PkpYr2.270
*[PkpYr2.270]* - ENDEMIC?
#Pesan Ustaz Fairuz: BAB MARAH.
#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN - bahagian Akhir : SERANGAN PASUKAN PERTAMA.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Di doakan kesejahteraan dunia kebahagian akhirat buat Makayah, ahli ahli saya, adikberadik, iparduai, makcik dan pakcik, saudara mara, sahabat sahabiah rakan taulan sakalian...
Alhamdulilah. Walaupun masih ada rasa kecewa kerana “missed” dinihari pagi jumaat semalam tapi saya cuba compose bersangka baik. Bawa diri, otak berfikir terusan merenungi nasib diri tetap tidak akan lepas dari kehebatan Allah. Bersolat jumaat di masjid Raudhatul Jannah Kg Sungai Buah bersebelahan Bukit Unggul GC. Sekadar makluman pada yang tidak tahu ada masjid di situ. Rancangan ke pejabat bertukar ke Google Meet bersama staff updating urusan urusan kerja. Alhamdulillah. Semoga apa yang di lakukan oleh mereka yang di pejabat menjadi ibadah pada mereka disisi Allah, itulah doa saya untuk para staff saya. Akhirnya, kuat kan diri ke surau al amin saat sebelum isya’ untuk kuliah bersama Ustaz Fairuz walaupun hanya 20 minit tapi cukup untuk menjamu hati dan minda, bila perihal buruknya “marah”, kelebihan menahan “marah” di bicara kan. Secara tidak langsung ianya meredakan perasaan “marah” pada diri sendiri diatas gagal menghidupkan dinhari pagi jumaat sehingga terlepas solat berjemaah subuh. Pesan ustaz Fairuz tentang marah:
“Marah? Bukan setakat tahu apa itu marah, tapi kena tahu macamana nak handle dan control marah. Kena belajar dari buku celaan marah. Imam Ghazali amat tekankan hal marah kerana ianya boleh merosakkan ibadah. Dari marah juga akan lahirnya fitnah. Tak suka dan marah pada seseorang hingga ada yang sanggup menfitnah. Juga Jangan melampau dalam bab bercerita pasal orang lain. Hingga kita menuduh dna menfitnah seseorang itu. Tapi kena hati hati jangan redha kesalahan san dosa seseorang. Kalau redha dengan dosa itu kita pula berdosa”
Semoga ada manafaat...
Jom sambung sedikit lagi bacaan pagi petikan Buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin...
#SERANGAN PASUKAN PERTAMA (akhir)
Akhirnya para qabilah yang menjadi pengikut Tulaihah menyerahkan diri bertaubat kembali semula kepada Islam. Mereka membuat pengakuan:
“Kami masuk semula kepada agama yang kami tinggalkan, kami mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kami menyerah diri kepada hukum-Nya, yang berkait dengan harta dan diri kami.”
Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, jld. 6, ms. 318
Khalid bin al-Walid RA meminta mereka berbaiah:
“Diperintah kepada kamu supaya menunaikan janji kepada Allah dan kesetiaaan, beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, wajid mendirikan sembahyang dan menunai!kan zakat, perjanjian yang sama kepada anak-anak dan isteri-isteri kamu.”
Bala tentera pemimpin Khalid RA terus memburu saki-baki kumpulan murtad yang melarikan diri, antaranya kumpulan yang dipimpin oleh seorang wanita bernama Ummu Zimal binti malik. Seorang wanita yang pernah masuk Islam pada zaman Rasulullah SAW dan tinggal bersama Ummu Mu’minin ‘Asiyah RA tetapi setelah bersama kaumnya dia ikut sama murtad daripada Islam.
Dia memimpin kaumnya untuk berperang menentang tentera Islam dengan menunggang unta pusaka yang dianggapnya keramat, Khalid RA mengarahkan bala tentera Islam mengepungnya dengan menggempur kawalan musuh yang ketat. Akhirnya dia ditewaskan bersama 100 orang pengawai yang setia bersamanya.
Adapun ‘Uyainah bin Hisn, masih tergolong sebagai mualaf yang diberikan zakat pada zaman Rasulullah SAW. Dia bersama 10,000 orang tentera berjaya ditawan, Khalid RA menghantar ‘Uyainah ke Madinah dalam keadaan tangannya diikat.
Kanak-kanak Madinah menyorak ke arahnya dan berkata:
“wahai musuh Allah mengapa awak menjadi kafir setelah beriman?.”
Dia menjawab: “Aku tidak pernah beriman walaupun sekelip mata.” Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, jld. 6, ms. 318
Khalifah Abu Bakar RA memberikan pengampunan kepadanya, dan mengakhiri hayatnya sebagai seorang pahlawan Islam pada zaman Islam menghadapi kuasa besar Parsi dan ROM.
Semoga ada pengajaran sebalik bacaan ini.
#Akhirul kalam untuk pagi ini...
Rasa rasanya tak ada manusia yang tidak pernah marah. Baik Nabi, Rasul, hingga ulama pasti pernah marah. Wajar saja kerana marah ialah reaksi azali manusia pada sesuatu kejadian. Walaupun wajar dialami, amarah inilah membutakan mata, menulikan telinga, dan mematikan hati jika tidak diletak kan pada tempatnya. Dalam Islam ada dua jenis marah, marah yang terpuji dan marah yang tercela. Marah yang terpuji, bila membela diri, kehormatan, harta, agama, ha umum, menolong orang yang dizalimi . Marah tercela pula adalah marah sebagai tindakan balas dendam demi dirinya sendiri. Berawal dari amarahlah, jika tidak letakan pada marah yang terpuji, kita mudah berkata kasar, buat kekerasan hingga timbul perpecahan.
Akhirnya, semua letaklah pada redha Allah. Niatkan diri menahan amarah untuk redha Allah sebagaimana Allah memerintahkan hamba Nya. “Ketika ia menahan amarah, maka seyogiayanya menahan amarah kerana Allah. Yang demikian itu bisa membuatnya agung di sisi Allah.”
Sama sama meraih manafaat dan sama sama beramal dengannya.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Secebis dari,
<ncs@SeriMinang>
Comments
Post a Comment