PkpYr2.245
*[PkpYr2.245]ENDEMIC?*
#hamdallah
#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN
•MEMPERTAHANKAN MADINAH (1)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam keceriaan seawal pagi Selasa buat Mak ayah, ahli saya, adik beradik, iparduai, makcik pakcik, saudara mara, juga sahabat sahabiah dan rakan taulan semua.
Alhamdulillah
الْحَمْدُ للَّ
Kalimat tahmid segala puji bagi Allah SWT yang ternyata memiliki makna yang luas. Terdiri dari kata al, hamd, dan lillah. Kata al untuk menunjukkan makna semua, hamd itu pujian, dan lillah itu tertuju pada Allah. Dimaknai sebagai ungkapan syukur atas nikmat yang telah diberikan Allah SWT.
Semakin bersyukur, makin banyak pula nikmat yang akan diberikan Allah SWT. Ini Janji Allah SWT dalam Surah Ibrahim ayat 7,
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."
"Ucapan seorang hamba yang paling disenangi Allah adalah subhanallah, alhamdulillah, laa ilaha illallah, dan allahu akbar."
Dikutip dari buku Akidah Akhlaq untuk kelas II MI yang ditulis Ahmad Kusaeri, dinyatakan pahala gucapkan kalimat hamdalah (Alhamdulillah) sangat lah besar. Ucapan ini ialah ungkapan kita berterima kasih kepada Allah SWT.
Sewajarnya kita tidak lupa pada kata kata ini. Terimakasih Allah kerana dah takdirkan sebuah hari yang baik kelmarin. Sama sama Kita teruskan kesinambungan hidup yang baik hari ini dengan menyambung bacaan buku FIQH SIASAH KHULAFA ARRASYIDIN.
#MEMPERTAHANKAN MADINAH
Sebahagian daripada golongan yang murtad, datang untuk menyerang Madinah yang menjadi pusat Negara Islam. Mereka mengambil kesempatan sebelum wilayah sekitar Semenanjung Arab yang masih teguh dengan Islam dan tidak murtad kembali kuat. Hal yang demikian kerana mereka melihat itu satu-satunya peluang untuk menghapuskan Islam.
Sebahagian daripada golongan murtad yang lain menghantar rombongan untuk menemui Khalifah supaya dihapuskan sahaja hukum wajid zakat. Namun begitu Abu Bakar RA tetap tegas mempertahankan hukum Allah SWT. Pada masa yang sama, mereka datang meninjau dan mengintip kekuatan Islam di Madinah.
Setelah pulang mereka fikir itulah masa yang tepat untuk menyerang Madinah yang dianggap dalam keadaan yang lemah. Khalifah Abu Bakar RA menyampaikan arahannya:
“Kebanyakan pelosok negeri berada dalam keadaan kufur, rombongan yang datang melihat kita di sini dalam keadaan yang lemah kerana mereka melihat jumlah kalangan kita sedikit. Kalian tidak tahu, sama ada mereka datang menyerang kita pada waktu malam atau siang. Pada hemat mereka kita akan menerima kehendak dan berdamai dengan mereka. Dan kita telah menolak semua permintaan dan menolak perjanjian mereka. Oleh itu, bersiap sedialah kalian dan siapkanlah semuanya untuk menghadapi mereka”
Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, jid. 4, ms. 64
Seterusnya Abu Bakar RA mengatur langkah berikut:
1) Mengarahkan penduduk Madinah bermalam di masjid dalam keadaan bersiap siaga.
2) Mengarahkan kawalan di setiap penjuru Kota Madinah dan lorongnya yang strategik
sepanjang masa.
3) Melantik ketua pasukan terdiri daripada Ali bin Abi Talib KWH, al-Zubair bin al-‘Awwam RA, Tolihah bin ‘Ubaidillah RA, Saad bin Abi Waqqas RA, Abdul Rahman bin ‘Auf RA dan Abdullah bin Mas’ud RA.
4) Menghantar perutusan jihad kepada qabilah-qabilah yang istiqamah beriman seperti Ghifar, Muzainah, Asyja’, Juhainah. Ka’ab dan lain-lain. Arahan ini diterima sehingga Madinah dipenuhi oleh mereka yang datang dengan persediaan perang seperti membawa senjata dan binatang kenderaan seperti kuda dan unta dengan jumlah yang banyak.
5) Adapun wilayah yang lemah berada dalam kalangan mereka yang murtad, mereka diarahkan agar bersembunyi meyelamatkan diri untuk sementara waktu.
6) Adapun kumpulan yang lemah berada dalam kalangan mereka yang murtad, mereka diarahkan agar bersembunyi menyelamatkan diri untuk sementara waktu.
7) Abu Bakar RA sendiri turun ke medan, berada di barisan hadapan menentang musuh yang menghampiri Madinah.
Rombongan daripada kumpulan murtad datang ke Madinah bagi menemui Khalifah untuk mendesak, namun akhirnya ia ditolak. Tiga hari kemudian beberapa qabilah yang murtad telah bertindak menghantar pasukan untuk menyusup ke Madinah pada waktu malam sunyi.
In syaa Allah see u tomorrow.
*AKHIR KALAM...*
Sama sama jaga diri, teruskan berdoa. Pendemic masih belum “end” lagi. Maka, bersyukur dengan apa yang ada berdoa untuk terus bahagia bersama Nya kekal selama nya.
Ucaplah hamdallah sebagai zikir. Zikir salah satu amal yang diperintahkan Allah dan rasulNya.
Al Baqarah ayat 152 :
فَٱذْكُرُونِىٓ أَذْكُرْكُمْ وَٱشْكُرُوا۟ لِى وَلَا تَكْفُرُونِ
"Kerana itu, ingatlah kamu kepada Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku."
Sahabat hikmah, begitu banyak nikmat yang diberikan Allah SWT, sudah sepatutnya kita bersyukur dan mengucapkan nya..
Semoga ada hikmahnya.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Sedikit dari,
*ncs@seriminang*
Comments
Post a Comment