PkpYr2.243.]ENDEMIC

 *[PkpYr2.243.]ENDEMIC?*

#selayaknya “Penghulu Istighfar”

#Selamat “Bertempur” Rakan Kpp

#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN.( Berehat) 


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam ceria dan kemuliaan buat Mak ayah, ahli saya, adik beradik, iparduai, makcik pakcik, saudara mara, juga sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. Selamat pagi Ahad...


Alhamdulillah. Selamat pulang ke gagang Seri Minang malam tadi. Cuma yang agak terkilan, tidak. sempat tutup malam dengan AlMulk dek kerana letih sangat, kepala di bantal terus sahaja lena diulik mimpi.  Mujur pagi ini, setting alarm di Iphone yang kejut kan awal waktu ketika fajar sadiq belum tergaris di ufuk langit. Diberi kekuatan untuk terus berkarya demi kerana agama. In shaa Allah seusai subuh nanti Ustaz Zulkifli Ahmad bakal mengisi lagi kutipan ilmu di surau Al amin:

Tajuk “Memahami Fiqh Keutamaan”. Moga sesuatu yang baik untuk jiwa dan minda. 


Sama sama kita hamburkan utaian  pujian kepada zat Yang Maha Esa, menguasai tujuh petala langit dan tujuh petala bumi serta salam dan selawat kepada abid yang sempurna dari segala sifat terkutuk tekeji, Muhammad saw yang membawa risalah tauhid yang cukup agung sebagai pendokong. Ucapan syukur meniti dibibir dalam basahan mulut, limpahan rahmat dan nikmat yang tinggi seiring sifat Nya yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi pengkhabaran nya tersurat tersirat mendengar kita hamba hamba Nya melafazkan bait ucapan syukur di atas kurnian Nya ini. 


Namun, kekadang makhluk yang bernama manusia ini sering alpa dalam pelayaran tak beradar berkompas pada Islam sehingga kita sering menyisih dari tujuan asal pengembaraan di lautan yang bergelora ini. Ucapan terima kasih pada Allah Taala kerana tidak pernah berhenti mengurniakan nikmat atas nikmat tertinggi -  nikmat Iman dan Islam. Indeed, Iman umpama nadi  roh seseorang muslim. Kekal momentum itu dalam keadaan apa jua... 


Selayaknya atas sifat kita makhluk Allah yang tidak lepas dari dosa. Sama samalah kita beramal dengan doa “penghulu istighfar” ini..


‎اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ


"Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat Mu kepada ku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”. 


Meruntun jiwa mengingatkan setiap jejak dosa semalam, kita lakukannya dalam sedar atau tidak, kelakuan kita kekadang seolah olah kita tidak pernah belajar tentang dosa dan pahala. Hebatnya penangan si nafsu sendiri dan bisikan “maya” dari si Iblis laknatullah. Berjaga tara mana sekalipun, tak ada dosa zahir akan ada dosa batin yang kita kena galas. Maka, jangan berhenti berdoa dengan doa ini. Berusahlah menghafalnya. Moga tunduklah hati, jiwa dan minda pada Allah... 


In shaa Allah, untuk pagi yang penuh kemuliaan ini kita berehat membaca kiriman Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin. In shaa Allah, jumpa esok.. 


*Alhir kalam..*


Alhamdulillah. Dalam keadaan apa jua sekalipun walaupun terkilan tak dapat menyertai perhimpunan rakan rakan KPP SPM 85 di Bukit Unggul pagi ini, saya mendoakan semua yang hadir akan menggunakan sepenuhnya peluang ini bertemu ini, memasang niat bertemu dan berpisah kerana Allah. Moga benarlah janji janji nabi saw dalam hadis hadis nya tentang setiap amal bergantung pada niat dan bertemu berpisah kerana Allah akan diberikan perlindungan tika tiada perlindungan lain selain Nya.  Selamat bertemu juga berukhuwah, “bertempur” untuk kejuaraan pada rakan rakan KPP. Keluarga tetap saya kena diutamakan dulu walaupun inilah kali Pertama saya tidak dapat menyertai nya. 


Barakallahufikum.


Moga ada manafaat. 


Wassalam. 


Dari, 

*Ncs@seriminang*

#TAHNIAHANAKDAIRFANDIHARIGRADUASINYADIUSIMHARIINI.

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S