PkpYr2.263

 *[PkpYr2.263]ENDEMIC?*

#catatan sang kembara

#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN - Berehat lagi. 


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam Ahad Salam dari sang musafir Buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik dan pakcik dan saudara mara serta sahabat sahabiah rakan dan taulan sakalian.. 


Kita semua adalah sang musafir selagi kita masih berada di muka bumi ini, kita semua adalah pencari yang masih berjalan mencari satu kehidupan yang sempurna. Ketahuilah bahawa didalam perjalanan ini yang harus ditempuh dan digagahi bukan dengan sifat berani tetapi dengan menyerah diri sepenuh nya pada empunya pemilik diri setiap insan di bumi. Yang dimaknai dengan menyerah diri itu adalah ia hingga kita merasakan di saat itu tiada sesuatu pun yang dapat menolong selain dari ALLAH semata mata. Indeed, kemaksiatan dan kesilapan yang membawa kembali kepada ALLAH dengan linangan air mata penyesalan serta rendah diri itu adalah terlebih mulia dari ketaatan  yang membawa kepada kesombongan diri. Hence, sentiasalah semua memeriksa diri, audit diri dari segala sifat tersembunyi yang menghijabkan dari kembara hidup ini. Kerana jalan ini penuh sunyi dan kegelapan yang tak mampu di terokai melainkan dengan hati yang benar benar ingin kembali kepada ALLAH...


Saat ini dalam sebuah kembara yang tidak seberapa ini, detik demi detik masa berlalu, diri ini kesayuan seperti tiada berkesudahan dan tiada berhenti, syahdu sungguh kenangkan pada suatu kesengsaraan di dalam perjuangan,  menempuhi ranjau onak duri hidup penuh nista dan dosa tapi percaya lah ranjau kehidupan ini adalah cabaran dan dugaan hidup seorang hamba yang begitu dhaif. Yakinlah semua ini adalah diatas rahmatnya Allah dan Rahmat Allah itu luas tak terhingga dan jika sekiranya mencari redha Nya, InsyaAllah, Allah akan bersama kita memimpin dan melindungi kita..


Sama samalah kita berazam menjalani sisa sisa sebuah permusafiran hidup ini dengan mencari Hidayahnya. Semoga akhir nya siapa pun kita, kita akan mendapat petunjuk taufik dari Allah swt. Namun, harus tabah dan bersabar didalam segala hal. Sebagai insan yang tak afa daya upaya lagi dhaif, jangan   berputus asa cari kepada Hidayahnya, tempuhi segala dugaan dan cabaran yang diberi penuh keikhlasan, panjatkan doa memohon pada Allah agar membantu dan melindungi kita semua, walaupun kehidupan itu terkadang dihimpit kepada permasaalahan keduniaan.


Al hasyr 18


‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ


Wahai orang orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.


Terimalah kenyataan, walau didalam jiwa kita ini terlalu memberontak meronta mahukan ketenangan dalam hidup, rindukan kedamaian, kena akur bahawa dunia ini hanyalah satu pentasan sandiwara yang kita ini hanyalah menjadi pelakon tambahannya.


AlNahl : ayat 18 “ Apabila engkau hendak menghitung nikmat Allah, maka tidak akan terhitung.”


Bersyukur diatas segala kenikmatan yang diberi tak terhingga banyaknya. Sedar lah selama ini telah banyak kita diperdaya dengan hal hal yang tak bermanaafaat. Tiada perjalanan yang singkat ataupun yang mudah untuk dilalui mencari jalan yang di redhai Allah  dan berlandaskan Keteguhan iman, cubalah teruskan mempertingkatkan diri merapati Nya. 


Sedarkah kita semua tetap akan pergi jua, apabila tiba masanya. Akur dimana Suratan takdir, pertemuan dan perpisahan yang diatur olih Allah tanpa kita Duga. Bersyukur Kehadrat Ilahi diatas pertemuan, sekiranya perpisahan belaku ia tidak dirancang. Sebagai Insan Segala penentuan ditentu kan Allah swt. Semoga kembara ini mendidik erti kesabaran dan ketabahan diri.


#Akhir kalam..


Mohon maaf kerana masih kena cuti dari share bacaan petikan Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin. Masa yang agak terhad, cuba untuk minggu depan. 


Izinkan mengundurkan diri dari segala hal, walau apa pun jua yang berlaku. Ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya diri ini ada menyakiti hati dan perasaan semua. Moga kita sabar menempuh segala cabaran, berpasrah dan bertawakal pada Allah.


.. teringat akan kata kata Para Ahli hikmah...


“sakit pada waktu mengembara, Miskin dihari tua, Maut pada waktu masih muda, Buta setelah melihat, Dilupakan oleh orang orang (yang asalnya disanjung sanjung tetapi kemudian ditinggalkan) Adapun bila engkau ditinggalkan olehnya, nescaya tetap ada pengganti nya; tetapi Allah itu tidak akan ada penggantinya (jika kita meninggal kan Allah, atau Allah meninggalkan kita, maka tidaklah akan ada penggantinya.”


Semoga dipertemukan apa yang dicari selama ini. Pada yang sama, sama sama kita berjuang kejalan Allah swt hingga ke akhirnya hayat dan jangan berputus asa. Sekali kita gagal ia tidak bermakna buat selama lamanya. Sekali kita terjatuh dengan pantas bangunlah. Berpesan pesan lah kepada yang hak dan berpesan pesan kepada kesabaran, kerana kita hanyalah hamba Allah, insan yang tak punya daya upaya lagi serba dhaif.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Sang kembara, 

*ncs@SeriMinang*

#rumahuniversitiUUM

#subuh610@Sintok

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S