PkpYr2.241]ENDEMIC
*[PkpYr2.241]ENDEMIC?*
#RENTENTAN DARI MAKAN MALAM DI RESTORAN YEMEN: Solat Isyak Afdal dilewatkan atau diawalkan?
#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam jumaat. Mak ayah, ahli saya, adik beradik, iparduai, makcik pakcik, saudaramara, juga sahabat sahabiah dan rakan taulan semua.
Alhamdulillah. Bertemu lagi dengan Jumaat. Sekian lama tidak berada di luar rumah pada malam tibanya Jumaat, malam tadi, saya bersama teman dari Utara dan juga sahabat setempat atas izinNya berukhuwah sambil makan malam di Restoran Yemen sekitar Glenmarie, Shah Alam. Lama dah juga tidak mentaakhir solat isya’ selepas waktunya. Kalau tidak pasti nya, biiznillah, isya akan berjemaah di rumahNya. Ini mengundang kerutan di dahi saya, apakah apa yang lakukan malam jumaat yang mulia malam tadi mengundang barokah Allah atau tidak. Untuk itu sila rujuk ke bahagian AKHIR KALAM...
Sebagai menambah bahan bacaan pagi hari ini, jom kita sambung bacaan buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin:
#KEBIJAKSANAAN BERHADAPAN KUMPULAN MURTAD ( Part 3)
Secara ijma’ para shabat RA bersepakat memerangi kumpulan, daerah dan negeri yang murtad. Sama ada mereka yang meninggalkan agama Islam sepenuhnya atau yg menafikan kewajipan zakat sekalipun mereka masih mendirikan solat. Kesalahan murtad itu diletak kan dalam kesalahan jenayah yang paling berat.
Allah menyebutkan dalam al Quran besarnya kesalahan murtad firmanya: “Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama2nya)”
- al-Baqarah: 217
“Sesungguhnya orang
orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman semula kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah tambah lagi dengan kekufuran, Allah tak sekali kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi petunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar.” - al-Nisa: 137
“Sesungguhnya orang orang yang telah berbalik kepada keingkaran mereka sesudah terang nyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dikemukakan kepadanya), syaitan itulah yang pedaya kan mereka (berlaku demikian), l memanjangkan angan-angan mereka. (25); Berlakunya yang demikian kerana mereka berkata kepada orang-orang yang tidak menyukai perkara yang diturunkan oleh Allah: “Kami akan patuh kepada kamu pada setengah perkara (yang berhubung dengan menetang Muhammad dan pengikutnya) itu.”Sedang Allah mengetahui segala (perkataan dan perbuatan yang mereka sembunyikan, (26).’ - Muhammad: 25-26
Mereka yang berada dalam kejahilan atau dipaksa sedangkan hatinya tetap percaya kepada Islam dan kasihkan Allah dan Rasul dikecualikan dari hukuman murtad. “Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah dia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaran dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.” - al-Nahl: 106
Bersambung esok, menutup bahagian KEBIJAKSANAAN BERHADAPAN KUMPULAN MURTAD....
*Akhir kalam..*
Menenangkan jiwa sendiri atas apa yang saya lakukan semalam, saya bertemu dengan jawapan ini: Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda: “Seandainya tak membebankan umatku nescaya aku memerintahkan mereka untuk mengakhirkan Solat Isyak hingga sepertiga atau pertengahan malam”
- At-Tirmizi
Tetapi apakah Solat Isyak Afdal dilewatkan ataupun diawalkan?
Ada tiga pendapat tentang waktu berakhirnya solat Isyak saya temui:
•Solat Isyak tamat pada hujung 1/3 pertama malam.
•Solat Isyak berakhir pada separuh malam.
•Solat Isyak tamat sehingga terbit fajar sadiq.
Pendapat mazhab Syafie, apabila terbitnya fajar sadiq. Adapun waktu ikhtiyar atau terbaik solat Isyak ialah hingga sepertiga malam, dalam pendapat lain, hingga pertengahan malam. Waktu jawaz - waktu dibolehkan solat Isyak berlangsung adalah sehingga sebelum waktu subuh. Ada juga sebahagian ulama yang berkata makruh melewatkan solat Isyak melepasi separuh malam kerana untuk keluar daripada khilaf ulama. Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (1/167).
Menurut laman web Mufti Wp, solat Isyak dilewatkan bertujuan pembelajaran seperti majlis ilmu di masjid, atau menjangkakan adanya jemaah yang lebih ramai akan datang, ia dibolehkan dilewatkan. Namun, jika tidak ada sebarang keperluan, lebih baiklah dan afdallah mengerjakan solat Isyak pada awal waktu. Tidak perlu bertangguh jika tak ada apa apa keperluan yang penting yang mahu dilakukan.
Semoga bermanfaat dan dapat kepastian. Semoga Allah ampunkan kami atas kelalaian kami menyambut isya di Restoran Yemen malam tadi dan tidak raikan nya di Masjid berdekatan.
Waallahu a’lam - Dan Allah yang lebih mengetahui..
Barakallahufikum
Wassalam
Coretan,
*ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment