PkpYr2.2321]ENDEMIC

 *[PkpYr2.2321]ENDEMIC?*

#Pesan Ustaz Meftah. Sharing is Caring

# BUKU FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN: MENOLAK SALAH FAHAM QRIENTALIS (Part 4) 


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yang di kasihi lagi dinrqhmati Allah swt : Mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, saudaramara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. Selamat berjuang untuk hidup. Hidup tidak berhenti disini, selagi tidak berada di alam kekal, journey kita masih panjang. Barzakh, kiamat, dibangkitkan semula, menuju mahsyar, berada di mahsyar, di hari Mizan, titian sirat, akhirnya syurga dan neraka. Sekadar peringatan pada diri yang lalai ini. 


Alhamdulillah. Semalam berlalu ada lagi keizinan Nya untuk menjejaki majlis ilmu walaupun tidak lama tapi kekal momentum : hidup mencari ilmu, dan sampaikan semula untuk tatapan bersama. 


Disini sedikit catatan dari penghujung kuliah ustaz Meftah untuk kita semua renungi: 


“Jika boleh kita akan mohon di tangguh kan mati, tapi memang tak boleh. Firman Allah swt: “ Sehingga ketika maut telah datang kepada seseorang, la ali amalan soleha”. 

( al mukminum) Kita banyak last minit bila dah tua baru kita nak dekatkan diri dengan Allah. Nikmat datang ke surau ketika sihat kita tak rasa sangat, tapi bila dah tak dapat lagi baru kita akan rasa akan hilang nikmatnya. Barzakh - alam pemisah antara dunia - akhirat. Alam ini boleh jadi taman syurga, dan boleh jadi juga jurang neraka. Kalaulah manusia betul2 sedar itu sudahnya kita, tidak ada orang yang akan memanjang manjangkan angan angan. Sama sama muhasabah sampai bila kita nak hidup dalam dosa, sama2 kita muhasabah dan merintih mohon dijauhkan maksiat. Petanda Allah nak suruh kita bersiap sedia antaranya makan dah tak lalu sangat, nafsu makin kurang, tidur selalu bangun awal, TAPI tidak bermakna kita terus lupakan dunia, politik ekonomi kita kena kuasai demi untuk tegakkan Islam, kalau tidak puak bukan islam kuasai politik atau ekonomi, mereka akan buat polisi majlis ilmu pun tak boleh. Jangan terpedaya pula ambil dan cari dunia tanpa berlandaskan agama” - Ustaz Meftah @ Surau al amin.


Moga ada manafaat...


Jom tambah barokah hari ini, kita habiskan tajuk MENOLAK SALAH FAHAM QRIENTALIS dari buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin. 


#MENOLAK SALAH FAHAM QRIENTALIS ( akhir ) 


Penentangan terhadap mereka yang murtad sebenarnya adalah pertembungan antara hak dan batil, benar dan salah atau adil dan zalim. Kumpulan murtad itu terdiri daripada kalangan ketua qabilah yang menpertahankan perbuatan syirik dan menolak tauhid dengan alasan memelihara pusaka buruk daripada warisan jahiliah.

 

Zakat yang diambil berdasarkan kadar berpatutan daripada mereka yang berada dengan rela hati. Kemudian dibahagikan kepada mereka yang memerlukan pertolongan.

 

Selain itu, sebahagian golongan lagi menjadi murtad kerana tenggelam dalam hawa nafsu mengerjakan maksiat seperti merompak, mencuri, meminum arak, berzina, riba, menipu dan sebagainya. Mereka menganggap islam sebagai penghalang kemahuan mereka. Sifat-sifat ini ternyata daripada peribadi mereka yang terlibat dengan perbuatan murtad.

 

Pelajaran yang kita dapati ialah Khalifah Abu Bakar RA Berjaya menangani fitnah murtad dengan penuh bijaksana. Kejahilan dan kebodohan mereka dihadapi dengan memujuk mereka kembali kepada Islam. Namun begitu, Khalifah tetap bertegas dalam menghadapi kekerasan hati mereka yang bersifat jahiliah itu.


*Akhir kalam..*


Kata cerdik pandai, Hati kita macam cawan kosong. Kalau di isi dengan air kopi o, maka cawan tu akan nampak hitam pekat. Bila letak setitis dua air mineral, ia takkan mengubah warna air kopi O itu. Cara nak ubah warna air kopi o tu hanyalah dengan tuang air mineral banyak banyak, biar melimpah ruah keluar air kopi o tu. Sampai satu masa, cawan tu akan jernih semula sebab penuh dengan air mineral.


Macam tu dengan hati. Mula mula kena paksa buat semua ni. Ikhlas tak ikhlas benda kedua. Hati yang jarang merasai kenikmatan dengan iktikaf, solat, berdoa merayu pada Allah atau mendengar dan membaca Al Quran, lambat laun kau akan rasa ketenangan kalau dibuat dengan berterusan. Sebab iti antara amalan paling afdhal adalah tinggalkan maksiat.


Sama sama muhasabah. 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam. 


Dari : *ncs@seriminang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S