PkpYr2.235]ENDEMIC

 *[PkpYr2.235]ENDEMIC?*

#MUSAFIR LAGI: Di tengah tengah kehidupan. Sepetang di KT. 

#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN.


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam dari perantauan dari saya, salam dari tanah Ayah Wang dari saya buat Mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, saudaramara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua.


Sekian lama tidak memandu menuju ke Pantai Timur, dan terlalu banyak  perubahan Infra jalan yang saya telah ketinggalan. Ketika memula kan jejak musafir KL - KT - KT - KB - KB - Kl selama tiga hari semalam, saya masih terbayang kan laluan tepi pantai sepeti dulu. Rupa rupanya LPT telah pun bersambung jauh dari Kuantan langsung ke Bukit Besi terus ke persimpangan KB - KT. Alhamdulillah. 

Hanya 4 jam sahaja dari KL ke KT. jika tidak di kira sejam keluar dari lingkaran LPT untuk singgah tepian pantai nikmati SATA, dan air kelapa di Kuala Kemaman. I love Kuala Kemaman. 


Terimakasih sahabat saya Atok Muda Asri sanggup menemani saya testing lapangan KTGR. Akhirnya tiba di Grand Continental KT (GCKT) yang berdekatan Jambatan Angkat yang kini menjadi “signature” KT dan penyambung KT dan juga  seberang Takir. Malamnya di kawasan jadian “takun” ada pula  disitu FoodTruck under TERENGGANU DRAW BRIDGE. Tapi saya tak nak rokeman sangat untuk dinner di situ. Jemmm krengg!! Mungkin hari jumaat malam sabtu kot. 


Alhamdulillah. Seperti atas apa yang sering di pinta, 120 meter dari GCKT ada satu surau kecil. Itulah dia surau Haji Awang  Abbas. Terima kasih Allah kerana izin kan saya istiqamah berjemaah di rumahNya walau bermusafir. In shaa Allah pagi  akan di luangkan masa berjemaah subuh. 


In shaa Allah sebelum meneruskan perjalanan ke KB hari ini, saya luangkan masa bertanding lagi dalam sukan kegemaran mutaakhir ini di Kuala Terengganu Golf Resort. 


Untuk pagi yang mulia ini, sama sama kita isi dengan ilmu dengan membaca. 

Sambungan bacaan dari FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN tulisan TGHA. 

Di tulis semula untuk tatapan dan renungan. 


#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN.


Golongan yang dimaksudkan daripada  al Maidah: 54-56 ialah kumpulan dalam kalangan umat Islam yang tetap wujud di sepanjang zaman. Tugas mereka berdakwah dan berjihad mempertahankan Islam dengan bercirikan sifat-sifat yang berikut iaitu:

 

1) Allah SWT mengasihi mereka dan mereka mengasihi-Nya, kerana mereka bersikap teguh dengan Islam yang sempurna seperti yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Risalah Islam yang mengandungi aqidah, syariat dan akhlak, serta beramal denganya dalam diri, masyarakat dan negara. Perkara ini dihuraikan oleh firma Allah:

 

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi.”Surah Ali ‘Imran: 31

 

Mereka mengikuti ajaran Rasulullah SAW sepanjang dalam menegakkan Islam, bermula dengan mengaku dan percaya kepada Islam, sehingga berhijrah menegak kan Islam sepenuhnya dalam negara dan masyarakat. Seterusnya berdakwah dan berjihad hingga akhir hayat.

 

2) Merendah diri terhadap orang-orang yang beriman dan teguh dengan rasa mulia diri dan berani bila berdepan penentang penantang Islam.

 

3) Berjihad menegakkan agama Allah SWT (Islam) kesediaan mengorbankan harta dan jiwa raga serta menghadapi segala kesusahan penentang Islam.

 

4)Tidak gentar menghadapi penghinaan dan celaan daripada musuh Islam.

 

Janji Allah SWT dalam ayat tersebut menunjukkan bahawa kumpulan Islam akan tetap lahir di sepanjang masa dengan sifat tersebut. Walaupun tiada lagi nabi dan rasul diutuskan selepas Nabi Muhammad SAW wafat.


Allahuakbar. Jumpa esok, semoga kita termasuk dalam golongan golongan yang di atas. 


*Akhir kalam...*


Alhamdulillah. Inilah kehidupan yang kita kena lalui. Semoga kita tidak tinggalkan Allah, islam dan nabi  walau dimana kita berada. 


Sepanjang perjalanan semalam kami ( saya dan zaujah serta anak istimewa) di temani lagu lagu puitis ketuhunan dari koprtasa. Salah satu yang menari perhatian saya adalah lagu berjudul KEHIDUPAAN. Semoga ada manafaat dari pesanan ini.



Inillah sajak tulisan DINSMAN. 


Di tengah tengah kehidupan, 

Sampai ke pinggir pinggir nya,Sampai ke dasarnya menerokaSetiap lorong dan liku, Setiap padang dan lubang Menyelongkar, memeriksa Ke jantung, ke nadi, Ke lembah, ke gunung belantara, Ke jalan raya, Ke muara samudra, ke hulu, Ke ruang persembunyian, Ke taman larangan dengan pintar akal, Dengan tajam penciuman, Terang mata, telinga halus Rasa renung Dengan sikap yang berani Yakin diri dan tabah hati

Memerhati kehidupan Memerhati kejadian Mencari kebenaran dan keadilan


Di tengah-tengah kehidupan

Di tengah-tengah kehidupan

Sampai ke pinggir pinggirnya

Sampai ke dasarnya meneroka Setiap lorong dan liku, Setiap padang dan lubang, Menyelongkar, memeriksa ,Ke jantung, ke nadi, Ke lembah, ke gunung belantara, Ke jalan raya

Ke muara samudra, ke hulu, Ke ruang persembunyian, Ke taman larangan dengan pintar akal, Dengan tajam penciuman, Terang mata, telinga halus Rasa renung, Dengan sikap yang berani, Yakin diri dan tabah hati

Memerhati kehidupan Memerhati kejadian Mencari kebenaran dan keadilan Di tengah-tengah kehidupan


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


DarI Kuala Terengganu, 

*Ncs@KT*

#https://youtu.be/SZffDJC0sSE

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S