PkpYr2.265
*[PkpYr2.265]ENDEMIC?*
#RUTIN KEHIDUPAN MUSLIM
#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN (Berehat lagi)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Buat Mak ayah, ahli ahli saya, adikberadik, iparduai, makcik dan pakcik, saudara mara dan sahabat sahabiah rakan taulan sakalian di pagi sekali lagi hari isnin yang entah hari isnin yang ke berapa dalam hidup kita dan kita pasti akan terus mengulanginya hingga lah kita di panggil Nya. Dan Alhamdulillah, jam 140 pagi, saya telah selamat menamat kan status musafir sekali lagi, apabila selamat tiba di Seri Minang dari Jitra selepas 7 jam. In shaa Allah, saya akan kembali semula ke rutin kehidupan biasa sebagai hamba.
Selaku muslim kita kena ada satu rutin kehidupan yang seimbang dipenuhi dengan aktiviti membawa keperluan kehidupan selepas ini. Pagi ini suka saya nak share satu catatan dari satu ruangan Allahyarham ustaz Isnail Kamus berkenaan jadual kehidupan seorang muslim. Semoga ada yang mampu mengikutinya...
Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah (mengabdi kan) diri kepada Ku" (Surah Adz Dzariyaat ayat 56)
~Bangun malam ( sekitar jam 3/4pagi)
-mandi dan ambil wuduk,
Kemudiam Solat sunat wuduk. Solat sunat taubat.
Solat sunat tahajjud (8 rakaat). Solat sunat hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak). Solat sunat witir 3 rakaat, Istighfar 100x , Tahlil 300x 40x لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْن
Tasbih 40x. Solat sunat fajar.
Solat subuh. Baca yaasin lepas subuh. Solat sunat dhuha 6 rakaat.Solat Zohor.
- solat sunat sebelum
- solat sunat selepas
>Solat Asar
- solat sunat sebelum
Solat maghrib
- solat sunat selepas
Solat Isya'
-solat sunat sebelum
-solat sunat selepas
Sebelum tidur baca:
- al-quran
- surah Al-mulk
- surah sajjadah
- surah al-waqiah
Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.“Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat beribadat."
[Ustaz Ismail Kamus]
Tahniah pada yang mampu pada yang belum kema lah berusaha, kerana sekarang sudah tahu. Walaupun rutin diatas tersebut kelihatan ringan tapi betapa ramai tewas dalam beribadah. Patut dimulakan dengan menjaga solat pada awal waktu. Insha Allah, jika dijaga solat dengan baik, ibadah yang lain juga jadi ringan. Berat membuat dosa, ringan membuat pahala.
“Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpa nya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya”. – Ibnu Masud
Sama sama kita jadi seorang muslim yang hidup pemuh dengan agenda sentiasa membawa kita tidak jauh dari Allah.
Kini sesuatu yang amat saya rindui selepas tiga hari dua malam kembara ke utara adalah bersimpuh di majlis ilmu. Semoga ada keizinnan dari Nya untuk memulakan nya malam ini di mana mana surau masjid berdekatan. Pernah dengar pesanan dari kata kata hikmah bahwa Sebagai manusia, kita tidak boleh berenggang dengan ilmu atau peringatan orang alim selama tiga hari. Jika tidak, hati kita akan mula mati kerana tidak dibasahi dengan kalam ketuhanan. Semoga kita di jauhi Alllah dari kejadian ini.
Apa yang saya amat harap kan ialah kehidupan kita kembali seperti sebelum ini kerana kita yakin bahawa kita tidak akan dibebankan dgn dugaan yang tidak mampu untuk kita menghadapinya.
“Pemuda yang sentiasa mengisi masa menuntut ilmu, taat kepada perintah Allah SWT, mengasihi dan mengikuti sunah Rasulullah SAW adalah pemuda yang akan dipelihara Allah SWT dengan kebaikan Nya”
Maafkan saya kerana masih belum share sambungan petikan dari buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin tulisan TGHA. In shaa Allah, pagi esok.
#AKHIR KALAM..
Pesanan Imam Hassan al-Banna, "Wahai manusia, selepas kehidupan yang pendek ini. Kamu akan menjalani kehidupan abadi. Bila kamu memahami rahsia tugasmu dalam kehidupan ini dan mengikhlaskan amal untuk Tuhanmu, ada kenikmatan menanti."
Jom carilah dan jalanilah sebuah kehidupan hakiki walau sejauh mana pun kita belayar atau kembara.
Menjadi Muslim yang ideal tidaklah mudah kerana banyak cubaan dan cabaran nak ditempuhi, apatah lagi pada usia yang sedang mencari kematangan diri. Namun, mendekat kan diri dengan Allah, mengharap petunjuk serta hidayah Nya, kita akan melalui kehidupan dengan bimbingan ajaran Islam yang benar.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Written & Edited by,
*#ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment