PkpYr2.267
*[PkpYr2.267]* -ENDEMIC?-
#insafi Kehebatan Tuhan
#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN (SERANGAN PASUKAN PERTAMA)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam sejahtera dihulur buat Makayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, makcik pakcik, saudaramara, para sahabat sahabiah dan rakan taulan sakalian, di seawal kebangkitan kita semua demi sebuah dua kehidupan. Satu, Kehidupan di dunia fana yang pasti musnah dan keduanya, kita bakal bangkit di dunia kekal abadi nanti. Ini lah yang kena hadap setiap kali bangkit dari tidur yang lunak. MAKA, Selamatlah kepada yang beriman bukan yang ikut saja...
Iman itu membuat kita akn tertunduk pada kebesaran Tuhan Yang Maha Kuasa setelah perjalanan mencari kebenaran berlaku. Lalu tibanya pada satu dinding yang tak dapat ditembusi, manusia menginsafi akan Kehebatan Tuhan. Kita gunakan akal.
Dalam keadaan mutaakhir ini, kita mendoakan agar semua mangsa banjir akibat kelibat ekot taufan Filipina diberi kekuatan luar biasa kerana ianya lebih hebat dari banjir 2014 dulu. Sempat menoton MELETOP malam tadi mengkisah celebriti hilang rumah, berkahwin dalam banjir dan di akhiri doa LIVE dari Makkah oleh Ustaz Don Daniyal didepan kaabah. Ya Allah kabulkan doa kami semua. Bertabah lah semua yang terpalit dengan banjir kali ini. Tidak usahlah salah kan sesiapa, semua kena galas akan tanggungjawab ini. Maka, bantulah hatta sekadar berdoa. Selebihnya teruskanlah hidup ini..
Saat bahagia bila dapat tambah ilmu, saat tenang bila beramal dengan ilmu. Saat seronok bila dapat share ilmu itu. Sempena dengan sempatnya saya duduk didepan ustaz Meeftah malam tadi hatta 10 minit, saya sharekan sedikit untuk renungan berdama:
“Orang itu tak cerdik kalau dia selalu berangan angan kosong dengan Allah. Dia yakin Allah maha pemurah dan pemgasih dan akan masukkkan dalam syurga. “Aku sebagaimana sangkaan hambaku” - hadis qudsi. Sangkaan kita itu kenalah berbuat baik dengan tidak melanggar syara’. Memang Allah suruh kita bersangka baik padaNya tapi bukan membuta tuli, sangka baik lah dengan amalan soleh. Sebaik baik beramal adalah beramal di pertengahan” - USTAZ MEEFTAH.@ surau al amin.
Jom sambung baca dari buku FIQH SIASAH KHULAFA ARRASYIDIN...
#SERANGAN PASUKAN PERTAMA
Panglima Tertinggi iaitu Khalid bin al-Walid RA mengetaui pasukan bagi memerangi golongan murtad. Khalid RA diarahkan supaya memerangi pengikut Tulaihah al-Asadi dalam kalangan qabilah Bani Asad dan qabilah lain yang mempunyai pengiut yang sangat besar.
Tulaihah merupakan seorang ahli tilik nasib (tidak nasibnya sendiri), penyair, ahli pidato pemimpin qabilah dan berpengalaman dalam peperangan. Dia pernah memimpin rombongan kaumnya menemui Rasulullah SAW dan berpura-pura menganut Islam, dengan memberi harapan secara bohong bahawa di belakangnya jumlah yang ramai lagi akan mengikutnya masuk Islam.
Allah SWT mendedahlan pembohonganya dengan datangnya wahyu daripada Malaikat Jibril, firma Allah;
“Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka); ‘Janganlah kamu mengira keIslaman kamu tu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkitkan budi-Nya kepada kamu, kerana Dialah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yg benar (pengakuan imannya).” Surah al-Hujurat; 17
Setelah pulang ke kampung nya, dia secara tiba-tiba telah murtad dan mengaku dirinya menjadi nabi yang menerima wahyu daripada Tuhan. Ramai dalam kalangan orang awam menjadi pengikutnya.
Walhal ia berlaku secara kebetulan kita pengikutnya mengalami masalah ketiadaan air yang lazim berlaku di padang pasir, dia membaca manteranya. Lalu dikatakan kononnya wahyu, maka diperintahkan para pengikut supaya mengikut nya kea rah yang berair. Tiba-tiba mereka menemui sumber air. Selain itu, Tulaihah juga membawa ajaran baru menhapuskan amalan sujud dalam solat.
JUMPA ESOK...
#Akhir kalam...
Sejarah manusia dan agama telah dedahkan bagaimana manusia mula melihat alam satu kuasa agung, sembah matahari, bulan dan bintang, batu dan pokok, roh yang mati, nenek moyang dan kepercayaan membawa kepada pegangan. Tapi kesepakatan manusia semuanya, tetap percaya ada satu kuasa mengatasi semuanya. Itu kesepakatan kemanusiaan.
Dan kepercayaan ini membawa ahli falsafah meneroka mengeluarkan lebih banyak pandangan. Yunani percaya puluhan ribu dewa, Apollos sebagai Dewa Besar, Thales percaya asal sesuatu air, Anaximandros, asal yang tak berkesudahan, Anaximenes, asal sesuatu dari wap, Pythagoras, asal sesuatu ialah angka dan pokok angka adalah SATU.
“Kita berdiri di tepi laut, kita lihat ombak bergulung. Lalu kita bertanya: "Mengapa ombak itu bergulung?"
Kerana udara."Mengapa udara bergerak?"Kerana hawa panas! "Dari mana datangnya panas itu?"
Dari Matahari!"Siapa yang meletakkan panas pada matahari?"......Diam!
-HAMKA-
Semoga bermanafaat
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Sekian dari.
#NCS @ SERIMINANG
Comments
Post a Comment