PkpYr2.236

 *[PkpYr2.236]ENDEMIC?*

#CORETAN DI KOTA BHARU

#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN.


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam dari tanah tumpah darah saya -  negeri cik siti wan kembang tanah rendah sekebun bunga serambi Mekah, buat Mak ayah, ahli saya, adikberadik, iparduai, makcikpakcik, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua...


Selamat tiba di perkarangan Masjid muhammadi didepan Khalifah Suite Apartment tika azan asar sedia untuk di kumandangkan. Menempuh laluan menarik dari Kuala terengganu melepasi Penarik & Permaisuri hingga tiba di Besut kemudian merentasi Tok Bali. Alhamdulillah, walau pun tidak sempat singgah makan IKan Celup Tepung ( ICT ) di sepanjang pantai Penarik tapi keindahan persisiran pantai serta air laut biru mereflekkan langit yang serba biru yang mendamai kan. 


Alhamdulillah. Memikirkan terlalu banyak nikmat Allajh dah kurniakan, saya usaha pertuntukan masa yang agak lama ketika jama takahir zohor di dalam asar, mencari redha Allah dalam wirid wirid yang panjang selepas sedari zohor tadi tidak bersama Nya. Maka, saya bawakan wirid wirid zohor ke asar. Semoga usaha ini menjadi sesuatu yang mampu menambah rahmat Allah dalam saya bermusafir. Itu pun selepas lena sejam setiba di bilik deluxe satu single dan satu double  ada pantry lagi yang hanya bernilai rm126 di Khalifah Apartment ini. Saya kadang kadang merasakan seperti di Madinah bila beradu di sini Serambi Mekah ini kerana turun saja dari bilik penginapan terus saja pintu masuk Masjid. Lagi sekali Terimakasih Allah demgan susunan sebegini. Tanda fikrah Islami masih ada walaupun saya bukanlah Sebaik mana pun. 


Selalu kita sebu l ‘Fikrah Islamiah’. Dalam satu tulisan dinyatakan secara literal nya, Fikrah Islamiah : 

pemikiran yang bersifat Islam. Atau dengan kata lain, berfikir dengan cara yang diajarkan oleh Islam. ia tidak dapat lari daripada dua perkataan, iaitu ‘berfikir’ dan ‘Islam’. Pemikiranlah yang membeza kan antara manusia dan binatang. 


Tercetus di minda saya dari ayat wahyu yang pertama: 


‎اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (1) خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ (2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ (3) الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (4) عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (5)


“Bacalah (Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”


Dalam satu tulisan, dinyata kan  betapa pentingnya rangsangan akal yang diberikan Allah. Allah cetuskan kekuasaanNya menciptakan, ajar manusia, supaya manusia berakal itu berfikir. Bukan hanya terima dan mendengar. Sayyid Qutb huraikan ayat ini, meletakkan bahawa ilmu itu bersumber kan Tuhan. Selaras dengan ayat kelima. Di sini kita boleh melihat beza sumber ilmu antara Islam dan Barat. Islam meletakkan sumber ilmu itu ialah Allah ajar manusia yang diberikan akal. Manakala Barat pula, ilmu itu datang dari akal mereka semata mata. Sebab itulah cara berfikir Barat berbeza dengan Islam.


Semoga kita kekal bersama Islam dalam setiap fikrah. 


Jom sambung bacaan Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin 


Generasi awal pimpinan Khulafa’ al-Rasyidin yang didahului oleh Abu Bakar RA bersama dengan orang yang masih beriman menjadi contoh pertama bagi kumpulan tersebut. Kumpulan ini terus menerus wujid sehingga akhir zaman.

 

Apabila Rasulullah SAW wafat, umat Islam benar benar diuji dengan fitnah murtad. Maka Allah SWT memdidik mereka dengan mentafsirkan ayat di atas secara amali dalam kehidupan dunia yang berwawasan akhirat.

 

1) Penduduk Madinah dalam kalangan Muhjirin dan Ansar serta jirannya yang setia, mereka secara langsung diselamatkan dengan tarbiyah nabawiyyah yang tidak terputus, serta kepimpinan para sahabat ulung yang sentiasa bersama mereka.

 

2) Penduduk Makkah, tetap dengan Islam, beristiqamah bersama pemimpin yang berjaya menguasai keadaan penduduk seluruhnya dengan baik.

 

Pemerintah Makkah yang ditugaskan sejak zaman Rasulullah SAW ialah ‘Attab bin Usaid RA yang masih muda. Ketika fitnah murtad melanda Makkah, Suhail bin ‘Amir RA baru sahaja memeluk Islam. Sebelum itu pernah menjadi musuh Islam yang ketat dan menunjukkan sikap yang sangat buruk ketika mewakili pemimpin Makkah dalam Perjanjian Hudaibiyyah.

 

Suhail bin ‘Amir beroleh hidayah dan melakukan satu jasa yang besar terhadap Islam apabila menyelamat kan penduduk Makkah menghadapi gelombang murtad yang dahsyat ini.

 

Beliau tampil ke atas Ka’bah menyeru kepada penduduk Makkah agar berhimpun. Setelah ramai yang datang, Suhail menyampaikan pidatonya:

 

“wahai penduduk Makkah, Demi Allah Sesungguhnya Dia akan menyempurnakan urusan menegakkan agama ini, seperti yang pernah disebut oleh Rasulullah SAW. Sesungguhnya aku telah menyaksikan bahawa Rasulullah SAW berdiri di tempat aku berdiri ini dengan keseorangan. Baginda bersabda “Ucapkanlah bersamaku kalimah; Bahawa tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah. Nescaya kamu dapat mengumpulkan bangsa Arab, memerintah bangsa lain sehingga mereka membayar jizyah kepada kamu. Demi Allah kamu akan berbelanja dengan harta kerana menegakkan agama Allah. Di kala Rasulullah menyampaikan ucapan itu, ada orang yang mengejek dan ada orang yang percaya. Sebenarnya telah berlaku apa yang kamu saksikan (sebahagian daripadanya). Demi Allah pasti akan berlaku perkara yang berikutnya.” - Ibn al-‘Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, jld. 1 ms. 358

 

Ucapan yang disampaikan di atas menyedarkan penduduk Makkah dari kebingungan, membangkitkan semangat mereka.

 

3) Penduduk Thaif terus teguh bersama Islam, setelah mendengar ucapan pemimpin mereka iaitu Uthman bin Abu al-‘As al-Thaqafi RA yang dilantik oleh Rasulullah SAW. Beliau telah Berjaya meneguhkan keyakinan penduduk Tharif yang digugat dengan murtad dan penentangan secara ganas yang disebarkan. Antara isi ucapannya:

 

“Wahai Bani Thaqif (penduduk Taif), kamu adalah orang-orang yang terakhir memeluk Islam, maka janganlah menjadi orang-orang pertama murtad (keluar daripada agama Islam).” : Al-Safadi, al-Wafi bi al-Wafayat, jld, ms 276

 

4) Sebahagian penduduk Yaman, Bahrain, beberapa qabilah yang tetap dengan Islam, mereka tidak  terpengaruh dengan kesesatan yang berlaku. Mereka bangkit berjihad bersama pemimpin dalam kalangan sahabat menentang penyelewengan dengan gagah berani untuk beroleh kemenangan atau syahid.

 

Ada dalam kalangan mereka, golongan yang sabar walau pun terkepung sehingga terpaksa berlapar dan menahan dahaga sebelum datangnya bantuan. Kisah ini akan dijelaskan secara terperinci, dalam kisah gerakan ketenteraan yang dilakukan di wilayah- wilayah tersebut.

 

Keadaan semakin terkawal dengan keberadaan pemimpin daripada generasi sahabat yang berilmu dan mempunyai kewibawaan dalam memimpin masyarakat. Maka jelaslah mengapa tugas mewujudkan ahli ilmu yang berkemanpuan sedemikian adalah fardu kifayah yang lebih besar. Mengatasi perkara yang menjadi fardu kifayah seperti sembahyang jenazah termasuk perkara yang besar dalam masyarakat juga.

 

 

 

Maka benarlah perintah Allah SWT: “Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu memperlajari secara mendalam ilmu yang dituntut supaya memahami agama (Islam), dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya, apabila kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga jaga (dari melakukan larangan Allah).” - Surah al-Taubah: 122

 

Sama ada para ulama’ itu menjadi pemimpin, atau tidak, kewujudan mereka dalam masyarakat adalah wajib. Semata-mata untuk memelihara pegangan umat kepada Islam dan beramal dengan ajaranya yang sebenar. Kejahilan agama boleh menyebabkan manusia berada dalam kesesatan atau terpengaruh dengan ajaran sesat.


Sambung esok pula...


#Akhir kalam..


Malamnya saya bersama rakan sekampung di gerai teman sekampung pekena mee rebus yang dirindui. Kami sama sama kupas Fikrah Islam selepas sedari kami sudahpun ada di hujung perjalanan, dan lorong yang kami nampak selepas ini hanyalah alam kubur. 


Semoga Allah kekalkan kita semua dalam rahmatNya. Pagi ini saya ke Pejabat tanah selesaikan urusan tanah pusaka semoga MEK DAN AYAH damai di sana.


Wallahu’alam

Barakallahufikum 

Wassalam


Ilklhas dari,

<ncs@SeriMinang>

#MasjidMuhamadi

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S