PkpYr2.231]ENDEMIC
*[PkpYr2.231]ENDEMIC?*
#TAHSINUL QURAN BERSAMA IMAM RASHIDI & GENG NGAJI DI OASIS.
# BUKU FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN: MENOLAK SALAH FAHAM QRIENTALIS (Part 3)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang di rahmati Allah swt Mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, ipar duai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua.
Alhamdulillah. Kembali saya kepangkuan asal kedudukan di bumi Seri Minang yang di bersebelahan BTHO. Seperti biasa, kesibukan kerja dan urusan dunia tidak pernah berhenti, demi untuk sebuah kehidupan disini. Kepenatan harungi enam jam petang malam Ahad - perjalanan balik dari Utara - masih amat dirasai. Tapi urusan ukhrawi tidak pernah juga kenal erti henti dan cuti nya. Inilah yang kita kena perhati dan imbangi setiap hari. Semoga Allah swt tidak membiarkan kita mentadbir diri sendiri. Mujurlah atas izinNya saya dibenarkan untuk bersimpuh di depan Imam Rashidi di surau al amin selepas tiga hari merantau ke Utara. Dapatlah juga “tahsin” Al Quran dan pesan Imam Rashidi, jangan berhenti belajar membaca al quran sampai mati. Balik seusai solat, makan malam bersama keluarga, sempat duduk pula menonton program Geng Ngaji yang di di Astro Oasis bersama hos Fakhrul Radhi dan Farhatul Fairuzah. Ustaz Tarmizi sebagai jemputan. Artis jemputan pula, Ameng Spring. Malam tadi ayat pilihan ialah Surah Ali-Imran Ayat 147.
وَمَا كَانَ قَوْلَهُمْ إِلَّا أَن قَالُوا رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampun kanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami melampau dalam urusan kami, dan teguhkan lah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami capai kemenangan terhadap kaum yang kafir”
Macam macam taranum diperdengar kan. Tidak kurang hebat juga artis Ameng Spring yang baca bertarumum ayat tersebut dengan “bayati”. Tabik Spring!!’
Semoga Allah susunkan yang terbaik untuk kita dengan MASA kita yang terluang dan dengan dosa kita yang sentiasa memenuhi ruang.
Tambah berkat pagi mulia ini, jom kita sambung baca Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin.
#MENOLAK SALAH FAHAM QRIENTALIS (Part 3)
Gologan yang murtad itu terdiri daripada mereka yang baharu menganut Islam dan yang jauh daripada Kota Madinah. Mereka menganut Islam tanpa berilmu, sekali gus menyebabkan pegangan kepada Islam terlalu lemah dan rapuh. Kewafatan Nabi SAW memberikan kejutan yang tidak dapat diterima.
Dalam diri mereka masih terdapat kefahaman warisan jahiliah, seperti masih lagi bergelumang dengan nafsu dan mengerjakan maksiat. Lebih parah mereka bersikap fanatik qabilah, menganggap Kerajaan Islam itu adalah urusan dunia yang tiada hubungan dengan agama.
Selain dari itu, mereka berpendirian apabila nabi SAW wafat maka urusan dunia juga wafat bersama nya. Tanpa mereka fahami bahawa al-Quran adalah mukjizat ilmu dan petunjuk yang berkekalan.
Setelah Rasulullah SAW wafat, musuh Islam dalam kalangan Yahudi, pemimpin Musyikin bangkit semula setelah kalah menentang Islam. Mereka mengambil peluang untuk menyusun semula perancangan bagi menentang dan menjatuh kan Kerajaan Islam.
Di samping itu, mereka juga berusaha menghapuskan pengaruh Kerajaan Islam yang semakin tersebar tanpa menafikan kebenaran dan kebaikan Islam. Walaupun begitu, kepentingan duniawi mengatasi kebenaran.
Para musuh mengambil kesempatan daripada kelemahan iman qabilah Arab. Ini kerana qabilah tersebut menganut Islam pada zaman Islam masih kuat di bawah kepimpinan Rasulullah SAW. Mereka menyangka bahawa dengan kewafatan Baginda SAW, Islam telah kehilangan tempat untuk bertahan.
...moga ketemu esok pula...
#Akhir kalam
Inilah kehdupan, selesai kita tamat kn riwayat hidup di dunia dan kenalah bersedia untuk dua perkara sahaja: masuk ke salah satu taman taman Syurga atau salah satu dari lembah lembah Neraka semasa di kubur. Tinggallah anak anak serta generasi kita buat kitaran yang sama seumur hidup, sampailah juga masuk kubur. Sementara kita di kubur tunggu akhirat.
Persoalannya, adakah Allah cipta kita hanya untuk itu? Hanya untuk itu saja? Itu saja?
“Kalau hidup untuk kerja dan makan, maka kera di hutan pun kerja dan makan juga.” - Prof Dr Hamka.
Jadi apa bezanya dengan binatang dan sebagainya? Sedang kan: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik baiknya.” (At Tin:4)
sepatutnya kita dah mula berfikir,
“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya untuk bermain-main? Dan kamu (menyangka pula) kepada Kami tidak akan dikembalikan?” Surah AlMu’minun :115)
“Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main.” Surah Al-Anbiya’ 21:19.
Bersahabat lah dengan Al quran.
Semoga kita dapat tahu tujuan hidup, dan dapat cari ketenangan. Doa saya buat semua.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Seiklhlasnya dari,
*<ncs@SeriMinang>*
Comments
Post a Comment