PkpYr2.271

 *[PkpYr2.271]* 

#OMICRON?

#.kesejahteraan 

#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN (Pengajaran)


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Duhai Mak ayah, ahli saya, adikberadik, iparduai, makcik pakcik, saudaramara, juga sahabat sahabiah rakan taulan sakalian, secara peribadi, dalam usia yang sebegini dalam hidup ini, saya ada ramai kenalan; namun, paling utama yang sebenarnya, saya adalah sahabat karib kepada diri saya sendiri dan Yang Maha Esa membawa mana saya sehingga hari ini.


Untuk bertahan dalam kesejahteraan, status keseimbangan dalam perhubungan amat diperlukan. Bermula hubungan seseorang dengan dirinya sendiri, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan alam didiami. Kegagalan pasti kan hubungan ini dalam keadaan baik dan seimbang, akan hanya menyumbang kepada ketidaksejahteraan. Yang paling penting hubungan kita dengan Allah. Hal inilah yang kadang kadang tak sedar, akhirnya sedar sedar kita berada dalam ISTIDRAJ. Astaghfirullah..


Assebab itulah saya selalu melagakan aktiviti dunia dengan aktiviti akhirat. Kita pun tak tahu yang di ampun Allah, dan yang mana pula di terima Allah. Semoga nya, kesejahteraan milik kita semua dunia dan akhirat. 


‎اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ وَإِلَيْكَ يَعُوْدُ السَّلاَمُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلاَمِ وَأَدْ خِلْنَ الْجَنَّةَ دَارَ السَّلاَمِ تَبَرَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَا لَيْتَ يَاذَالْجَلاَلِ وَالْأِ كْرَامِ


“Ya Allah, Engkau adalah Zat  mempunyai kesejahteraan dan dari Mu kesejahteraan itu kepada Mu akan kembali lagi segala kesejahteraan itu, Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dgn sejahtera. Masukan lah kami ke surga kampung kesejahteraan. Engkaulah yang berkuasa memberi berkah yang banyak dan Engkaulah Yang Maha Tinggi, wahai Zat yang memiliki keagungan dan kemuliaan”


Semoga Sejahtera kita bersambung seusai baca petikan buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin...


#PENGAJARAN

 

Operasi ketenteraan yang dilakukan bermula dengan misi menyelamatkan mereka yang terkepung kalangan kumpulan murtad. Mereka dipujuk agar kembali kepada Islam dengan bertaubat. Pendekatan itu telah berhasil apabila mereka beroleh hidayah dari Allah lalu keluar dari Kawasan operasi peperangan.

 

Sebahagian dari mereka bergabung menjadi tentera Islam. Perkara itu sekaligus mengurangkan jumlah musuh dan melemahkan kedudukan mereka. Jelas menunjuk kan betapa terpesongnya Tulaihah dan pengikutnya yang telah terpengaruh dengan kesesatan yang nyata.

 

Realiti ini dapat difahami dengan jelas melalui tindak-l tanduk dan ucapan Tulaihah.  Pengikutnya adalah terdiri daripada golongan yang terlalu jahil dan lemah iman kerana tidak mengenali Islam secara dekat. Qabilah Toie’ kembali kepada Islam kerana sebahagian daripada mereka adalah pengaruh Kristian (Ahli Kitab) yang sangat memahami kesesatan Tulaihah.

 

Pemimpin qabilah Toie’ yang berilmu, ‘Adi bin Hatim RA ialah seorang yang alim dan dikenali kemuliaan akhlaknya sejak zaman jahiliah lagi. Kisah bagaimana ‘Adi menganut Islam pada zaman Rasulullah SAW sangat masyhur. Keadaan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan orang yang berilmu dan dihormati dalam satu satu kaum.

 

Bertemu esok lagi..


*Akhrul kalam*


HATI YANG SEJAHTERA - “Carilah hatimu pada tiga tempat. Temuilah hatimu sewaktu bangun membaca Al Qur’an.Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, mintalah hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak punya  hati!” (Imam Al Ghazali)


Marilah kita bersungguh sungguh isi kehidupan dgn  segenap kebaikan, agar masa bertemu Allah nanti tiada kesedihan dan juga kebimbangan kerana telah membawa sekeping hati yang hening lagi sejahtera.


Sesungguhnya hati yang sejahtera adalah hasil yang ditawarkan oleh Allah pada hamba Nya yang yakin pada pertemuan denganNya. Oleh itu, janganlah kita kempunan untuk memilikinya...


Sama sama daki puncak kebahagiaan. Demi sekeping hati yang sejahtera, Insya Allah. Mudah mudahan tidak luntur semangatnya...


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Ikhlas di pagi Ahad dari,

*#Ncs@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S