PkpYr2.272

 [PkpYr2.272] OMICRON?

#DIARY26/12/21

#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN(BEREHAT)

#Tafsir Surah Yusuf - Ust Hafiz 


Yang di rahmati Allah swt Makayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik dan pakcik, saudaramara, sahabat sahabiah rakan taulan sakalian.......


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam subuh di lagi sebuah lagi hari isnin dalam telusuri kehidupan, sudah tidak lagi terhitung, yang pasti kita akan bertemu lagi dengan Isnin. Semoga urusan kita semua dipermudahkan Nya sepanjang hari ini. Aamnn..


Alhamdulillah. Semalam juga mendapat cucukan booster ke tiga Pfizer. Macam biasa lenguh tempat kena cucuk di bahu kiri, rasa mengantuk yang tiba tiba melanda diri. Terus rehat selepas selesai solat asar berjemaah dengan  ahli keluarga. Tak ke surau dek kerana memotong kek harijadi zaujah. Saya terlena tak tetahan mengantunya, saya tersedar 730 bangkit solat maghrib. Syukur juga demam tak terasa sangat seperti dua Pfizer yang pertama walaupun ada sikit sikit. Jam 815, sempat paksa diri ke surau Al Amin untuk sedikit makanan minda, hati dan Iman. Dapatlah duduk bersimpuh didepan ustaz Hafiz Redzuan seketika 15 minit tapi amat bermakna. Apatah lagi dalam sedikit demam demam protect diri dengan pakai jacket, ada juga ilmu yang masuk malam tadi. Selesai isya berjemaah, tenang duduk baca AlMulk berjemaah di ketuai anakda “AlHafiz” yang menjadi imam isya sejak 20/12lagi. Terima kasih Allah atas anugerah ini, walaupun saya ini juga insan pendosa, lemah hina disisi Mu. Selesai ba’diyyah terus beredar untuk jioin dinner Chicken Royale bersama keluarga di rumah sebelum berehat santai hingga lah tersedar di fajar kazib yang bukan fajar kerana tidak nampak cahaya terang dan langit malam masih gelap, yang ada hanya disebut cahaya zodiak. Ada terasa tidak selesa badan mungkin hasil tindakbalas booster agak nya. Semoga tiada yang lebih teruk dari ini. In shaa Allah bakal teruskan kehidupan pagi ini.


Apa yang nak di kongsi pagi ini adalah catatan dari ustaz Hafiz Redzuan mengulas satu tafsir surah Yusuf. Ada juga sedikit kaitan dengan sedikit musibah yang Allah hadirkan untuk kita semua, yaitu isu banjir. Kalau kita tak mampu tolong bagi tenaga kita berilah sumbangan barang atau wang tunai, kalau tak mampu juga berdoalah dan kalau tidak  mampu juga, tolonglah diam dari buat statement yang bukan bukan sehingga kan meragut emosi para mangsa banjir. Itulah pesan ustaz hafiz. Selebihnya, jom kita renungkan nota di bawah ini, samaada kita mangsa atau tidak...


#Ustaz Hafiz Redzuan. Tafsir surah Yusuf - “RELATE AYAT  Quran DENGAN KEHIDUPAN KONTEMPORARI”  (15 minit terkakhir di Surau Al Amin) 


#Ayat 20 - surah yusuf


‎وَشَرَوْهُ بِثَمَنٍ بَخْسٍ دَرَاهِمَ مَعْدُودَةٍ وَكَانُوا فِيهِ مِنَ الزَّاهِدِينَ


“Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya; dan mereka adalah orang orang yang tak menghargai nya” 


Nabi yusuf di jual dengan harga yang murah kerana mereka tidak tahu niliaan bakal nabi dan pemerintah, anak seorang nabi. Ini imply manusia hanya melihat pada perkara zahir. Menghakimi manusia secara zahir. Nampak zahir cantik cantiklah. Yang tahu pandangan seluruhannya adalah Allah swt. Manusia pula secara zahir boleh tingkatkan pandangan sesama manusia tapi pandangan Allah tidak boleh ditipu. Begitulah dalam ayat ini, sang kembara tidak tahu nilai nabi yusuf pada pandangan mereka. 


#Ayat 21


‎وَقَالَ الَّذِي اشْتَرَاهُ مِن مِّصْرَ لِامْرَأَتِهِ أَكْرِمِي مَثْوَاهُ عَسَىٰ أَن يَنفَعَنَا أَوْ نَتَّخِذَهُ وَلَدًا ۚ وَكَذَٰلِكَ مَكَّنَّا لِيُوسُفَ فِي الْأَرْضِ وَلِنُعَلِّمَهُ مِن تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَىٰ أَمْرِهِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ


“Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: "Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". Dan demikianlah caranya kami menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melaku kan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” 


Yang membeli Nabi Yusuf adalah Al aziz,  Menteri Yang menJaga pembendaharaan negara.( inilah susunan Allah untuk memberi jalan kpd nabi yusuf untuk juga menjadi salah seorang menteri di Mesir). Kalau kita ingatkan saat kehidupan Nabi yusuf, baginda bersama ayahanda nya nabi yaakob selama 12 tahun, didalam perigi pula selama 3 hari (saat susah) kemudian dengan aziz hidup senang selama bertahun dalam pemeliharaan al aziz. Inilah implication bahawa Allah uji kita hanya seketika dengan satu kesusahan tapi Allah beri nikmat kesenangan jauh lebih lama. Inilah nikmat yang hendak kita syukuri, bukan kesusahan yang kita nak ingati dan fokuskan sehingga akhirnya lupa kenikmatan yang lain. Begitulah juga dengan kisah Nabi Ayub. 


Setiap perkara dalam hidup, apa yang kita mintak kita nak, ada yang Allah bagi dan ada Allah yang tangguh. Sesungguh nya kehidupan kita disusun Allah penuh hikmat dan kita akan lihat hikmahnya suatu hari nanti. Orang yang boleh terima setiap ketentuan Allah adalah lebih hebat dari karomah. 


Sama sama kita amati kisah dalam surah ini dapat kita kaitkan, dan dapat jadi bekalan untuk kita hidup dalam rahmat dan berkat Allah. 


@Kuliah Tamat 837 malam 

26 Dec 2021


Semoga bermanafaat...


#Akhir kalam


Untuk pagi ini kita berehat dari petikan buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin - Sayyidin Abu Bakar RU. 


Awal pagi semalam juga seusai subuh berjemaah, Ustaz Bakhtiar Fitri pun ada bercerita pengalaman nya membantu mangsa banjir di kariah nya - Taman Sutera ulu Langat. In shaa Allah saya dalam rangka usaha membuka tabung untuk menyediakan keperluan mangsa banjir. 


“Kalau kita kena musibah? Apa yang kita hendak dari orang ? Kita akan nakkan bantuan. Maka, mana mana yang kita kenal yang terkena musibah bertanya lah khabar mereka kalau tak boleh pergi bantu dan berdoalah untuk mereka. Iman para nabi makin diuji makin tinggi. Hadis: “siapa saja yang menyempurnakan hajat hamba nya Aku akan tunggu mereka di al mizan” Kalau tak nak bantu jangan lah hina kerana yang kena musibah sedang tertekan mental dan fizikal. Emosi pula tengah down” - Ust Baktiar Fitri @ Kuliah subuh @ surau al amin. 26/12/21.


Semoga bermanafaat.


Barakallahufikum 

Wassalam.


#Taman Sutera: Keperluan/ tong gas dan dapur serta kipas serta pek pek makanan serta wang tunai. 

#mohonlah berdoa untuk kekuatan 

#batu11.dusun tua. 

#0196501002 Ustaz Bakhtiar Fitri 




Catatan Isnin oleh,

<ncs@SeriMinang>

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S