PkpYr2.240]ENDEMIC
*[PkpYr2.240]ENDEMIC?*
#IBRAH DARI BACAAN FATIHAH UNTUK ARWAH HAJI GHAOUS
#Pesan Ustaz Hishamudin: Ikhlas
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kepada Mak ayah, ahli saya, adikberadik, iparduai, makcik pakcik, saudara mara, juga sahabat sahabiah dan rakan taulan semua.
Siangnya sibuk urusan dunia, sesekali menyentuh dosa nista, mujurlah tak lagha jauh; maka, wajarlah kalau malamnya di isi sesuatu yang lebih berharga, moga luntur lah dosa dosa yang melekat. Tiada siapa pun takut dan peduli nasib diri disana nanti ketika di dunia penuh nafsu ini. Hakikatnya, diri perlu selalu peka; kalaul ah taraf Abu Hanzalah pun boleh sangka dirinya munafik apatah lagi kita ini. Apa apa pun, siapa pun kita, akan hanya di ketahui selepas kita tiada lagi di bumi ini.
Malam tadi, Allah pilih saya lagi untuk bersama mereka yang soleh lagi musleh duduk dalam majlis ilmu dan kali ini bentangan kuliah maghrib giliran oleh ustaz Hishamudin Abdul Aziz. Memang nya sejak dari maghrib, saya terasa agak syahdu, kenangkan dosa yang bertaubat tapi selepas itu tahu tahu buat lagi. Satu segmen di hujung kuliah malam tadi, yang menggetar jiwa membawa pada mata tiba tiba berkaca, apabila ustaz mengajak jemaah untuk sedekah Al Fatihah kepada salah seorang arwah kariah surau al amin yang memang aktif membantu pentadbiran surau ketika hayatnya walaupun dia bukan AJK. A fatihah di baca dan di sedekahkan kepada arwah Hj Ghaos. Suasana bertukar menjadi syahdu seketika, semua jemaah sedekahkan alfatihah pada beliau. Lebih pilu dan juga menggetar rasa, bila ustaz memohon dibacakan dan di sedekahkan al fatihah pula padanya pada setiap malam rabu minggu ke empat jika sekiranya dia sudah tiada di dunia ini. Apa apa pun jasa ustaz akan di kenang selama berkuliah di surau al amin. Dalam kesyahduan sedih itu, tiba tiba saya pula ada rasa “cemburu” dengan nikmat yang Allah telah berikan pada arwah Tuan Haji Ghaous. Walaupun sudah bertahun dia pergi tinggal kan alam fana ini, tiba tiba malam tadi namanya di sebut dan di sedekahkan pula al fatihah. Cemburu saya itu membuatkan saya berdoa pada Allah, semoga mereka yang telah berada di alam barzakh akan ada juga ruang diingati di sedekahkan alfatihah seperti arwah Haji Ghaos. Semoga ada malaikat yang mendoakan untuk saya atas assebab saya mendoa kan orang lain. Siapalah saya untuk doa tahap itu untuk diri sendiri. Moga ilmu yang dipelajari direalisasikan Allah.
Sama sama lah memaknai hidup kita, maka assebab itu Allah akan hidupakan kita di hati hati ahli kita, saudara mara dan sahabat sahabiah kita semua. Berhentilah berbalah sesama kita, bermasam muka, merasa lebih hebat dari orang lain, kerana siapa kita akan hanya diketahui bila kita disimpan di tanah perkuburan nanti.
Untuk pagi ini, izinkan saya sertakan nota yang sempat saya catat dari kuliah Ustaz Hishamudin bagi tujuan perkongsian pagi ini. Kita berehat sebentar hari ini dari buku Fiqh siasah Khulafa Arrasyidin.
#PESAN Ustaz Hishamudin
•Jangan anggap kita lebih betul dari orang lain, malah rasalah kita ini kurang disisi Allah malah tak tahu ibadat kita diterima atau tidak. Solat banyak tapi terasa kosong tapi kita tidak putus asa, sebaliknya jagalah jangan lah riya’ dan jauhkan diri kita dari maksiat. Ada orang yang tak banyak bercakap tapi lebih beribadah, kalau nak jaga keikhlasan kurang bercakap kecuali untuk memotivasi orang lain.
•Orang yang selalu banyak bersedekah, kongsi pada orang memerlukan tapi hati bimbang takut Allah tisak terima. Merekq takut juga pada kematian. Mereka takut pada siksa Allah walau pun mereka tidak mencuri tidak buat maksiat. Tak bermaksiat tak jadi alasan untuk tidak takut azab Allah, dan kuat beribadat bukan alasan untuk rasa akan masuk syurga Allah.
•Abu Bakar ru menangis basah janggut ingatkan alam kubur kerana inilah jadi tanda apa yang akan berlaku pada seseorang di akhirat.
Nabi saw: wahai puteri abu bakar ra, mereka bimbang amal tidak diterima, mereka tetap bergegas berlumba lumba melakukan kebaikan..
•Antara perosak terbesar amal ibadat adalah ikhlas. Ikhlas adalah masaalah hati. Ikhlas tidak boleh diukur. Hanya Allah saja yang tahu. Tontonilah drama indonesia #Hari kiamat sudah dekat.
Bayangan ikhlas. Sedih😭. Ikhlas kena jaga betul betul.
Imam Ghazali: “nak orang kata kita tidak riya’ pun adalah riya’”
Antara cara nak jaga ikhlas - tak nak pada popolariti dan akui kita banyak kekurangan.
•Cubalah sembunyikan kebaikan kecuali kita nak motivate orang lain, dalam masa yang sama, hati pun kena kuat supaya tidak jadi sombong dan bongkak.
#Solat qabliyyah/ ba’diyyah amat digalalakkan di rumah Allah. Solat sunat lain amat di galakkan dibuat di rumah. Apa apa pun buat lah solat sunat walau ada perselisihan pendapat hal empat atau dua rakaat ba’diyyah lepas isya’, buat saja kerana ia boleh jadi solat sunat mutlak.
#Perkara yang qataei boleh lah kalau nak tanya pasal nas, perkara yang zanni ianya perlu di sesuaikan pada keadaan. Banyak perkara zanni perlu di sesuaikan dgn nas nas yang ada.
SEMOGA BERMANAFAAT..
#Akhir kalam..
Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain” - Bukhari dan Muslim.
Sejarah, apa yang dilakukan di masa lalu dan sekarang, akan menjadi sejarah di masa depan. Meskipun tidak semua sejarah dikenang oleh semua orang tapi jomlah kita menjadi orang baik supaya suatu saat kita dikenang dan ada sejarah yang baik secara pribadi.
Hubungan antara manusia itu seperti segenggam pasir. Semakin digenggam terlalu erat, akan semakin hilang, ada hari di mana masa sulit membuahkan pengalaman yang baik. Apa yang kita anggap buruk, tak sepenuh nya buruk dan sebaliknya.
Alfatihah juga untuk ibu dan ayah kita kerana mereka perlu kita selalu kenangi.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Ikhlas? Dari: <ncs@SeriMinang>
Comments
Post a Comment