PkpYr2.274

 *[PkpYr2.274]* OMICRON?

#NATIJAH bersahabat.

#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN (MUSAILAMAH AL-KAZZAB )


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

..Makayah, ahli ahli saya, adikberadik, iparduai, makcik dan pakcik, saudara mara, sahabat sahabiah rakan taulan semua...


Sesungguhnya pujian itu milik Allah kita memujiNya, minta pertolonganNya juga memohon ampunan dan lindungan dari keburukan diri kita dan dari kejahatan amal amal kita, siapa ditunjuki Allah, maka tidak ada yang menyesatkannya dan siapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada yang memberinya petunjuk. Terimakasih ya Allah, menulis lagi pagi ini walaupun sedikit. Moga mendapat peluang untuk pahala dari Allah Azza wa Jalla. Amiin.


Yang penting kita selalu kekal bersyukur, berada dalam kebenaran dan bertaqwa pada Nya. 


Alhamdulillah. Semalam dapat berjalan sambil juga beriadhah golf bersama otai otai Pertonas dan dalam riuh rendah bergurau senda juga bergelak ketawa dan usik mengusik sepanjang 2 jam, tapi Allah selitkan peluang untuk berbicara tentang hakikat kehidupan, hal hal ukharawi, isu semasa, hal Sajat ( masing masing setuju untuk tidak mengutuknya malah mendoakan agar dia kembali semulia pada jalan Allah sebelum mati, kerana tindakannya sekarang hanya satu pemikiran singkat tanpa fikir hari tua), dan isu isu banjir malahan banyak lagi yang menginsafkan. Semoga riadhah kami sebegini akan menjemput rahmat Allah swt bukan semata mata berjalan kaki tanpa haluan. In syaa Allah, kami berjanji akan berkumpul berjalan bersama lagi dua minggu lagi. 


Terimakasih Dato Sabarudin, Tuan Haji Ismail dan juga Tuan Haji Latiff. Maafkan saya jika ada guraun saya yang melampau. 


Peranan seorang sahabat dan kawan  amat pentin, perlu bawa sahabatnya pada kebaikan, dan juga menjauhi kemungkaran. Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa bawa sahabatnya mengingati Allah setiap masa yang berpeluang. Personally, saya rasa seseorang insan dinilai keperibadiannya pada siapa yang menjadi sahabat dan kawannya. Jika kita mampu menjadi sahabat dan kawan yang baik, kita membawa kebaikan buat sahabat di sekeliling kita.


"Seseorang itu bergantung kepada agama sahabatnya.  Kerana itu, perhatikanlah setiap seorang di antara kalian dengan siapa dia bersahabat."  (Abu Dawud). 


Kata ulamak, dari satu tulisan, hadis ini memberi petunjuk yang jelas bahawa sahabat mempengaruhi keperibadian seseorang. Jangan salah faham pula dengan intisari hadis ini. Saranan dari hadis itu tidak bermakna kita hanya boleh berkawan dengan orang yang baik sahaja dan jauhi orang yang kurang baik. Ini bersalahan dengan konsep dakwah dalam Islam. Kita boleh bersahabat dengan semua golongan. Namun, jika sahabat kurang baik akhlaknya, itu adlaah tanggungjawab kita membawanya ke arah kebaikan. Sekira nya tak mampu mengubahnya, pasti kan diri sendiri tidak terjebak dalam kemungkaran yang dilakukan oleh sahabat tadi. Semoga kita semua selalu berniat bertemu berpisah kerana Nya hatta untuk apa jua akitiviti yang membawa kebaikan. Renungan untuk saya kita semua telusuri kehidupan, kita tak boleh hidup kalau tak berkawan dan bersocial. Indeed. 


In syaa Allah, jom sambung sedikit lagi, bacaan dari Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin karangan TGHA. 


#MUSAILAMAH AL-KAZZAB (PEMBOHONG BESAR)

 

Musailamah datang ke Madinah ketika kemuncak kemenangan Islam. Ketika itu banyak rombongan qabilah Arab datang menemui Rasulullah SAW bagi menyerahkan diri dan menganut Islam. Kedatangan Musailamah bertujuan meminta Rasulullah SAW agar melantik menjadi ketua.

 

Sewaktu itu Rasulullah SAW memegang pelepah tamar, dengan tegas memberikan jawapan permintaannya:

 

“Sekiranya engkau meminta dairpadaku pelepah tamar nescaya aku tidak berikan nya kepadamu” Ibn Hisyam, al-Sirah al-Nabawiyyah

Jld. 2, ms. 576-577

 

Dia pulang ke daerahnya lalu mengisytiharkan dirinya jadi Rasulullah sebagaimana Nabi Muhammad SAW dengan menunjukkan sihirnya sebagai mukjizat. Walaupun Allah SWT jadikan sihir Musailamah perkara yang sebaliknya, seperti orang yang sakit menjadi bertambah sakit dan air yang kering bertambah kering. Namun pergikutnya tetap ikut sesat dan menerima pembohongannya sebagai suatu perkara yang benar.

 

Turut bersama Musailamah adalah  Nahar al-Rajjal bin ‘Unfiwah, dia datang ke Madinah bagi mempelajari al-Quran dengan menghafaz beberapa surah mempelajari hukum hukum agama. Tapi Kemudian dia pulang ke Kota Madinah.

 

Rasulullah SAW mengharap kan Nahar al-Rajjal mampu menentang pembohongan Musailamah. Malangnya dia juga menyertai Musailamah dan mengisytiharkan dirinya pesuruh Allah. Orang seperti nya lebih banyak membawa kekeliruan dari Musailamah kerana pernah belajar di Madinah.

 

Musailamah menghantar surat kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Baginda juga Rasulullah. Dia mengajak supaya bumi ini dibahagi dua, sebahagian untuknya dan dibawa oleh dua orang utusan. Rasulullah SAW bertanyakan kedua dua utusan itu:

 

“Apa pendapat kalian berdua terhadapnya?” jawab mereka

: Ya, Kami percaya dengan dia katakan.” Rasullullah SAW bersabda: “Demi Allah, Jika tidak kerana para Rasul tidak membenarkan utusan dibunuh, nescaya aku akan memerintahkan agar kamu berdua dibunuh.” 

(Abu Dawud 2671)

 

Sambung esok..

Allahuakbar. Semoga kita dalam lindungan Allah. Teringat percakapan dengan Dato Sabarudin semalam saat berjalan kaki golfing, “semoga kita tidak mati kuffur, biar berdosa tapi bertaubat sebelum mati”. 


#Akhirul kalam..


Jalinan persahabatan perlu didasari tujuan yang betul. Sekiranya sesuatu ikatan persahabatan itu terjalin atas sebab duniawi kemungkaran, ikatan tidak diberkati Allah SWT, malah mencetuskan perbalahan di kemudian hari.


"Pada hari itu sahabat sahabat karib, sesetengah nya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang yang persahabatan berdasar kan takwa (iman amal soleh)."  ( al-Zukruf, ayat 67)


Lebih beruntung lagi  bila hubungan persahabatan di dunia menguntungkan pula kehidupan di akhirat kelak. Seseorang manusia yang menerima rahmat Allah akan diberi peluang menyelamat kan sahabatnya yang berada dalam neraka. Allahuakbar...


Renungkanlah


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam 


Seikhlasnya dari,

*Ncs@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S