PkpYr2.273
*[PkpYr2.273]* OMICRON?
#DOA usai Tahajjud
#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN (SERANGAN PASUKAN KEDUA DAN KETIGA)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sejahteralah Makayah, ahli saya, adikberadik, iparduai, makcik dan pakcik, saudara mara, sahabat dan sahabiah rakan taulan sakalian dengan ucapan assalammualaikum ini di seawal pagi.
Alhamdulillah. Walaupun beberapa kali bersilih ganti rasa tidak selesa akibat kesan booster datang mengusik badan saya mampu bertahan sehingga lah lewat maghrib berlawan dengan perasaan menyaksi kan berjemaah maghrib di Masjid Al Amin di Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras. Lawan lagi, sesekali terasa bisikan si laknatullah datang, “engkau tu demam, excuse lah, tak payah ke surau untuk isya’, balik je rumah”. Saya paksa diri ke surau Al amin juga. Jam 8 malam, selamat bersimpuh di depan ustaz menceritakan jalan hidup kita yang kena banyak sandar kan pada Sunnah sunnah nabi saw. Alhamdulillah. Seusai berjemaah isya’, badan terasa longlai, selesai ba’diyyah terus saja pulang tapi sambil memandu baca juga surah Al Mulk yang sudah pun mula lekat di lidah. Semoga lekatlah ia di hati bukan setakat di lisah. Terimakasih Allah, anugerah ini...
Seawal pagi ini tiadalah doa lain untuk di mulakan selain dari tahajjud memohon sinar illahi mengelilingi diri walau pun tahu diri sentiada juga berlumuran dosa.
“Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya dan di dalam lisanku (juga) cahaya. Jadi kanlah di dlm pendengaran ku cahaya dan di dalam penglihatanku (juga) cahaya. Jadikanlah dari belakangku cahaya dan dari depanku (juga) cahaya. Jadikanlan dari atasku cahaya dan dari bawahku (juga) cahaya. Ya Allah, berilah aku cahaya.” (Bukhari Muslim).
Semoga kita semua sentiasa dalam bayangan cahaya Ilahi, doalah dengan doa diatas setiap kali usai solat tahajjud hatta dua rakaat sebelum subuh. Ini kerana Rasulullah SAW sendiri memberikan teladan doa meminta cahaya dalam hidup sehari hari.
Dalam doanya, Rasulullah sebut lisan, pendengaran, penglihatan, belakang, depan, atas, dan bawah agar semua bercahaya. Intinya, menjadi manusia yang benar benar bercahaya. Manusia yang hatinya bercahaya akan merasakan luas dan lapang di dalam dadanya. Semoga kita terpilih. Aaaminn...
Jom teruskan bacaan dari petikan buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin tulisan TGHA.
#SERANGAN PASUKAN KEDUA DAN KETIGA
Pasukan kedua pimpinan ‘Ikrimah bin Abi Jahal RA ditugaskan untuk memerangi Musailamah al-Kazzab (pembohongbesar). Seorang pemimpin daripada kalangan Bani Hanifah yang tinggal di daerah Tamamah. Dalam pada itu, pasukan ketiga pimpinan Syurahbil bin Hasanah RA ditugaskan memberikan bantuan sebelum mereka ditugaskan menuju ke Hadhramaut. Setelah mencapai kemenangan, Abu Bakar RA mengarahkan tentera Khalid bin al-Walid RA supaya datang dan mengambil alih posisi ketua bagi mengepalai operasi. Ini kerana anggota tentera musuh terlalu besar dan sangat berbahaya.
MUSAILAMAH AL-KAZZAB (PEMBOHONG BESAR)
Musailamah datang ke Madinah ketika kemuncak kemenangan Islam. Ketika itu banyak rombongan qabilah Arab datang menemui Rasulullah SAW bagi menyerahkan diri dan menganut Islam. Kedatangan Musailamah bertujuan meminta Rasulullah SAW agar melantik menjadi ketua.
Sewaktu itu Rasulullah SAW memegang pelepah tamar, dengan tegas memberikan jawapan permintaannya:
“Sekiranya engkau meminta dairpadaku pelepah tamar nescaya aku tidak berikan nya padamu” - Ibn Hisyam, al-Sirah al-Nabawiyyah
Jld. 2, ms. 576-577
Dia pulang ke daerahnya lalu mengisytiharkan dirinya menjadi Rasulullah seperti Nabi Muhammad SAW dengan menunjukkan sihirnya sebagai mukjizat. Walaupun Allah SWT menjadikan sihir Musailamah perkara yang sebaliknya, seperti orang yang sakit menjadi bertambah sakit dan air yang kering bertambah kering. Namun pergikutnya tetap ikut sesat menerima pembohongannya sebagai suatu perkara yang benar.
In shaa Allah bersambung esok...
*Akhirul kalam...*
Rasulullah bersabda, “Ketika cahaya telah masuk di dalam hati maka (hati itu) akan jadi luas dan lapang.” Sahabat bertanya, “Apa tandanya, ya Rasulullah?” Nabi menjawab, “Al-inabah ila dar al-khulud, wa at-tajafa‘an dar al-ghurur, wa al-isti’dad lil maut qabla nuzulih.” (At Tirmidzi). Yakni, kembali ke negeri keabadian (akhirat), jauh dari negeri ketertipuan (dunia), dan bersiap siap menjemput kematian sebelum datang kematian itu.
Menjadi manusia bercahaya memang tidak mudah. Selain harus membersihkan hati dari segala kotoran, setiap pancaindra juga digunakan dengan cara yang baik, dengan menghiasi tubuh dengan segala bentuk tutur kata dan perilaku yang baik.
Allahuakbar. Siapalah kita kalau Allah tidak letakkan pada tempatnya, jangan berhenti meminta kerana kita ini hina dan penuh nista tanpa kasih sayangNya walaupun kita ini adalah sebaik baik ciptaan.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Ikhlas dari,
*ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment