit malam tadi tapi saya dapat juga memperkasakan aqidah saya dengan catatan ini: 


[Bersyukur hakikatnya, sifat sifat mazmumah akan makin berkurangan kerana ia ingat kan apa yang kita dapat itu semua dari Allah. Hujung surah al kahfi, diceritakan betapa dahsyatnya sifat tawadhu ZulQarnain. Bila dipuji, katanya - ini adalah semata mata rahmat dari Allah. Tinggi nya sifat syukur zulkarnaian yang tidak claim setiap pencapaian itu adalah peribadi. Begitu juga kisah nabi sulaiman yang diberi kemampuan berkomunikasi dengan haiwan, dia tetap berdoa - “bantulah aku ilhamkan aku untuk terus bersyukur pada nikmatMu”. Hebat nya tawaddhu mereka kerana semuanya dipulang kan pada Allah swt] - Ustaz Anwar Ramli @Surau AlAmin.


So, padang pandang, lihat lihatlah, di mana kita dalam memulangkan pada Allah. 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Saya penulisnya, 

#ncs@SeriMinang.

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S