PkpYr2.238]ENDEMIC

 *[PkpYr2.238]ENDEMIC?*

#Keindahan pelangi adalah gambaran keindahan kasih sayang Allah dan juga APA ITU ISKEMIA? 

#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN.


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Mak ayah, ahli saya, adik beradik, iparduai, makcik pakcik, saudara mara, juga sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. Dengan izin....


Keindahan pelangi adalah gambaran keindahan kasih sayang Allah yang sering bermain di mata hati ini. Tiada cara buat umat seperti kami mencari kasih sayang Allah, yang bukan hanya sekadar ingin dilihat tapi ingin juga kami merasainya jua, betapa indah kasih sayang Mu ya Allah. 


Antaranya usaha merasai kasih sayang Allah adalah berusaha khusu’ dalam solat. Usaha ini perlu diperbaiki untuk naikkan mutu solat supaya jadi lebih sempurn dan PALING PENTING, kita bukan yang tiada usaha untuk khusyuk dalam solat. 


Terimgat ayat yang sempat belajar masa kelas bahasa Arab dulu: 


“Maka kecelakaan besar bagi orang yang bersolat iaitu mereka yang lalai daripada menyempurnakan solat mereka (serta) orang yang riak (menunjuk nunjuk dalam ibadatnya).” (alMa’un, ayat 4-5).


Dan juga satu lagi ayat yang sepatutnya memotivasikan khusuk dalam solat: 


“Sesungguhnya berjayalah orang orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.” - (Surah al Mu’minun: 1-2)


Sama samalah kita menjaga apa yang kita makan dan minum, juga pandangan dan lidah, elak bicara yang sia sia, carilah masa berzikir sebelum memulakan solat, jagalah gerakan tika solat dengan penuh ketenangan (Tamakninah), pastikan wudhu diambil sempurna, berusaha membaca Surah An Nas dan Isti’azah, cuba untuk tidak membaca surah yang sama setiap kali solat dan fahami cari pengertian serta hayati bacaan setiap bacaan dalam solat, berilah perhatian kepada apa yang dibacakan serta pusatkan fikiran supaya lebih fokus, MOGA TERHASILLAH KHUSUK DAN IHSAN DALAM SOLAT. 


Pagi ini kita teruskan bacaan buku Fiqh siasah Khulafa Arrasyidin..


#KEBIJAKSANAAN BERHADAPAN KUMPULAN MURTAD


Tindakan yang diambil oleh Abu Bakar RA menunjukkan bahwa murtad itu bukan sahaja kerana keluar dari Islam. Bahkan seseorang juga dianggap murtad apabila menafikan atau mengubah mana mana ajaran Islam yang diwajibkan. Sama ada ia diwajibkan melalui nas al-Quran dan Hadis yang sahih mutawatir, atau diketahui umum ianya adalah ajaran Islam yang wajib diimani dan diamalkan.

 

Murtad bermaksud keluar daripada agama Islam. Seseorang itu murtad apabila berniat, beramal atau bercakap dengan perkara yang menunjukkan tanda tidak percaya kepada Allah SWT dan Rasul atau mana mana rukun iman dan Islam.

 

Perkara di dalam hati adalah hak Allah SWT, manusia tidak tahu apa yang diniat kan oleh seseorang.  Perkara yang boleh diambil tindakan ialah apa yang dizahirkan melalui sama ada ucapan, tulisan atau perbuatan.

 

Perbuatan yang zahir juga dilihat sama ada ia dilakukan secara serius atau bergurau kerana perkara agama tidak seharusnya dibuat gurauan. Agama dilakukan dengan pengetahuan bukannya kerana jahil. 

 

“Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejekan-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain main.: Katakanlah: ‘Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolak-olak dan mengejeknya?” (Jgnlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana seseungguhnya kami telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat atau jahil), maka kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yag terus bersalah..”


in shaa Allah, suntingan bersambung. 


#Akhir kalam...


Alhamdulillah. Apa apa pun jua hasil dari pertemuan dengan doktor di Hukm semalam, saya di maklum kan jantung ada masaalah “iskemia” (kekurangan aliran darah ke jaringan atau organ tubuh akibat gangguan di pembuluh darah). Kini, ianya bergantung kepada kadar frequency saya terasa sakit di jantung, kalau ia semakin kerap; satu lagi angiogram berserta angioplasty akan di adakan. Ala kulli hall, hidup kena teruskan. Ubat kena makan lebih rajin, makan kena jaga, kena belajar uruskan stress lebih baik dan yang paling pasti kena terus berjuang untuk terus hidup atas nama Allah, nabi saw bersandarkan islam. Tanda tanda untuk saya menuju ke arah lorong yang satu satu nya makin jelas didepan. It is a matter of time but life is to go on. 


“Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah merasa puas, dan dari doa yang tidak terkabulkan. Ya Allah, beri kanlah kepadaku jiwa yang takwa lagi bersih. Sebab Engkau lah sebaik baik yang membersihkan jiwa dan yang menguasai serta juga yang mengarahkannya.”


Aaaminn...


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Emosi pagi dari, 

#Ncs@SeriMinang

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S