PkpYr2.264
*[PkpYr2.264]ENDEMIC?*
#catatan sang kembara(2)
#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN
(Berehat)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
..Buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, makcik dan pakcik, saudara mara, sahabat sahabiah rakan taulan sakalian..
Masih dalam permusafiran di bahagian utara tanah Melayu Malaysia. Masih lagi kekal dengan kemudahan tawaran Allah dalam mengerjakan solat solat lima waktu kecuali subuh. Mujur Allah kuatkan hati kami untuk berjemaah di Masjid UUM untuk subuh. Dan selebihnya kami hanya berjemaah jamak dan qasar (kecuali maghrib). Inilah Islam yang mudah tapi jangan permudahkan nya. Demi untuk menutup akan kekurangan masa bersama Nya dek kerana ada nya kemudahan2 itu semua, kami cuba cover dengan perbanyakkan wirid dan zikir setakat mampu level kami. Walau tak tara mana, tapi ada juga fikrah kami dalam pertingkatkan ingatan kami pada Nya. Pada Hakikatnya, banyak kami terlalai dengan senda gurau sesama kami dan urusan dunia yang tak berkesudahan. Apa apa pun harapan kami, kami tidak di biarkan melayan tadbir diri sendiri oleh yang Mentadbir Alam.
Terpaksa lah di akui, ruang untuk kami singgah ke majlis ilmu memang tiada ada di sepanjang kembara kali ini. Tinggallah tuiisan pagi ini sesatunya ruang untuk saya menggali dan mencari ilmu secara tidak bertallaqi. Semoga usaha ini akan menjadi sesuatu yang mengarah kan saya cintakan ilmu.
Inilah yang sedang di fikirkan bagaimana hendak menjadi kan perjalanan ini sebagai perjalanan mencari Allah. Pastinya, seorang yang bukan daei seperti saya haluan niat perjalanan banyak terarah tujuan dunia. Tetapi kalau di bawa dengan cara yang betul, ianya masih menjadi suatu perjalanan musafir kembara membawa bersama pahala pahala.
Alhamdulillah, malam tadi, walaupun sebentar dapat memperbaharui ukhuwah kerana Allah dengan sahabat Rolla yang menetap di Jitra.
Terimakasih Tuan Haji Malik, sudi lapangkan masa keluar minum mengimbau kembali kenangan di bumi Amerika.
Semoga ini menjadikan salah satu rencah permusafiran kali ini kepada hasil kebaikan dunia akhirat.
Saya temui satu hadis, Abu Umamah Bahili telahpun meriwayatkan, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya sesiapa yang wajah nya terkena debu di jalan Allah, maka pasti Allah akan memelihara wajahnya itu (daripada api neraka) pada hari kiamat. Dan sesiapa yang kedua dua kakinya terkena debu di jalan Allah, maka pasti Allah akan memelihara kedua dua kakinya itu daripada neraka pada hari kiamat." (Riwayat Baihaqi)
Sama sama kita teruskan gunakan peluang hidup didunia ini untuk di jadikan bekalan akhirat. Timbang timbanglah...
Bila kita jadikan hidup dunia hanya sebagai ladang bekal akhirat, ini akan menimbul kan perasaan bahwa hakikat diri adalah asing di dunia dan kita tidak mungkin menetap selamanya. Hati pula akan hanya terpaut pada tujuan yang akan menjadi tempat kembalinya kelak. Bahkan, kita akan menganggap diri kita seperti 'musafir' yang ingin terus melanjutkan perjalanan hingga akhir tujuan - kehidupan abadi di akhirat.
Hal kehidupan di dunia ini layaknya seperti musafir, dan ianya telah diajarkan oleh Rasulullah saw , ''Aku tidak memiliki kecenderungan (kecintaan) terhadap dunia. Keberadaanku di dalam dunia seperti seorang musafir yang berteduh di bawah pohon, kemudian pergi dan meninggalkan pohon tersebut.'' (Tirmidzi).
Semoga akan ada sesuatu yang dipelajari dari kembara kosong ini. Kalam seorang sahabat, “Apabila kau hanya duduk di satu tempat tidak mengembara, kau tak akan belajar apa apa.” Jangan kecil hati, ini motivasi.
#akhir kalam
Masih bercuti dari bacaan petikan buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin.
Sehari dua ini, perjalanan sintok - changlun - Jitra, sudah jadi satu rutin. Moga ada hasil kalau tidak besar, cukup yang kecil dari Nya.
Kehidupan dunia dan akhirat perlu ada keseimbangan, tapi Islam telah letakkan kehidupan di akhirat yang lebih utama.
“Dan carilah apa yang dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) kampung akhirat, dan jangan kamu melupakan bahagian mu daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (pd manusia), sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang orang yang berbuat bencana.” (Surah Al-Qashash,ayat 77)
In shaa Allah, akan memula kan pergerakan ke Kuala lumpur tengahari hari ini. Moga mangsa banjir tabah, jangan lupa berdoa untuk mereka.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam..
Pena pagi dari,
*ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment