PkpYr2.244

 <PkpYr2.244]ENDEMIC?>

#Janganlah ENGKAU serah kan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata.

#Last 20 minit with Ust Hafiz

#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN.( REHAT LAGI) 


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam isnin buat Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudara mara, juga sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. 


Sayangnya, budaya yang kita dibesarkan untuk tidak suka pada Isnin. Ini di gembar gemburkan budaya barat, hinggakan ada lagu I don’t Like Monday dan kartun “i hate monday”. Hinggalah wujud “monday morning blues”. Sedangkan dalam Islam, muslim tidak pernah meletakkan Isnin sebagai sebegitu. Dalam satu hadis ada diriwayatkan pokok yang merupakan satu kejadian hebat kerana ianya adalah tempat keluarnya oksigen, di ciptakan Allah pada hari isnin. Ada satu riwayat hadis: DIBUKA PINTU PINTU SYURGA PADA HARI ISNIN DAN KHAMS. Renung renungkanlah dan jadikan isnin sebagai salah satu dari hari hari yang produktif dunia dan akhirat untuk kita.


Semalam berlalu. Alakullihall. Walaupun terpaksa missed gathering KPP ‘86 di Bukit Unggul tapi saya diberikan pengisian baik sebaliknya - majlis Konvokesyen USIM. Mubarak alaik buat anakda yang lulus kepujian di bidang Fizik. Semoga benarlah janji dan sumpah kalian pelajar pelajar untuk berbakti pada agama, bangsa dan negara hasil dari ilmu yang telah di raih. Seketika di majlis konvo, teringat saat graduasi tika di Rolla 32 tahun yang lalu. Terimakasih Allah swt, atas segala susunan Mu, kerna sekurang kurang dengan ilmu yang telah di raih di tanah seberang adanya satu peranjakan dalam keluarga. Di harap akan anak anak yang dah graduate dapat manafaatkan sebaiknya ilmu di dada. Umat Islam kena disedarkan sejak dari kecil: falsafah dan hikmah wahyu pertama diturunkan kepada Nabi saw melalui Jibril surah al-Alaq (96) - mengandungi perintah cari ilmu, dimulai dengan kata perintah oleh ALLAH kepada baginda Iqra’, bermaksud bacalah.


Bersempena dengan Minggu Konvokesyen yang banyak berlangsung seminggu dua ini,  sama sama kita tekankan akan hal ini supaya umat Islam tidak ketinggalan di dunia ini, demi mencari kebahagiaan di akhirat nanti.


Sebaiik tamat, majlis konvo selesai saya bergegas ke majlis kenduri di Mercu Mustafa Kamal Damansara. 


Sekali lagi, Ukhuwahfillah lama ikut bertaut kembali bersama rakan rakan bola. Semoga semuanya berlalu tidak percuma tapi akan ada pengisian di tabung akhirat. Aaminn. Petangnya, baru lah saya berehat seketika kejap sebelum masuk asar bekejar tunaikan Berjemaah. Damai jiwa...


Malamnya, bertandang lagi ke surau al amin walaupun hanya sempat dua puluh minit tapi ustaz Hafiz sempat menyampaikan pengisian yang baik untuk di sharekan disini. Terimalah....


#Ustaz Hafiz

Tafsir Surah Yusuf. 

(Last 20 minit only) 


Ujian pada para nabi adalah paling hebat. “Orang yang paling diuji adalah para nabi nabi dan juga orang orang yang seumpamanya”


Nak rasa sabar bandingkan nikmat dunia yang kita dapat dengan orang lebih miskin dari kita. Dalam bab ibadah pula bandingkan dengan orang yang lebih ibadahnya dari kita. Bila mula persoal kan takdir, kita tidak akan mampu sabar. 


Yusuf:16


‎وَجَاءُوا أَبَاهُمْ عِشَاءً يَبْكُونَ


Dan sesudah itu datanglah mereka mendapatkan bapa mereka pada waktu senja sambil (buat buat) menangis.


#Abang abang nabi yusuf berjumpa nabi Yaakob untuk menceritakan tentang apa berlaku pada nabi Yusuf pada waktu senja kerana mereka tidak berani untuk berdepan mata dengan nabi yaakob waktu siangnya. Ini kerana meraka khuatir nabi yaakob akan dapat melihat kelakuan mereka melalui  pandangan mata. Mereka datang dengan menangis kononnya rasa menyesal atas lalainya mereka jaga Yusuf. 


Yusuf :17


‎قَالُوا يَا أَبَانَا إِنَّا ذَهَبْنَا نَسْتَبِقُ وَتَرَكْنَا يُوسُفَ عِندَ مَتَاعِنَا فَأَكَلَهُ الذِّئْبُ ۖ وَمَا أَنتَ بِمُؤْمِنٍ لَّنَا وَلَوْ كُنَّا صَادِقِينَ


Mereka berkata: "Wahai ayah kami! Sesungguhnya kami telah pergi berlumba lumba berburu dan kami telah tinggalkan Yusuf menjaga barang barang kami, lalu ia dimakan oleh serigala; dan sudah tentu ayah tidak akan percaya kepada kata kata kami ini, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar"


#Penipuan sudah pun dapat dilihat dari kata anak anak nya bahawa “sudah tentu ayah tidak akan percaya kepada kata-kata kami ini, sekalipun kami adalah orang orang yang benar”. Inilah kata kata orang yang cuba sembunyikan perbuatan salahnya. 


Yusuf: 18


‎وَجَاءُوا عَلَىٰ قَمِيصِهِ بِدَمٍ كَذِبٍ ۚ قَالَ بَلْ سَوَّلَتْ لَكُمْ أَنفُسُكُمْ أَمْرًا ۖ فَصَبْرٌ جَمِيلٌ ۖ وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَىٰ مَا تَصِفُونَ


Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu. Bapa mereka berkata: "Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohon kan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu."


#Tidak disebut dalam tafsir samaada nabi yaakob tahu atau tidak samaada darah itu darah kambing or manusia. 

Tapi kata kata nabi yaakob bahawa alangkah baiknya si serigala kerana memakan nabi yusuf tetapi tidak pula  mengoyakkan baju. Inilah indikator nabi yaakob tahu ianya tidak masuk akal dan tahu anak anaknya menipu. Kenapa nabi yaakob tidak terus keluar melihat kesan di luar sana? Ini kerana dia tahu anaknya abang2 nabi yusuf sedang menipu. Dan jika dia  keluar pergi mencarinya, ada kemungkinan abg nabi yusuf akan sembunyi kan yusuf ketempat lebih bahaya dan malah mungkin akan ada pembunuhan. Dan pada masa yang sama, nabi yaakob tahu tamsilan mimpi bahawa nabi yusuf akan hidup dan menjadi penbesar. Sabar itu lebih baik. Jangan ulangi perbuatan yang tidak baik kerana ia nya tidak baik. Nabi yaakob juga tidak mahu abang abang berulang ulang berbuat perkara yang tidak baik.  Bila sebut sabar, kita sabar dan ia adalah ibadah. Maka, akan datanglah jua pertolongan Allah. Dan sudah tentu ibadah kita akan berjaya bila kita meminta pertolongan Allah. Sesiapa yang mempu ikut perintah Allah dan tinggalkan semua larangan Nya pada tahap yang terbaik adalah atas kehendak Allah. Hanya pentunjuk Allah yang akan memberi kekuatan untuk beribadah.


La haulawala quwwataila billahilaliyil azim - buat baik buat maksiat sekali pun, kita perlu pertolongan untuk beri kekuatan untuk meninggal kan maksiat dan kekuatan beribadah. Syukurlah kerana Allah telah pilih kita. 


Wallahu’alam bissowab.


Kuliah tamat 823 pm. 


#Akhir kalam..


Sekali lagi kita berehat dari bacaaan Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin. Rasa nya pagi esok akan ada sambungan. 


Untuk hari isnin ini, saya memohon agar Allah tidak terusan membiarkan saya mentadbir diri saya sendiri. Dan jadikalah hari ini lebih baik dari semalam. 


‎حَيُّ ياَ قَيُّوْمُ

Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri


‎بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ

Dengan rahmatMU aku memohon pertolongan


‎أَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ

Perbaikilah untukku urusanku semuanya


‎ وَلاَ تَكِلْنِيْ اِلىَ نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ

Dan janganlah ENGKAU serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata.


Saya mohon doa dari semua agar dapat doakan abang sepupu sebelah isteri saya bernama MOHD SOFEE BIN HJ AGUS SAFAR diberikan yang terbaik oleh Allah swt menguruskan sakit kanser usus tahap 4 nya. 


Jazakumullahkhair pada yang sudi. Semoga Allah rahmati kita semua, saya tahu akan ada kalangan kita yang sangat rapat dengan Allah maka kerana itu saya tidak malu mohon doa dari kalian disini. 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam 


Ikhlas dari, 

#Ncs@SeriMinang

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S