PkpYr2.239
*[PkpYr2.239]ENDEMIC?*
#PERJUANGAN PERTAHAN AQIDAH
#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Mak ayah, ahli saya, adik beradik, iparduai, makcik pakcik, saudara mara, juga sahabat sahabiah dan rakan taulan semua.
Kekalkan momentum Islam dalam jiwa walau sehebat setinggi mana kita. Juga seterukmana kita tewas dan kalah. Islam, agama yang syumul menjana manusia amnya dan individu muslim khususnya ke arah hidup yang bersistem dan teratur dalam mencapai konsep ubudiah dan tauhidiah yang di bawa oleh para Rasul yang di ajar oleh Allah melalui perantaraan Malaikat Jibril dari zaman ke zaman sejak insan pertama Adam hingga zaman Nabi Muhammad saw.
“Islam mencakupi segala aspek kehidupan individu, keluarga, masyarakat mahupun negara dan ia suatu wadah dan suatu pegangan akidah”
Teingat satu ayat tersohor menyaksikan semua sahabat menangis bila ayat ini di wahyukan menyedari mereka akan hilang permata insan agung, surah al maidah ayat 3.
“Pada hari ini Aku telah sempurna kan agamamu untuk kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku redha Islam itu agama kamu”
Di petik dari buku tafsir Ibnu Kathir: Inilah nikmat paling agung dikurniakan oleh Allah kepada ummat ini.
Ummat Ini tidak memerlukan agama lain selain Islam dan tidak memerlukan nabi lain selepas kedatangan Nabi Muhammad saw
Hence, perjuangan membela aqidah, perjuangan rentasai lautan luas. Menegakkan aqidah satu perjuangan merentasi siang dan malam, jihad yang paling penting ajak manusia berperwatakan sebenarnya, bertepatan dengan fitrah manusia itu sendiri cintakan kedamaian, keharmonian, kebahagian hakiki. Siapa pun kita jika ada iman didada ini perjuangan nya. Allahuakbar...
Sama sama kita syumulkan pagi ini dengan sedikit bacaan dari buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin lagi..
#KEBIJAKSANAAN BERHADAPAN KUMPULAN MURTAD
Kesalahan murtad bukan sahaja berlaku dalam kalangan individu, bahkan dalam kelompok, kumpulan, kampung dan negeri. Ketika pemerintahan Khalifah Abu Bakar RA gerakan murtad berlaku secara besar-besaran.
Dalam masa yang sama, kumpulan murtad juga diketui pemimpin kerajaan yang memerintah dengan cara meninggalkan Islam sepenuhnya atau membatalkan sebahagian daripada ajaran Islam. Allah SWT berfirma:
“Wahai orang-orang yang beriman, Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) semua hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
Surah al-Baqarah: 208
Firma Allah:
“Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang yang mengaku bahawa mereka telah beriman kepada al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada taghut itu. Dan syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.”
Surah al-Nisa: 60
Firma Allah:
“Maka demi Tuhamu (wahai Muhammad), Mereka tidak disifatkan sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.”
Surah al-Nisa: 65
Jumpa esok pula...
*Akhir kalam...*
Saya sedar, walaupun terpaksa tanggung risiko yang bakal muncul dalam penulisan, berbekalkan semangat dan dorongan daripada teman teman seperjuangan, saya akan cuba share karya yang segar dan beritipati, yang dikongsi demi melihat Islam dihormati dan diamalkan dalam setiap kehidupan seharian.
Terkadang tinta yang sering menemani di kala buntu mencari rentak dalam rencah perjalanan sebagai seorang yang berdiri segak di bawah panji panji Islam, terkulai dan hanyut dalam arus lamunan yang tidak bererti kerana hati sering mencari alasan saja nak musnahkan sisa sisa yang ditinggalkan mujahid Islam di bumi gersang sehingga mereka berjaya melakar potrait yang indah sebagai monumen sejarah silam untuk tatapan generasi yang cintakan perjuangan sebenar.
Namun harapan saya, agar semua disini memberi sumbangan idea dan pandangan yang bernas membina, moga perjuangan kecil ini tidak berhenti disini dan diteruskan demi kerana agama selagi ada ruangan maya ini. Terimakasih Allah. Moga diberikan kekuatan untuk pertingkatkan mutu penulisan dari masa ke semasa walau pun sibuk tara mana.
Kepada teman-teman dan para pembaca,terimalah…….
Ameen,
Wallahu a’lam bis sowad.
Wassalam.
Sikerdil,
*ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment