PkpYr2.237]ENDEMIC
[PkpYr2.237]ENDEMIC?*
#KISAH JALAN LAMA GOMBAK : Musafir dan Hujan serta doa doanya.
#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semoga Allah merahmati Mak ayah, ahli saya, adik beradik, iparduai, makcik pakcik, saudara mara juga sahabat sahabiah dan rakan taulan semua dalam hujan yang lebat membasahi bumi BTHO sejak dari malam tadi. Damai terasa dinihari isnin mendengar rintikan hujan menghempap segenap penjuru alam. Menyedarkan betapa hebatnya Allah dalam mentadbir Alam. Jika kita memerhati dan mempelajari.
Antara waktu mustajab kita berdoa ialah di saat hujan turun. Di maklum kan dalam satu kuliah bahawa Imam An-Nawawi ada berkata, penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat Allah.
So, kenapa kita melepaskan peluang berdoa di saat pintu langit sedang terbuka?
Perjalanan saya dari KB ke KL kelmarin, di iringi hujan dari Kuala Lipis. Menelusuri jalan jalan kecil dari Salor merentasi kawasan daerah permainan waktu remaja ( pengkalan kubur, lundang paku, dewan beta, kaduk, pangkal kalung) tembus terus ke Machang melepasi Ketereh, awalnya musafir semalam ianya tenang tapi dari Kuala Krai ke Gua Musang menyiksakan bila setiap jejak dibatasi lori lori. Hinggakan Salor ke Rnr Gua Musang mencecah 2 jam 45 minit. Meneruskan kisah perjalanan ke KL jam 6 petang berbekalkan jamak taqdim asar zohor di Khalifah Suite Apartment, kami tiba di Kuala Lipis jam 7. Seterus nya, hujan mengiringi detik perjalanan sehingga ke Raub dan Bentong. Maklumam dari Google Maps, “traffic is getting worse at Genting Sempah”, 76 km perjalanan memakan masa 2 jam 15 minit. Teknologi Google Maps membantu saya menukar hala perjalanan dengan menggunakan jalan lama Gombak. Ketika melalui jalan inilah (yang sebenarnya jalan “legend” yang sering digunakan sewaktu ke KL menemani arwah ayah yang memandu lori Jabatan Pertanian ketika itu), saya terasa kehebatan Allah menyelamat kan kami. Jalan sempit, berliku liku juga dgn bengkang bengkok dan jalan ditutupi hutan, hanya doa dalam hujan saat memandu menjadi senjata kami. Dan ketika hampir melepasi kawasan gelap tiada penghuni itu, tiba tiba terasa ada gangguan pada tayar kereta, tapi saya dan zaujah sama sama buat tak tahu saja. Masing masing berdoa dalam hati. Doa dalam musafir doa dalam hujan mungkin berkat itu, kami tiba di BP TAMAN MELAWATI, selesaikan solat jamak takhir di situ. Akhirnya, perjalanan ke Seri Minang, disedarkan tayar sebelah passanger kiri makin kempes. Indicator di x70 memaklumkan. Berhenti di Patron Safari, didapati sebatang screw telah masuk ke dalam tayar. Allahuakbar, semuanya selamat walapun ada sikit musibah. Terima kasih Allah. Jam 1050 malam, selamat tiba di Seri minang dan itulah masa yang ditertera di google maps untuk kami tiba jika kami merempuh jem di Terowong Genting Sempah. Itu pun waktu tiba tanpa ada waktu solatnya. Terimakasih Allah atas musibah di tukar menjadi kebaikan. Doa sang musafir dan doa ketika hujan. Alhamdulillah ...
Jom sambung sikit bacaan pagi kita dari Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin.
#KEBIJAKSANAAN BERHADAPAN KUMPULAN MURTAD
Khalifah Abu Bakar RA mengadakan musyawarah dengan para peminpin sahabat dalam kalangan Muhajirin dan Ansar bagi menghadapi penentangan golongan murtad. Ada dalam kalangan para sahabat berpandangan supaya membiarkan mereka yang menafikan rukun zakat, kerana mereka masih bersembahyang dan, mengucap kalimah syahadah.
Pandangan tersebut dipersetujui oleh Umar bin al-Khattab RA sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
“Aku diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan kalimah syahadah (pengakuan) bahawa tiada Tuhan sebenar melainkan Allah. Maka sesiapa yang mengucapkannya terlepaslah daripada tindakanku harta dan dirinya melainkan dengan haknya yang ditetapkan dan hisabnya terserah kepada Allah.”
Riwayat al-Bukhari: 1400
Dalam situasi sedemikian, Abu Bakar RA menunjukkan ketajaman fahamannya terhadap Islam melalui nas yang sama. Dengan tegas beliau menjawab kepada Umar RA:
“Demi Allah aku akan perangi mereka yang membezakan kewajipan zakat dan sembahyang. Zakat itu adalah kewajipan harta yang wajib ditunaikan. Demi Allah sekiranya mereka tidak menunaikan zakat walaupun dengan tali pengikat unta yang murah nescaya aku memerangi mereka kerana menafikan kewajipan zakat itu.”
Riwayat al-Bukhari 1399 dan Muslim 20
Tidakkah Rasulullah SAW menegaskan dalam sabdanya: “Melainkan dengan haknya.” Di antara haknya ialah zakat, seperti juga sembahyang. Demi Allah kalau ramai orang mengecewakanku, nescaya aku sendiri yang bangun memerangi golongan yang tidak menunaikan zakat itu.”
Akhirnya Umar RA mengalah dan berkata:
“Demi Allah Demikian itu Alllah telah memberi melapangkan dada Abu Bakar (Kefahaman yang betul) untuk memerangi golongan murtad itulah pendapat yang betul dan benar.”
Riwayat al-Bukhari 7285 dan Muslim 20
Sambung esok...
#AKHIR KALAM..
Teingat kupasan ustaz aIman dalam surah al Baqarah: 22 Allah berfirman,
“Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya), dan diturunkan-Nya air hujan dari langit, lalu dikeluarkan-Nya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu, maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)”.
Hence, apabila hujan turun, gunalah peluang dan nikmat kurniaan Allah itu untuk berdoa. Sesungguhnya kita tidak dapat melawan kuasa Allah dan tidak dapat mengelak hujan dari berlaku.
Wallahu a’lam
Barakallahufikum
Wassalam
Dari kembara,
*ncs@SeriMinang*
#APPOINTMENTHUKMPAGIINI
Comments
Post a Comment