PkpYr2.268

 *[PkpYr2.268]* 

#kita semua masih dibawah langit yang sama

#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN (SERANGAN PASUKAN PERTAMA(2))


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Di tujukan buat Makayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, makcik dan pakcik, saudara mara, sahabat dan sahabiah serta rakan taulan sakalian walau pun di mana berada. 


Seperkara yang penting untuk kita bawa bersama walau dimana kita berada adalah Taqwa. Senang nak sebut susah nak beramal. Walau manapun kita berada bumi ini akan tetap jadi milik Allah. Jaga diri walau dimana saja berada, semoga Tuhan permudahkan urusan dan sentiasa dimurahkan rezeki. Solatlah walau dimana kita berada. Hidup ini indah bila semuanya kerana DIA dan Percayalah, tak percaya? cubalah!


Dari itu untuk semua dan diri ini yang mudah lupa, walau dimana berada, jangan lupa perintah Allah, mengapa kita nak buat lupa perintahNya,

sedangkan, lihatlah betapa kita disayangiNYA, betapa DIA tidak pernah lupa untuk memberi oksigen setiap hari, betapa DIA tak pernah jemu mengurniakan siang malam, betapa DIA jadikan hidup kita  penuh nikmat, penuh kasih sayang. Kan? Check this out. Allahuakbar. 


Rasulullah Saw: "Solat itu adalah tiang agama (Islam). Maka sesiapa mendirikan solat, telah menegakkan agama. Sesiapa meninggal kan solat, bererti dia telah meruntuhkan agama"


Terimakasih Allah memilih kami sentiasa mengingati Mu walau dimana kami berada. Jom tambah berkat pagi ini dengan petikan dari Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin...


#SERANGAN PASUKAN PERTAMA(2)


Sebelum wafat dahulu, Nabi  SAW menghantar tentera dipimpin Dirar bin alAzwar alAsadi untuk memerangi

Tulaihah alAsad. Jumlah pengikut Tulaihah makin besar apabila qabilah lain yang berjiran telah berjaya dipengaruhi. Maka tentera Dirar RA yang kecil tidak sepadan menghadapinya, lalu pulang ke Madinah dan Rasulullah Saw wafat.

 

Khalifah Abu Bakar RA menghantar Khalid bin al Walid RA dengan amanat memberi semangat: “Inilah dia orang yang terbaik, dari kalangan keluarga terbaik, Khalid alWalid satu pedang daripada pedang pedang Allah, yang Allah hunuskan kepada mereka yang kafir dan munafiq.”- Ahmad 43

 

Sebelum tentera Islam tiba, seorang sahabat yang ulung iaitu ‘Adi bin Hatim alToi’e RA dari kalangan qabilah Toie’, bila mengetahui qabilahnya juga terpengarauh dengan Tulaihah, ‘Adi diizinkan untuk pulang memujuk kaumnya  kembali beriman. Usaha ‘Adi telah menghasilkan kejayaan hingga berjaya mengumpul kan bala tentera yang besar daripada kaumnya dengan lengkap bersenjata beserta kenderaan kuda dan unta, berjumlah 1000 orang anggota. Maka ‘Adi telah berjasa besar kepada Islam dan kaumnya sendiri.

 

Allahuakbar, jumpa esok pula...


*#Akhir kalam...*


Sememangnya ramai umat islam hari ni meringankan solat. Saya setuju "islam itu mudah”, tapi kita Muslim kena ada kesabaran dalam menjalankan tanggungjawab pada Yang Maha Esa.


Walau dimana  berada,kita masih dibawah langit sama. Malam tadi ketika balik dari surau seusai berjemaah isya’, badan penat, pandangan dari windscreen kereta, saya dongak pandang  langit. Indahnya langit masa tika tu penuh bintang bintang yang  begemerlapan, bulan pun indah. Terkeluar  dari hati, 

MasyaALLAH indah nya ciptaan ALLAH. 


Ketika itu saya teringat pada Makayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, makcik dan pakcik, saudara mara, para sahabat sahabiah dan rakan taulan sakalian yang berada di mana mana sahaja. Lalu terfikir walau dimana kita  berada, kita semua masih dibwh langit yang sama. 


Tiba tiba terkenang kepada yang sudah tiada lagi, air mata bergenang kenang nasib diri yang menanti saat yang sama. Yang pasti tak akan kemana...


Terbaharu, al fatihah rakan sepasukan team kelantan Piala President tahun 1987. Allahyarham Nik Ali Nik Cob telah selamat mengadap Illahi Ahad 19 Dec 2021. Damailah sahabatku, aku bakal menyusul. 


Walaupun tiada dalam senarai kalian, seketika di diinari ini, saya mula rindu semua, tak tersebut di sini semua, mak ayah, adik beradik, rakan sekolah rendah menengah, rakan sekampung, rakan Rolla, rakan kpp dan juga rakan sepermainan yang sudah lama hilang di mata. Walau tak diingati, saya jumpa kawan2 terbaik di tempat baru, bukanlah yang dulu tak terbaik, cuma inilah hakikat kehidupan, may Allah bless all of us in future endeavour Aamin.


Wassalam 

Barakallahufikum 


Catatan ikhlas dari,

*ncs@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S