PkpYr2.242

 *[PkpYr2.242]ENDEMIC?*

#UKHUWAFILLAH DI KB LAGI

#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN.


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Diucapkan pada Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudara mara, juga sahabat sahabiah rakan taulan semua. Salam sabtu penuh di kedamaian dari saya sekali lagi di KB, semoga  semua nya di dalam keadaan aman tenteram disamping insan insan tersayang. Terima kasih kerana sudi singgah seketika menikmati santapan santai  di sini. Moga ada manafaat nya. 


Pagi ini, seumur hidup selepas 22 tahun terlibat dalam sukan golf, akan terakam sejarah dalam hidup saya, kali pertama ber”golf” di negeri kelahiran. In shaa Allah, saya menjadi peserta pada Perodua Tour lagi hari ini di lapangan Kelantan Golf Club Pengkalan Chepa, dan moga bibit Ukhuwahfillah sesama kami di Kota Bharu ada lagi kali ini. Walaupun masih pemat kembara minggu lepas tapi saya puas kerana memenuhi saat kali ini di negeri sendiri. Beza nya kali ini permusafiran saya bermula di Sky Park Terminal SZB. Semuanya biiznillah jua, maka tidak lah luput kata kata syukur dalam urutan hidup ini. 


Jom sambung bacaan pagi kita dari Buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin. Bahagian akhir KEBIJAKSANAAN BERHADAPAN KUMPULAN MURTAD


Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang ada tiga perkara, nescaya, masih ada kemanisan iman dalam dirinya” Allah dan Rasul lebih dikasihi daripada yang lain, kasihnya kepada seseorang tiada lain melainkan kerana Allah dan rasa benci menjadi kufur setelah diselamat kan oleh Allah daripadanya, laksana tidak mahu kalau dia dicampak ke dalam neraka.’ Riwayat al-Bukhari 16 dan Muslim 43


Mengapa tindakan pada kesalahan murtad sangat keras. Bukankan ia bercanggah dengan kebebasan beragama.

 

Semua pihak perlu memahami bahawa Islam tidak memaksa orang lain untuk menganutinya. Ini kerana sebarang paksaan tidak akan memasukkan iman ke dalam hati seseorang bagi mengesah kan Islam yang sebenar. Bahkan tindakan memaksa hanya akan menamatkan golongan munafiq yang tidak mendatangkan sebarang faedah.

 

Sesorang yang menganut Islam menyedari bahawa ucapan dua kalimah syahadah adalah perjanjiannya dengan Allah SWT. Seseorang yang murtad itu dikira sebagai pengkhianat terhadap Allah SWT. Anutan Islam bukan perkara main-main yang boleh dianggap mudah dan murah.

 

Pengkhianatan terhadap Allah SWT adalah lebih besar dibandingkan pengkhianat negara yang dihukum dengan hukuman paling keras mengikut undang-undang hari ini. Murtad juga adalah suatu pengkhianatan terhadap negara dan umat Islam.

 

Perkara itu berbeza dengan penganut agama lain yang dibenarkan menjadi rakyat dalam negara Islam. Mereka diberikan hak kebebasan beramal dengan ajaran agama masing-masing serta hak lain yang wajib dilakukan dengan adil.

 

Mereka yang menyembunyikan kemurtadan tidak boleh diambil sebarang tindakan. Hanya mereka yang mencabar kewibawaan umat dan negara sahaja akan diambil tindakan. Tindakan terhadap kesalahan murtad juga hendaklah dengan dilaksanakan dengan adil. Kesalahan hendaklah disabitkan terlebih dahulu dan diberikan sepeluang supaya bertaubat dalam tempoh masa yang memuaskan.

 

Golongan Ahli Kitab dalam kalangan penganut agama Yahudi juga berperanan menyebarkan fitnah murtad. Walhal mereka telah mengetahui berita kelahiran Nabi Muhammad SAW yang telah disebutkan dalam kitab-kitab dan ajaran para ulama’ mereka. Bahkan mereka berkampung serta bermukim di Madinah dan Kawasan sekitarnya semata-mata menunggu kelahiran Nabi akhir zaman.

 

Apabila Rasul itu bukan daripada kaum bangsa mereka, timbul penentangan pada zaman Rasulullah SAW sehingga segelintir sahaja yang beriman. Mereka berterusan menjadi dalang penyebaran gerakan murtad yang melata, sepertimana yang dilakukan dalam perang Ahzab.

 

 In shaa Allah jumpa esok sambungan dari buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin dengan sub title yang baru. 


*Akhir kalam...*


Sama sama kita cari sahabat yang ada ciri ciri ini: jika kita berbakti pada nya, ia akan melindungi, Jika kita rapat kan persahabatan dengan nya, dia balas baik, Jika kita perlu pertolongan darinya berupa , ia akan membantu semampunya, Jika kita hulurkan sesuatu kebaikan, ia akan menerima dengan baik, Jika ia dapat sesuatu kebajikan (bantuan) dari kita, ia akan menghargainya. Jika melihat sesuatu yang tidak baik pada, ia akan menutup nya.  Jika kita berdiam diri (kerana malu meminta), ia akan menanya kesusahan. Jika berselisih faham, ia akan  mengalah demi menjaga akan persahabatan.


Semoga kita sama sama bersahabat kerana Allah. Biarpun tidak seperti dulu pagi, balik ke kB pasti meriah bersantai bersama kawan tapi saya tetap ada teman untuk menemani di sini. Terimakasih sahabat sekampung ZS dan teman se KPP Sheikh Rozaidi temani saya makan ikan bakar di Kubang kerian malam tadi. 


Semoga bermanafaat.


Barakallahufikum 

Wassalam.


Dari Pengkalan Chepa, 

*ncs@SeriMinang*

#HomestaySalmi

#MenggamitKenanganPresidentCup87Razakcup85danRahmancup85

Comments

Popular posts from this blog

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S

PkpYr3.287.OMICRON