Tazkirah
*JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH S.W.T*
*Firman Allah S.W.T:*
*قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (53) وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ (54)*
*“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” [QS; Az-Zumar {39} : ayat 53-54].*
*Ayat di atas adalah seruan untuk segenap orang yang terjerumus dalam maksiat, baik dalam dosa kekafiran dan dosa lainnya untuk bertaubat dan kembali kepada Allah S.W.T. Ayat tersebut memberikan kabar gembira bahawa Allah S.W.T mengampuni setiap dosa bagi siapa sahaja yang bertaubat dan kembali kepada-Nya. Walaupun dosa tersebut amat banyak, meski bagai buih di lautan (yang tak mungkin terhitung). Sedangkan ayat yang menerangkan bahawa Allah tidaklah mengampuni dosa syirik, itu maksudnya adalah bagi yang tidak mahu bertaubat sehingga dibawa mati. Ertinya jika orang yang berbuat syirik bertaubat, maka ia pun diampuni.*
*Dalam ayat lain Allah S.W.T berfirman;*
*أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ هُوَ يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ*
*“Tidaklah mereka mengetahui, bahawasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya?” [Q; At-Taubah {9} : ayat 104].*
*وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا*
*“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [QS; An-Nisa’ {4} : ayat 110].*
*إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا (145) إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَاعْتَصَمُوا بِاللَّهِ وَأَخْلَصُوا دِينَهُمْ لِلَّهِ فَأُولَئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ وَسَوْفَ يُؤْتِ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ أَجْرًا عَظِيمًا (146)*
*“Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka. Kecuali orang-orang yang bertaubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka karena Allah. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar.” [QS; An-Nisa’ {4} : ayat 145-146].*
*Kepada orang Nasrani yang menyatakan ideologi trinitas (tunggal), masih Allah mengujakan untuk bertaubat. Allah S.W.T berfirman;*
*لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلاثَةٍ وَمَا مِنْ إِلَهٍ إِلا إِلَهٌ وَاحِدٌ وَإِنْ لَمْ يَنْتَهُوا عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ*
*“Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: “Bahawasanya Allah salah seorang dari yang tiga”, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir diantara mereka akan ditimpa seksaan yang pedih.” [QS; Al-Maidah {5} : ayat 73].*
*Kemudian setelah itu, Allah S.W.T berfirman;*
*أَفَلا يَتُوبُونَ إِلَى اللَّهِ وَيَسْتَغْفِرُونَهُ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ*
*“Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya?. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [QS; Al-Maidah {5} : ayat 74].*
*Walau mereka Nasrani berkata keji dengan mengatakan bahawa Allah S.W.T adalah bahagian dari yang tiga, namun Allah S.W.T masih memiliki belas kasih dengan menyeru mereka untuk bertaubat jika mereka mahu.*
*Lihatlah orang yang telah membunuh wali Allah, juga diseru untuk bertaubat jika mereka ingin,*
*إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ*
*“Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cubaan kepada orang-orang yang mukmin laki-laki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.” [QS; Al-Buruj {85} : ayat 10].*
*Imam Al-Hasan Al-Bashri Rahimahullah mengatakan, “Lihatlah pada orang-orang yang merasa mewah tersebut, mereka telah membunuh wali-wali Allah dan Allah masih menyeru mereka untuk bertaubat.”*
*Ayat di atas juga menerangkan tentang hal yang sama bahawa, setiap dosa boleh diampuni bagi yang mahu bertaubat. Lihatlah sampai dosa kekafiran pun, boleh Allah S.W.T ampuni jika kita benar-benar bertaubat. Apalagi dosa di bawah itu. Sehingga tidak boleh seorang hamba berputus asa, dari rahmat Allah S.W.T walau begitu banyak dosanya.*
*_Mudah2an Kita Semua Tergolong Didalam Golongan Orang-Orang Yang DiRahmati Dan DiBerkati Serta Dikasihi Allah SWT Disamping Orang-Orang Yang Kita Sayang_*
Comments
Post a Comment