<[PkpYr2.266]ENDEMIC?>

 <[PkpYr2.266]ENDEMIC?>

#Nota Kuliah maghrib Ustaz Azahari Musa/ Kasih dan taat. 

#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN (Berehat) 


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Buat Mak ayah, ahli ahli saya, adikberadik, iparduai, makcik pakcik, saudaramara dan sahabat sahabiah rakan taulan sakalian di seawal pagi sebuah lagi hari yang bernama Selasa yang tidak pernah gagal memunculkan diri selaku hamba padaNya. Sebentar lagi matahari pula bakal muncul setia mengikut arahan Allah tanpa gagal. Di alam buana terkandung pula segala makhluk lain yang tak pernah berhenti bertasbih kepada Allah sehinggalah alam ini kekal dalam barokah walaupun kita manusia yang sebaik baik ciptaan Allah sering melanggar perintah Allah. Maka, jom bangkit pagi ini penuh semangat untuk kekal setia kepada Allah swt dan mengikuti setiap apa saranan nabi saw juga. sami'na wa atho'na - kami mendengar dan kami taat.


Alhamdulillah. Malam tadi selepas tiga hari menahan rindu kepada majlis ilmu saya bersimpuh didepan ustaz Azahari Musa seusai saja berjemaah maghrib untuk mendengar satu penemuan baru walaupun dah lama mendengar dan dah acap kali diceritakan. Maka pagi ini tiada lain yang nak saya persembah kan selaku sharing pagi kecuali nota kuliah tersebut...


#Ustaz Azhari Musa

#kaish dan taat


Alhamdulillah, kembali ke majlis ilmu, mudah2an kesungguhan ini jadi bukti besar didepan Allah swt melayakkan kita Mendapat yang terbaik dari Allah di dunia dan akhirat. 


#Beriman pada kitab Allah. 


Konsep beriman kepada rukun iman, bukan sekadar beriman dengan wujud nya Allah, kerana semua manusia rata rata percaya pada kwujudan tuhan dan kalau begitu mereka semua ini adalah berakidah. Manusia ada tiga jenis:


•Atheis - anggap dunia ini terjadi dengan sendiri, tapi ketika dalam saat cemas, mereka juga akan berharap pada suatu kuasa yang akan membantu. Sesungguhnya, fitrah manusia hendakkan pada Tuhan.


•Musyrik - percaya pada adanya Allah, malah zaman nabi selalu menyebut wallahi, bersumpah dengan nama Allah. Mereka percaya dalam hidup ini ada nya tuhan. Menjadi nya mereka musyrik kerana hak Allah mereka tidak tunaikan, malah serahkan kepada orang lain. “Wahai muhammad, jika kamu bertanya kpd mereka siapakah yang mencipta langit dan bumi, nescaya jawab mereka Allah”


•Muslim - percaya pada Allah dan hak Allah kita jaga dan berikan kepada Allah. Susah sibuk macamana pun akan tetap tunaikan tanggungjawab pada Allah. Kaya tara mana, mereka akan tetap bayar zakat sperti yang di arahakan Allah. Muslim ertinya serah diri pada Allah bukan sekadar percaya pada Allah. Iyya kana’budu ...


Beriman bukan sekadar percaya pada wujud nya Allah tapi ikut segala apa yang disuruh tinggal yang dilarang. Begiru juga percaya pada nani & rasul, malaikat, Alquran, hari kiamat dan qada dan qadar.


Nabi saw: “al quran menjadi pemutus antara yang benar dan yang salah”. Pelbagai kisah terdahulu disebut dalam alquran sebagai pedoman dan peringatan untuk terus akur pada apa yang Allah suruh dan larang. Cerdik pandai mcamana pun kita, kita tak mampu fikir dan tahu perkara yang sudah berlalu dan juga yang akan datang kecuali jika kita rujuk baca dan faham alquran. 


Apa yang berlaku selepas nabi saw tidak dapat nabi jelaskan semua kecuali alquran menyebutnya. 


Kisah zainab. Suatu hari ketika nabi saw nak cari jodoh kepada zaid bin harithah ( anak angkat nabi, hidup dengan nabi sejak dari kecil). Nabi saw meminang zainab bin Jahsyin bagi pihak Zaid. Tapi zainab menolak kerana zainab menganggap zaid tidak setaraf kerana zaid asalnya seorang hamba yang di beli oleh nak saudara khadijah dan jadi hamba khadijah sebelum kahwin dengan nabi. Selepas nabi kahwin dengan khadijah, nabi saw amat suka pada kebaikan zaid. Masa itu zaid masih hamba kepada khadijah. Selepas melahirkan pada alqassim (meninggal kecil dan nabi amat sedih, laku khadijah serahkan zaid pada nabi saw. Keluarga zaid pernah datang nak ambil zaid semula kerana zaid adalah anak yang diculik dan dijual. Lalu nabi serah pada zaid untuk buat keputusan sama ada untuk kembali pada keluarga atau terus bersama nabi saw. Zaid buat keputusan untuk terus bersama nabi saw. Lalu nabi saw merdeka kan zaid. Selepas dewasa nabi cuba jodohkan zaid dengan sepupu nabi sebelah ibunya zainab. Bila zainab menolak nabi tak boleh kata apa kerana itu hak zainab. 


“Tak boleh bagi lelaki mukmin dan lelaki mukminat, apabila Allah dan nabi dah buat pilihan dia derhaka pada pilihan itu jika buat pilih yang lain kamu hidup kesesatan yang jelas” - Al quran.


Ayat ini dibaca pada zainab, al quran putuskan keadaan zaid dan zainab, lalu zainab menerima pinangan nabi saw untuk zaid. Akhirnya, mereka kahiwin tapi tak panjang jodoh mereka.


Dalam al quran, Nabi lebih utama dari diri orang mukmin itu sendiri pada setiap peekara agama atau dunia, Allah beri jaminan apa saja yang diputuskan nabi tidak akan memberi mudharat kepada manusia. Pengkaji sains telahpun sikit sikit menbuktikan apa yang disuruh nabi memang benar. 


Kisah Zubir Bin Awwam dengan hatib, kisah muhajirin dan ansar. Berbalah kerana merebut pengaliran air untuk tanaman. Lalu kes ini durujuk pada nabi saw. Nabi saw buat keputusan berpihak kpd Zubair. Hatib tak puas hati tapi tak sampai menberontak cuma dia bercerita pada orang lain, ini tidak boleh kerana nabi yang telah menbuat keputusan.


“Dan demi tuhan kamu, tidak beriman seorang itu sebenar benarnya hingga mereka mengambil kamu jadi hakim bila ada pertelikahan dan keputusan yang dibuat oleh mu jangan ada keberakatan di hati mereka”


Jamgan kamu angkat suara tinggi pada nabi saw seperti mana antara kamu. Apakah ini sehingga hari kiamat? Ye walaupun nabi sudah tiada lagi didunia. Imam malik masuk ke masjid nabawi penuh tunduk kerana dalam masjid itu adanya makam nabi.


Janganlah bersenda gurau atau kritik kepada sunnah sunnah nabi saw, tak nak buat tak apa tapi janganlah komen. Tak suka jangan kritik kerana ianya adalah sunnah. Pada masa yang sama mereka yang beramal dengan sunnah nabi kenalah jaga adab adab asas kemanusian dalam bersunah, supaya tidak menjadi fitnah. Kita kena kasih pada nabi dan ikut nabi saw. 


Kita kalau tak boleh semua sunnah, memang hakikat kita tak boleh buat semua, tapi carilah sunnah sunnah nabi yang boleh kita isiqamah dengan nya. Pada masa yang sama sekali seumur hidup berusaha buat setiap sunnah nabi saw sekali seumur hidup. Yang teebaek carilah sunah untuk kita istiqamah beramal dengannya 


#Witir - sunnah nabi saw. Satu satunya solat yang boleh di buat dengan satu rakat. 


#Akhir kalam..


Al Baqarah/ 285: 

‎آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ ۚ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ


Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab kitabNya, dan Rasul rasul Nya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohon kan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".


Sama sama kita compose dan kembali pada Allah.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Sedikit dari, 

*Ncs@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog