<[PkpYr2.234]ENDEMIC?>

 <[PkpYr2.234]ENDEMIC?>

#PESAN USTAZ NAJIB TAHA DARI Pemberian Yang Indah Dan Menjaga Segala Hati Yang Lalai. 

#Rehat Baca Buku FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN.


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam jumaat, Mak ayah, ahli ahli saya, adikberadik makcik pakcik, iparduai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua.


Lama sudah tak BERPROSA, bila tiba jumaat malam lena menjemput, terjaga seawal waktu sebelum subuh, ada yang terkandung pada hari hari berlalu menekan minda BERmonolog, terutamanya tentang diri yang lalai dan lagha.


“Ketidaktentuan emosi kita sudah tentu berkait dgn ketidaksempurnaan solat  kita.ً Walau berusaha agar solat sempurna diterima Allah, sungguh takut solat tidak diterima Allah. Apatah lagi banyak cula membuka tanda seolah solat tidak diterima, antara maksiat masih bermaharahalela di jiwa. Akhirnya,  apa yang dapat hanya lah penat dan lelah sahaja. Di Hari nanti Penentuan solat yang ditolak menyebabkan amalan lain tiada nilainya. Apa solatku selama ini diterima? Adakah solatku mencegah aku dari melakukan kemaksiatan? Oh Tuhan, ampunilah dosa dosaku dan semua”


Mujurlah sesingkat masa yang ada antara maghrib dan isya’, Allah kuat kan minda untuk menjejaki majlis ilmu di surau Al Amin BTHO bersama Ustaz Najib Taha, selepas sepaginya di KLGC ralit lagi di West Course dan di sambung ke petang pula di pejabat. Semuanya urusan duniawi belaka.


Alhamdulillah. Syukur Allah pilih saya yang lagha dan lalai untuk duduk bersila juga didepan Ustaz Najib yang membahas kitab AlJauhar AlMauhub Wa Munabbihat Al-Qulub.  Kitab Permata Pemberian Yang Indah Dan Menjaga Segala Hati Yang Lalai. 


Pengisian Ustaz Najib amat mambantu saya menaikkan semangat dan Iman yang luntur dek tewas dengan sibuk urusan dunia dan kemaksiatan diri sendiri. Jadi untuk itu saya nak share sedikit pagi ini, nota yang sempat saya jotted down untuk tatapan bersama. 


#Ustaz Najib Taha

-AlJauhar AlMauhub Wa Munabbihat Al-Qulub


Mustahil anak adam untuk tidak masuk syurga kerana dosa manusia hanya di tulis satu atas kejahatan saja, manakala kebaikan akan di tulis sebanyak sepuluh kali walaupun hanya ada satu kebaikan. Maka, jangan berhenti dari berbuat kebaikan. Ketaatan akan jadi benteng pada kejahatan kita. Jangan biarkan diri kita tidak berada dalam kebaikan. 


Nabi saw: taubatlah kamu pada Allah, bahawasanya aku bertaubat padaNya sebanyak 100 kali sehari.


Taubat nabi saw bukan kerana ada buat salah tapi nak naik kan darjat dan juga jadi pedoman pemangkin pada kita manusia untuk bertaubat.  TAPI Ingat jangan berbuat pahala kerana hendak berbuat dosa. 


Taubat ada tiga:


•Taubat orang awan. 

Kita bertaubat sebab sedar buat salah : mengumpat dan ada buat apa apa yang salah disisi Allah. 


•Bertaubat kerana lupa lakukan ketaatan pada Allah walaupun amalan ketaatan yang sunat. Seperti dhuha, zikir. 


•Bertaubat kerana kurang nya khusyuk solat. Dunia masuk dalam ibadah juga adalah dosa bagi golongan ini. 


Nabi saw/ taubatlah kamu kepada Allah tanpa putus asa, orang yang berputus asa dari taubat itu adalah yang hilang rahmat Allah. pintu taubat tidak pernah tertutup melainkan bila matahari terbit dari barat, bila nyawa sudah di halkum 


Airmata cukup bermakna, jangan biar ia mengalir kerana perkara lain tapi biarlah mengalir airmata kerana dosa. Kata ulamak, 

Kalau tak boleh juga buat buatlah menangis atas dosa dosa, semoga hati kita tidak keras. Kena didik supaya hati mudah menangis kenangi dosa dosa. Ungkitlah balik segala dosa sampai lah kita menangis. Besar kira kira air mata ini disisi Allah. Biar rasa berdosa supaya kita tidak berhenti bertaubat. Berhati hati jika kita rasa kita tidak berdosa kerana itu adalah permulaan berdosa. 


“Segeralah  taubat sebelum datang kematian, segeralah bertaubat sebelum luput waktunya”  jangan lengah solat dan taubat. 


Berusahalah elak dari berdosa kerana kita tidak tahu bila kita akan mati, kalau kita berdosa juga, segeralah bertaubat. 


“Bertaubatlah kamu pada tuhanMu sebelum datang kematian”


Jabir Abdulllah ra : nabi saw bersabda:  Wahai manusia taubat oleh mu pada Allah sebelum mati mu, segeralah amalan soleh sebelum kamu disibukkan dengan macam macam perkara yang lain. 

Banyakkanlah oleh kamu sedekah, maka akan murahlah rezeki mu, dan jaga amalan soleh (makruf) akan di pelihara dan tegah kemungkaran akan diberi pelindungan oleh mu. 


Bila kita bertaubat iblis akan tersungkur, tapi INGAT iblis tak pernah berhenti goda walaupun tersungkur.


Jazakallahukhoir ustaz Najib Taha. 


#Akhir kalam...


Pagi ini, kita berehat dari bacaan pagi dari kitab Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin. Semoga kita tetap dalam redha dan rahmat Allah di pagi semulia Jumaat ini. 


Moga kita terus bersolat dan cubalah berusaha untuk tidak melayang layang kadangkala terleka dan terlalai ketika solat. 


Walaupun Engkau menyukai solat hambaMu walaupun fikirannya melayang layang namun aku sungguh takut, terlalu takut amalan solatku tidak mempunyai harga dan nilai di sisiMu. Aku tetap bersyukur Ya Allah, doa dan munajadku Engkau dengari. Jadikan aku HambaMu ini yang kekal berusaha ..


“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum hingga mereka mengubah apa yang ada pada mereka sendiril”


Doakan perjalanan saya ke Terengganu dan Kelantan hari ini dalam rahmat Allah. 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Goresan dan perkongsian oleh, [ncs@SeriMinang]

#otwKT

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S