PkpYr2.259
*[PkpYr2.259]ENDEMIC?*
#BUANG GULA. Hati2 Hypo.
#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN. PENGAJARAN (1)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kita mulakan pagi dengan berSelawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad saw, semoga Allah akan melimpahkan kemuliaan, kehormatan, dan kepujian kepada Nabi Muhammad, dan Allah pula membalas selawat kita, menurunkan rahmat, berkat, kemuliaan kepada kita juga.
Hadis tersohor, siapa yang peduli dia tidak akan rugi : Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda : “Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atas nya sepuluh kali.” [Muslim]
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
“Ya Tuhan kami, selawatkan lah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga nya”
Jangan lah keras sangat hati tu, tak sampai 10 saat pun, berselawat lah! Semoga usaha kita mengingati Nabi dengan sentiasa alunkan selawat dapat mendekatkan diri kita bersama dengan Nabi Muhammad kelak serta mendapat rahmat daripada Allah swt.
Salam pagi selasa kepada Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, makcik dan pakcik, saudara mara, para sahabat sahabiah rakan taulan sakalian...
Tiada apa yang hendak di kongsikan dari semalam yang berlalu kecuali si gastrik dan hypo datang menyapa pertengahan petang semalam. Sejak gula di “potong” dari semua jenis minuman, saya agak mudah hypo sikit. Semua sakit2 ini associates kepada gastrik dan jantung. Walaubagai mana pun, demi kesihatan saya tetap tinggalkan gula. Cukup lah makanan yang berkarbohidrat menjadi penyumbang kepada penghasilan gula dalam badan, sekaligus hasilkan tenaga dalam tubuh badan. Kerana itu saya dah lama tak mengambil gula terutama dama minuman kerana gula dah ada dalam badan dari makanan berkarbohidrat. Dah makan gula, kita tambah gula dalam munuman. Itulah yang lama lama ianya akan menjadi racun.
Dari Pakar Pemakanan, saya pernah dimaklumkan, dai beberapa kajian, gula juga mempengaruhi otak dengan cara yang sama seperti juga bahan ketagihan. Akhirnya, kita tidak sedar ketagihan gula. Maka kena berusaha lawan ketagihan ini sebelum ianya terlambat kerana gula boleh bawa kita kepada penyakit lain termasuklah jantung. Saya kini sedang menikmati berat badan yang baik sejak gula “dipotong”. Alhamdulillah.
Sambungan bacaan pagi petikan dari Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin diterus kan...
#PENGAJARAN(1)
Perutusan yang Panjang sebelum ini menggambarkan tindakan yang telan diambil terhadap kumpulan murtad itu ditangani dengan penuh bijaksana berdasarkan beberapa pendekatan:
1) Penjelasan secara motivasi, berkenaan ajaran Islam yang baik bagi mereka di dunia dan di akhirat
2) Menyedarkan mereka yang murtad itu sebenarnya mengikut kesesatan pemimpin-pemimpin yang menipu dan pembohong besar yang menjadi tentera syaitan.
Pelbagai bentuk penipuan dalam kalangan ahli sihir dan ahli nujum sudah dikenali memang berbeza dengan sifat yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW sangat benar dan amanah dalam menyampai kan petunjuk Allah SWT yang terpelihara. Bahkan Baginda SAW meninggalkan para sahabat RA untuk meneruskan penyebaran ajaran Islam.
Mereka yang murtad adalah dalam kalangan bangsa Arab. Bangsa yang sama dipilih Rasulullah SAW menjadi pesuruh Allah SWT dan al-Quran juga diturun kan dalam Bahasa Arab. Mereka mampu memahami Islam secara fitrah dan paling dekat, maka tiada kemaafan bagi mereka melainkan kembali kepada Islam.
Jumpa esok pengajaran (2)
Alhamdulillah
*#akhir kalam..*
Rasulullah SAW ajar kepada umatnya menjaga aspek kebersihan tubuh badan, pakaian, alam sekitar dan pemakanan. Di dalam tubuh yang sihat itu ada kelazatan beribadat.
Jangan sampai termasuk dalam puak puak berasa selesa hanya kerana masih sihat hingga pinggirkan soal penjagaan kesihatan.
Berlebihan ambil gula dan garam dikenal pasti punca peningkatan jumlah pesakit kencing manis, darah tinggi yang akhirnya menbawa pada jantung yang menjadi silent killer.
Al-A’raf, ayat 31: “Wahai anak Adam, pakailah perhiasanmu ketika setiap sembahyang. Makan dan minumlah tetapi jangan berlebih2an. Sesungguh nya Allah tidak mengasihi orang yang berlebihan.”
Selamat berusaha
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Picisan pagi oleh,
*<ncs@SeriMinang>*
Comments
Post a Comment