PkpYr2.277
[PkpYr2.277- OMICRON?]
#Kalau Pun Sungguh Nak Sambut Kehadiran 2022. NatIjah Telemovie - PESAN DARI TUHAN Buat Semua.
#FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN (Berehat)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selamat Sabtu pertama di tahun 2022 M yang penuh barokah kepada Makayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudara mara, dan sahabat sahabiah serta rakan taulan semua..
Syabas. Mubarak’alaikum pada rakyat Malaysia yang menyambut Masihi 2022 dengan penuh kelainan kali ini, selepas arahan daripada umarak membatal kan acara biasa - mercun dan bunga api KLCC - pada malam tadi. Walau pun di sekitar jam 12 tengah malam, ada juga lah kedengaran letupan disana sini tapi ianya lasting hanya 10 minit saja. Malah, di surau masjid di seluruh Selangor usai solat maghrib malam tadi, di arahkan diadakan bacaan yassin dan solat hajat. TAHNIAH. Moga ia menjemput rahmat Allah.
Saya terperap didepan TV melihat satu produksi 2019 gandingan lakunan Remy Ishak dan Azhan Rani ( yang selalunya memegang watak antagonis tapi tidak kali ini), menamat kan tayangan “PESAN DARI TUHAN” selesai sebaik masa tahun baru 2022 di kira. Telemovie ini pernah di siarkan pada 2019, arahan Erma Fatima ini mengisahkan ada satu banjir besar melanda kampung sehingga memaksa ahlinya menyelamatkan diri ke kawasan yang tinggi. Banjir juga telah meragut nyawa anak beranak selepas dua saudara bersengketa hal merebut jawatan ketua kampung dan semuanya berakhir setelah kampung ditimpa bencana. Itulah agaknya pesan Tuhan. Too Sensitive to elaborate but please take it as food for thought.
Sesuai juga telemovie itu untuk tahun baru kali ini, moga kita mendengar pesanan Allah yang tak pernah berhenti menghantar pesanan Nya, cuma kita lupa kadang kadang degil amat. Sebesar2 Tsunami, banjir 2014, macam macam lagi, tapi ianya tetap berlalu sepertinya masuk kanan keluar kiri. Agaknya bila si langit bergulung, barulah kita nak benar benar sedar tapi khuatir nya saat itu sudah terlambat. Tapi siapa peduli, selagi ada yang masih boleh terus sibuk dengan urusan dunia, tinggallah pada yang terkena musibah terkapai kapai. Itu pun ada yang terkena musibah, selepas setahun buat pekak badak dan buta mata pada semua apa yang Allah pesan. Jadi Renungkanlah. Jangan saya pula di marahi... kerana saya pun sama malah paling hina dan berdosa.
Untuk kita semua, kalau sungguh pun nak sambut kehadiran 2022, marilah bermuhasabah dan jadikan 2022, bertambahnya Iman dengan bertambahnya ujian Allah. Seringlah kita berdoa, moga Allah swt memberi ujian dan kita melepasinya dengan hadir sekali iman yang semakin tebal setiap kali usai ujian itu. Jangan berhenti menyangka ujian Allah akan ada lagi.
Sebuah hadis diriwayatkan Thabrani dari Abu Umamah, Allah berfirman pada sang malaikatNya: "Pergi lah pada hambaKu. Lalu timpalah bermacam macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suara nya”. Allah juga berfirman dalam satu ayat tersohor, tak perlu jadi ustaz nak ingat - "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiar kan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" AlAnkabut: ayat 2-3.
Mungkin hal hal ini, banyak kita nak kena sajikan pada hindangan tahun baru kali ini, andai kita belum benar benar sedar tentang hakikat makin singkatnya masa kita ada di dunia, andai kita masih tegar tak rasa bersalah melanggar ayat ayat Allah.
INDEED, “Dan tetaplah beri peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang2 yang beriman” ( Adz Dzaariyaat [51]: 55)
SELAMAT TAHUN BARU 2022 dari saya buat semua.
Walaupun pergantian tahun baru masihi yang dirayakan setiap 31 Dec bukan ajaran Islam tetapi transformasi sosial budaya menjadikan tahun baru masihi sebagai fenomena dan hal tersendiri bagi umat Islam.
Ingatlah islam itu mudah tapi perayaan tahun baru masihi tetap kena disikapi dengan pemahaman akidah yang kuat sehingga tak tergelincir follow arus berujung amalan tak berguna, bahkan menjadi amalan agama lain yang jelas dilarang dalam Islam.
“Barang siapa menyerupai suatu kaum, maka termasuk golongan mereka.” (Ahmad, 5/20; Abu Dawud no. 403). Imam Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan sanad hadis ini hasan. (Fathul Bari, 10/271).
#Akhirul kalam...
Menerusi satu bacaan, As Sayyid Qutb (1327-1386 Hijrah) dalam menafsirkan, menulis sesungguhnya iman bukanlah hanya sebuah kata kata diucap, iman ialah suatu hakikat yang ada tugasnya, suatu amanah yang ada beban tanggungjawabnya, satu jihad perlu kesabaran dan satu perjuangan yang nak kena ada ketabahan.
Manusia tidak cukup dengan hanya berkata: "Kami telah beriman" kerana insan tidak dibiarkan membuat dakwaan seperti itu hingga terdedah kepada ujian membuktikan dakwaan itu. Malah, kita juga perlu keluar daripada ujian itu dengan hati yang bersih sebagaimana api menguji emas memisahkan unsur logam yang murah melekat padanya. Inilah makna asal kata2 ujian dari segi bahasa. Ia ada tujuannya, bayangan nya dan saranannya. Begitu lah ujian bertindak pada hati manusia.
Sekali lagi SELAMAT TAHUN BARU 2022, semoga umat Islam memanfaat tahun baru dengan hal2 positif, memberi makan fakir miskin, santuni anak yatim, membantu para mangsa banjir - sebagainya.
Wallahu a'lam bishshawab
Wassalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.
Ikhlas Tahun Baru Masihi dari, <Ncs@SeriMinang>
#fiqhSiasahKhulafaArrasyidin- Rehat Hari ini.
#https://youtu.be/9yArKhY0rvE
Comments
Post a Comment