PkpYr2.233]ENDEMIC?*

 *[PkpYr2.233]ENDEMIC?*

#IBRAH DARI RIADAH @ BUGC

#BUKU FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN.



‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, ipar duai, saudaramara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua.


Dalam beraktiviti  di seawal pagi segini, seeloknya kita sulamkannya dengan bacaan ayat ayat zikir yang mudah mudahyang kita sedia sudah hafal. Sambil kita memandu menuju destinasi tugas, juga sambil ketika beriadhah pagi, dan dalam apa apa aktiviti yang kelihatan seperti tidak ada interaksi dengan insan manusia lain. Ada baiknya kita gunakan masa yang terluang itu untuk zikir zikir seperti membaca ayat kursi, membaca surah tiga Qul, membaca sayyidul istighfar dan macam macam ayat alquran, zikir, doa yang dah dihafal. Ingatan untuk diri sendiri. 


SeMoga kita akan dilindungi Allah dari gangguan hingga lah ke petang. Malah, segala sesuatu akan dicukupkan untuk kita olehNya. Mudah mudahan mati kita dalam keampunan Allah swt. Aaaminnn.


Sambungan bacaan pagi diteruskan, doakan semoga kita sama sama khatam membaca buku ini. 


*#BUKU FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN*


•PENYELEWENGAN YANG DILAKUKAN OLEH ORANG MURTAD

 

1) Keluar sepenuhnya dari agama Islam dan kembali pada agama nenek moyang mereka.

2) Golongan murtad menunjukkan sikap dan pembawaan agama secara sesat dengan mengaku menjadi nabi baru gunakan penipuan dan sihir.

3) Mengurangkan jumlah rakaat atau rukun solat dan menafikan ibadat zakat

4) Mendirikan solat, tetapi metafsirkan ayat-ayat al-Quran dengan kefahaman yang salah.

5) Dipengaruhi dengan sikap ‘asobiyyah qabilah yang menebal sehingga sanggup mempertahankan qabilah masing-masing atas dasar kezaliman.

 

•GOLONGAN YANG TEGUH BERIMAN

 

Allah SWT tidak mengizinkan cahaya Islam dipadamkan sebaliknya Dia meneguhkan iman dalam hati mereka yang ikhlas kepada-Nya. Walupun dilanda gelombang murtad penduduk Madinah teguh dengan Islam dan tetap beriman, termasuk penduduk Makkah dan Thaif.

 

Orang yang beriman dalam kalangan penduduk Yaman, Bahrain dan beberapa Qabilah yang lain juga tetap teguh iman mereka. Ini kerana ada pemimpin yang berwibawa dengan ilmu, dan mempunyai kematangan serta ketahanan. Mereka itulah golongan yang dijanjikan oleh Allah SWT melalui firman-Nya yang benar:

 

“Wahai orang-orang yang beriman, Sesiapa antara kamu berpaling tadah dari agama-Nya (jadi murtad), maka Allah akan mendatang suatu kaum yang Dia (Allah) kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia (Allah); mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi meliputi pengetahuan Nya. (54): Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka ruku’

 (tunduk menjunjung perintah Allah), (55); Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka merekalah golongan Allah), kerana sesungguh nya hanya golongan Allah itulah yang tetap menang. (56).”

- Surah al-Maidah: 54-56

 

In shaa Allah.. sambung lagi esok. 


*Akhir kalam*


Alhamdulillah. Seawal pagi semalam, saya berada di tengah hutan kawasan Bukit Unggul menikmati udara bersih dan suasana kabus tenang sambil beriadah. Melihat lembah yang penuh tenang dan damai ciptaan Allah tanpa kelibat manusia lain, hanya yang ada monyet ingin berkongsi makan, ia buat kan diri rasa kerdil dan kecil untuk tidak mentaati Nya. Terimakasih Charles menemani saya di BUGC. 


“Tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia dicipta kan? Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya? keadaan gunung ganang bagaimana ditegak kan?  Dan keadaan bumi bagaimana ia dihampar kan?"  (Surah al-Ghashiyah, ayat 17-20)


Saksikanlah kehebatan Allah pada penciptaan diri sendiri dan makhluk di sekeliling. Jika kita dapat melihat seluruh bumi dan isinya ini sebagai bukti kekuasaan dan kehebatan Allah, maka kita tidak akan sekali tergamak mengakui ada kehebatan tersendiri walau sekelumit. Sebab itu dalam bacaan Sayyidul Istighfar, kita mengakui Allah adalah Tuhan yang menciptakan diri dan kita adalah hamba Nya. Hence, kita perlu sedar Dia lah Tuhan yang selayaknya kurniakan perlindungan dan keampunan.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Catatan, 

*ncs@SeriMinang*

#Pagi@TPC

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S