PkpYr3.290

 <PkpYr3.290..OMICRON?>

#JADILAH Seorang yang hati bergantung ke masjid. 

#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin [Rehat Lagi! ]


‎بسم الله الرحمن الرحيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam musafir sekali lagi saya buat  Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudara mara, sahabat sahabiah, rakan taulan semua.


Sekali lagi, saya meninggal kan surau al amin tempat saya berjemaah walau pun saya bukan kariah di situ, tapi ia seperti sudah sebati surau al amin dan diri ini. Sekaligus meninggalkan saat duduk bersila depan ustaz & asatizah jika berkesempatan. Pernah saya dengar suatu ketika dulu, ada seorang arwah yang di warta kan mati ketika sedang sujud saat sedang solat berjemaah di surau. Dengar kata nya, dia tidak suka bermusafir kerana khuatir akan terlepas saat solat berjemaah di suraunya. Akhirnya, Allah tunjukkan pada dunia, janjinya benar dengan satu kematian yang husnul. 


Daripada Abu Hurairah ra, Nabi saw  bersabda, “Tujuh golongan yang dinaungi Allâh dalam naungan Nya pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naungan Nya: (salah satu darinya)

Seorang yang hatinya bergantung ke masjid”


Orang ini tidak akan terlepas setiap peluang memakmur kan masjid dengan ibadah dan amal amal soleh secara istiqamah, terutama solat fardu berjemaah. Hatinya selalu ‘risau dan resah’ apabila jauh dari masjid, berasa sedih apabila tidak boleh mendatangi waktu solat berjemaah atau ketika majlis diadakan.


Manakala, dalam satu cerita lain pula, pernah mendengar ada juga seorang alim yang tinggal di Madinah tidak mahu keluar bermusafir kerana hendakkan saat kematiannya biarlah di tanah suci Madinah. Paling paling jauh dia akan ke Mekah. Tapi tidak dengar pula macamana khatimh nya. Tapi inilah pada mereka yang benar benar mendalami menjiwai apa yang Allah telah rakam di dalam al quran dan nabi saw sarankan di hadis baginda dan wahyu Allah yang di sebut nabi tapi tidak di rakam dalam alquran ( qudsi ). 


Semoga kita terpilih untuk menjadi golongan seperti ini, kerana selayak nya kita kena bertindak sekarang, untuk tidak menyesal dalam redha ketika saat bertemu Allah suatu hari nanti. Usahakan lah sesuatu wahai diri dan semua.


Alhamdulillah. Sekian lama tidak berjemaah jumaat di surau Al amin, temgahari semalam saya diberi peluang berjemaah di situ. Tiba agak lewat, terpaksa menyusun saf di belakang bahagian tempat memasak. Sebentar kemudian, datang seorang Ajk menjemput saya untuk ke depan mengisi saf di sebelah bilik mesyuarat. Allahuakbar. Terimakasih Allah. Betul betul didepan kipas. Walaupun tiada hari yang tiada dosa tapi Allah tetap kurniakan nikmat, entahlah nikmat mana lagi yang hendak di dustakan. 


Di dalam khutbah semalam, sedikit yang sempat saya recal dan nak sharekan, betapa pentingnya kita ikut Quran dan hadis nabi saw. Kerana kedua dua nya inilah yang akan membawa kita ke jalan yang lurus. Malah, kalau kita lihat synchronisation antara kalam Allah dan pesan nabi saw sentiasa saja compliment each other. 


Khatib ada menyebut contoh al quran dan hadis selalu selari dan complimenting each other.


Al maidah ayat 6: “Wahai orang orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan solat, maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kedua kakimu sampai ke kedua mata kaki. Jika kamu junub, maka mandilah. Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air atau menyentuh perempuan, maka jika kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan (debu) itu. Allah tidak ingin menyulit kan kamu, tapi Dia hendak membersih kan kamu dan menyempurnakan nikmat Nya bagimu, agar kamu bersyukur”


Nabi aaw : “Aku diperintah berwudhu apabila hendak melakukan solat” [Abu Dawud (3760), Tirmidzi (1848)].


In shaa Allah, semoga kita semua berada dalam limpah kurnia rahmat Alllah kerana memikirkan macamana nak sempurnakan al quran dan hadis dalam hidup walaupun kita ini tidak pernah suci dari daki dosa. 


“Aku tinggalkan pada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengan nya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).” (Hadis Riwayat Imam Malik)


Mutakhir ini ramai yang persoalkan kesahihan sumber sumber hadis dan kebenaran Al Quran. Bagus untuk di periksa juga tapi periksalah juga setiap berita yang di terima dalam media massa kerana ia nya lagi tidak sahih berbanding Quran dan hadis. 


Maafkan saya, pag ini belum sempat share sambungan petikan Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin. 


#Akhir kalam..


Saya meninggalkan seri minang jam 3 petang dan tiba di Hotel Mitra Square, Ayer Keroh jam 420 petang. Berehat sebentar, kemudian langsai kan asar berjemaah bersama keluarga di bilik hotel secara qasar (dua rakaat) Sengaja di panjang kan wirid dan zikir kerana empat rakaat dah jadi dua, sayang pulak nak buang masa tersedia bersama Nya. 


Doakan kebaikan saya dan. permusafiran kali ini dan kejayaan saya dalam siri akhir World Golf Amateur Championship saringan terakhir sebelum final minggu depan di Forest City JB. Aaminn setiap doa. 


In shaa Allah masjid terdekat disini lebih kurang lima minit perjalanan adalah Masjid Al Alami MITC.  Moga Allah beri  kekuatan untuk berjemaah subuh di situ. 


Saat ketika masih ada peluang walau dalam belenggu Covid, marilah kita bersama sama mengunjungi dan mengimarahkan masjid sekali gus merebut ganjaran besar sebagaimana Nabi dah   sarankan: "Sesiapa yang pergi ke masjid atau pulang, Allah akan sediakan baginya tempat dalam syurga seperti mana pergi dan pulang."

 (Hadis Riwayat Muslim (669)


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Ikhlas dari,

<NCS @seriMinang>

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S