PkpYr2.262]ENDEMIC
*[PkpYr2.262]ENDEMIC?*
#Musafir lagi: solat Jumaat musafir
#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN(Berehat)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Jumaat Mak ayah, ahli saya, adik beradik, iparduai, makcik dan pakcik, saudara mara, sahabat dan sahabiah serta rakan taulan sakalian..
Alhamdulillah. Sekali lagi ada berpeluang menjadi musafir untuk kali ke 7 setiap hujung minggu. Kali ini menuju ke utara sekali lagi, rapat ke Sintok bermukim di Rumah Universiti UUM. In shaa Allah. Sedap juga memula kan kembara jauh pada waktu malam dekat dengan jam 12 malam, yang bestnya berjalan jauh pada waktu malam ini, cuacanya lebih sejuk dan jalan tidak jem. Memulakan perjalanan dari RnR Sungai Bulan jam 12 malam tiba di Jitra jam 442 pagi. Alhamdulillah, ada peluang Allah bagi untuk kami berdua singgah di Masjid Canglun seawal sebelum subuh untuk meneruskan kesinambungan biasa. Ada ruang bercerita denganNya ucapan syukur memudahkan kembara kami dan mohon ahli keluarga yang kami tinggalkan di bandaraya sana sentiasa dalam rahmat Allah. Apa lagi ianya di awal pagi Jumaat, hujung dinihari kami sudah berada di masjid. Kalau di mukim kami pun belum tentu seawal ini kami ke masjid. Terimakasih Allah peluang sebesar ini. Moga ada lah manafaatnya.. dunia dan juga akhirat.
Bila bermusafir pada hari jumaat ini, saya selalu tergerak untuk meninjau status musafir dalam soal solat jumaat. Bukan malas nak solat tapi nak gunakan hukum dan kedudukan yang di benarkan dalam islam.
Merujuk kepada nota nota lama, saya sekali lagi suka nak sharekan disini.
Adakah wajib solat jumaat bagi orang bermusafir pada hari Jumaat? Ada dua pendapat dalam isu ini.
Pendapat pertama: Mazhab al-Syafi'e, jika permusafiran pada hari Jumaat dilakukan sebelum fajar, gugur untuk melakukan solat Jumaat. Tapi, kalau permusafirannya melebihi 4 hari tak termasuk hari masuk dan keluar ke tempat tersebut, Solat Jumaat perlu di tunaikan kerana sudah berniat sebagai bermukim. Hence, jika kurang dari 4 hari tidak termasuk hari masuk dan keluar dari tempat tersebut, gugur solat Jumaat. Inilah pendapat jadid (baru) Imam al-Syafie.
Pendapat kedua: Ada juga pendapat lain di dalam mazhab Syafie seperti mana yang dinukilkan oleh Imam al Nawawi. Mereka juga ada berpendapat gugur lah akan kewajipan solat Jumaat jika bertolak musafir selepas fajar dan sebelum tergelincir matahari. Ini pendapat qadim (lama) Imam al Syafie.
Ramai yang cenderung pada pendapat yang kedua ini. Suasana mutakhir ini banyak perjalanan bergantung pada jadual bas, kereta api dan kapal terbang yang berlepas selepas fajar. Jika kenderaan bertolak pada jam 11.00 pagi contohnya, susah untuk keluar sebelum fajar dan perlu menunggu lama. Tapi, hendaklah musafir itu atas tujuan yang mubah/harus, bukan makruh ataupun haram. Wallahu a'lam.
Maafkan saya dengan masa yang agak terhad dan ruang yang sedikit pagi ini, kita berehat dari bacaan petikan buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin. In shaa Allah jumpa esok.
*#Akhir kalam..*
Doakan moga permusafiran kami ini dalam barokahNya.
Permusafiran sebahagian lumrah sunnah kehidupan manusia. Permusafiran adalah perpindahan satu tempat menuju ke tempat yang lain dengan bertujuan tertentu. Untuk itu, Nabi SAW tak pernah sesekali membiarkan umatnya buat sesuatu perkara tanpa diberi atau dibekalkan panduan yang perlu diikuti, mudah2an permusafiran yang dilakukan mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Nabi SAW meninggalkan pada kita panduan untuk permusafiran:
* Nabi SAW amat suka keluar untuk bermusafir pada awal siang dan pada hari Khamis.
* Nabi SAW tidak suka sekiranya seseorang itu bermusafir seorang diri pada waktu malam.
* Nabi SAW menuntut agar setiap yang bermusafir ini agar membaca doa safar sebelum memulakan perjalanan dan selepas pulang dari permusafiran.
* Di dalam perjalanan Nabi SAW juga mengajar kita apabila melalui tempat yang tinggi bertakbir (ucapkan Allahuakbar) dan apabila kita melalui tempat yang rendah bertasbih (Subhanallah).
Dengan mencontohi serta mengikuti petunjuk Nabi SAW moga menjadikan permusafiran itu diberkati, dipelihara oleh Allah SWT. Semoga Allahpermudahkan segala urusan kita serta memelihara kita di mana sahaja kita berada. Amin.
Wallahua’lam
Barakallahufikum
Wassalam
Ikhlas dari,
*ncs@seriminang*
#Berdua bersama charles
Comments
Post a Comment