PkpYr3.289
*PkpYr3.289.OMICRON?*
#Sarapan Minda Muslim
#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin [Rehat]
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Jumaat, salam penuh kebertkatan buat Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua.
Syukur. Alhamdulillah kerana masih lagi bernafas dan di beri kekuatan dan kesihatan di hari Jumaat yang mulia ini. Penghulu segala hari. Moga kita dalam keadaan sihat berbahagia “sokmo sokmo”.
Istimewanya, Jumaat muncul seminggu sekali dan dengan situasi unik, kebaikan yang di lakukan di hari ini akan diberi ganjaran lebih dari hari biasa. Itu semua kita sudah tahu, cuma kita masih berdegil tidak mahu lakukan kebaikan kebaikan pada hari ini.
Sebentar lagi, jendela siang di buka, terlihatlah ciptaan Ilahi, akan tersingkaplah di hati yang “celik” keagungan, kekuasaan, kebesaran Allah SWT. Sesungguhnya, kita hanyalah insan kerdil yang tidak berdaya dan tidak punya apa apa, yang hanya menurut segala perintah Nya, menjauhi larangan Nya. Ini yang nak kena di santap oleh jiwa dan minda seawal pada sebuah hari Jumaat AllahuAkbar.
Melihat Alam Pagi ciptaan Ilahi ini akan mengingatkan kita tanda kebesaran dan kekuasaan Allah yang ada 99 sifat dan nama. Hayati kesemua sifat sifatNya dan jika dilihat dengan mata hati pasti kita akan takut dan akan menbuatkn kita setia untuk terus terusan tunduk sujud kepadaNya. Moga keindahan alam memberikan ketenangan jiwa dan minda. Ini lah elemen penting untuk kita menetapkan pendirian, mengawal diri dan bertindak positif. Syaitan akan mudah menggoda dan menghasut jika hati tidak tenang. Hati yang tenang dan bersih akan menyerlahkan keperibadian yang mulia. Maka, Sentiasa ingat akan Allah. Berzikirlah...
Kehidupan kita di dunia ini sungguh singkat. Terlalu banyak masa hanya sibuk dengan kehidupan duniawi. Dah banyak sangat dah kita luangkan. Luangkanlah juga masa untuk beribadat. Kita tidak lupa pada akhirat tapi kita jadi tidak peduli kerana kita belum sampai kesana. Carllah bekalan harus kita bawa untuk kita nikmati pula Keindahan di Syurga...
Alhamdulillah malam tadi bersama Ustaz Mohd Adlan Mokhtarudin di surau Al amin mendengar perkongsian nya
tentang kisah kisah para nabi yang selayak nya untuk kita menginsafi cara nabi nabi berdepan dengan kafir yang benar benar menentang fikrah agama Allah, kita kena belajar bertenang berdepan dengan mereka ini. Bila kita tenang barulah kita boleh rational. Saya pernah tonton satu video kisah bagaimana tenangnya seorang muslim pakistan berdepan dengan pemuda “mat salleh” kristian yang tidak berhenti henti “condem” islam. Walaupun si pemuda itu tidak “tewas” tapi ketenangan si pakistan muslim itu benar benar membuatkan Islam kekal di puncak. Kalau tidak silap kisah ini berlaku di satu ruang “Open Mic” di England atau Perancis.
“Ketakutan didasari dengan ilmu. Dengan pengetahuan mendalam. Beza orang yang berilmu dengan orang yang bernaklumat. Berilmu dan bermaklumat akan boleh memberi penyelesaian pada sesuatu perkara” ~ Ustaz Mohd Adlan.
“Kisah apa yang telah di bawa oleh para para nabi berdepan kafir dan munafik suatu ketika dulu hendaklah dibawa masuk ke dalam Realiti hari ini dunia akhir zaman. Beza nya nabi dengan kita, kita hendak betulkan orang yang dah ada islam, dah tahu Islam, nak ajak orang islam masuk islam. Nak betulkan salah faham orang islam tentang islam. Sebab itu faham islam itu penting, supaya mudah nak beramal dengan apa yang di ada dalam islam”
-Ustaz Mohd Adlan.
Itulah keadaan orang beriman, kenalah banyak bertenang ketika mendepani para kafirun munafiqun. Sepertimana Ibrahim as berdepan dengan kaumnya.
Ustaz Adlan beri dua ayat dibawah untuk kita cari tafsir dan gali, moga jadi kebaikan untuk kita di pagi Jumaat ini.
Al an’am 81 - 82.
وَكَيْفَ أَخَافُ مَا أَشْرَكْتُمْ وَلَا تَخَافُونَ أَنَّكُمْ أَشْرَكْتُم بِاللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا ۚ فَأَيُّ الْفَرِيقَيْنِ أَحَقُّ بِالْأَمْنِ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
"Dan bagaimanakah aku hendak takutkan apa yang kamu sekutukan dengan Allah itu (yang tidak dapat mendatangkan sesuatu bahaya), padahal kamu tidak takut bahawa kamu telah sekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan kepada kamu mengenainya? Maka yang manakah di antara dua puak itu yang lebih berhak mendapat keamanan (dari bahaya), jika betul kamu mengetahui?"
الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُم بِظُلْمٍ أُولَٰئِكَ لَهُمُ الْأَمْنُ وَهُم مُّهْتَدُونَ
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Semoga adalah sesuatu untuk kita jadikan santapan pagi pada mindakita hari ini. Untuk petikan buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin, kita berehat hari ini.
*Akhirul kalam...*
Sebab tu menuntut ilmu wajib dan di tuntut pada setiap insan. Ini kerana, ilmu agama ialah kayu ukur dalam kehidupan kita, menentukan samada perkara kita hala pada baik atau tidak.
Allah SWT mengangkat orang orang yang berilmu dengan beberapa darjat.
يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
“Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang orang yang beriman di antara kamu, dan orang orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”.
[al-Mujadalah:11]
Ini yang kita tidak sedar kerana bandingan kita hanyalah kedudukan dunia. Sedangkan, diangkat orang yang beriman dari orang yang tidak beriman dan orang yang alim dari orang yang bukan alim.
Dari Ibn Mas’ud RA, Allah mengangkat orang orang beriman yang diberi ilmu di atas orang orang beriman yang tak diberikan ilmu dengan beberapa darjat.
Keep on searching, do not stop.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Minda pagi dari si miskin dcc Allah, <ncs@SeriMinang>
Comments
Post a Comment