PkpYr3.291

 *PkpYr3.291.. OMICRON?*

#SERTAI ZIKIR SEPERTI MAHKLUK LAIN

#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin [Rehat Lagi! ]


‎بسم الله الرحمن الرحيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam liburan hujung minggu buat  Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudara mara, sahabat sahabiah, rakan taulan semua.


Seawal pagi begini terjaga dalam bening suara dinihari berdesing di telinga, teringat pula pada nasib diri yang tidak pernah berhenti berdosa dan sentiasa lalai berzikir pada Allah. Hanyalah solat lima waktu mengikat manusia untuk ingat Allah. Mujurlah ada ilmu ulamak dan makhluk Allah yang lain. Malah, zikir makhluk inilah yang mengekalkan rahmat Allah di muka bumi ini.


Semua makhluk Allah berzikir dan bertasbih (subhanallah) mengingati nya. 


Al-Israa [44] - Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguh nya Dia adalah Yang Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun”


Dalam hadis lain ada disebut yang pernah saya terbaca binatang yg tidak bertasbih memuji Allah akan menjadi buruan manusia, manakala pokok yang tidak bertasbih akan menjadi kering.


Indeed, Rasulullah (saw) said : “Its croaking is Tasbeeh. Narrated by An Nas’ai. (suara katak itu tasbih, memuji Allah, Riwayat An Nasai).


Hakikat nya setiap kejadian yang Allah ciptakan atas muka bumi ini adalah untuk kita berfikir dan ambil iktibar bahwa betapa kerdinya kita disisiNya. Oleh itu sebagai hamba yang mencari redha Allah, wajib kita bertndak dan ambil pendekatan membolehkan kita selalu berada dengan Nya.


Alhamdulillah. Selamat menamatkan permusafiran satu malam di Melaka, sebaik tiba semula di Seri Minang jam 5 petang. Tulang belakang terasa sengal sengal, tiada komplen sebab sedar diri semakin di mamah usia walaupun pada yang berusia 60 tahun masih berkata saya masih muda. Moga semakin sedar diri semakin menuju ke pada ketuaan yang tiada ubat baginya. Apalagi semalam ketika masuk ke kedai asam pedas, makan tengahari di Melaka sebelum bertolak balik, “ya Pakcik berapa orang?” di sapa anak muda. Mana lagi indikatornya kalau bukan rambut memutih di kepala dan kulit muka yang makin mengendur malah gigi pun sudah banyak yang bertunggul. 


“Allah, Dialah yang mencipta kan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadi kan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa” (A-Rum:54).


Dijelaskan juga dalam tafsir AlQurthubi disebutkan, “Bab AnNadzir atau tentang uban; tanda-tanda dekatnya ajal dan usia tua seperti melemahnya pandangan, membungkuknya punggung dan berubannya rambut.”


SEDARLAH WAHAI DIRI..


Setiba maghrib mujurlah kehendak akal melawan kehendak nafsu yang masih hendak berehat. Akhirnya, menginjak kaki ke surau al amin untuk berjemaah maghrib dan berlingkar duduk bersila didepan ustaz Drs Rejab Selamat mendengar “ SIAPA YANG DUDUK DENGAN 8 GOLONGAN AKAN DAPAT 8 PERKARA”.


Alhamdulillah. Jadi sempena dengan masih belum dapat edit petikan dari Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin pagi ini saya sharekan sedikit.


Ustaz Drs Rejab Selamat - RAPAT DENGAN 8 golongan akan di beri 8 perkara


Alhamdulillah. Allah beri kelapangan masa pada kita untuk berjemaah dan duduk mendengar ilmu. Mudah2an malaikat mendoakan keselamatan dan keampunan untuk kita, juga mudah2an berkat doa para malaikat dipermudah kan urusan sehingga terlepas kita dari siksa api neraka kelakZ 


Imam ghazali - “ siapa yang duduk dengan lapan manusia Allah akan beri  lapan perkara”


1.Siapa yang suka duduk dengan orang kaya, Allah akan tambahkan cintanya pada dunia dan semangat untuk himpunkan kekayaan dunia sepuas puasnya. Ini adalah tempias. Tak salah jadi kaya, sahabat nabi semua kaya. Dunia dipegang dengan empat perkara - donya si miskin, adil pemimpin, dengan dermawan orang kaya, doa dan ibadah umarak. Kalau tidak dgn ilmu ulamak, hilanglah redha Allah. Dunia segala sesuatu yang tak beri manafaat pada kita selepas kita mati, hanya untuk puaskan nafsu jua semata mata tapi yang beri manafaat diakhirat adalah hal dunia yang diguna kan untuk perkara perkara akhirat. 


“Siapa yang hidup nya dunia semata maka Allah akan haru birukan urusan hidup nya. Allah jadikan kefakiran itu dimata nya, sehingga tidak pernah rasa cukup, dia akan dapat dunia hanya apa yang ditetapkannya. Tapi siapa niat hidup akhirat, maka Allah akan permudahkan urusannya. Dan Allah akan jadikan kekayaan didalam hatinya, dunia akan berlutut padanya dengan hina.


“Siapa kejar akhirat dunia akan ikut, siapa yang kejar dunia akan tertinggal akhirat”


Satu dokumentari tentang hidup orang Arab yang mewah tapi mereka ini kerja tak lama, jam 4, pejabat sudah pun tutup. Kuncinya mereka bersegera dalam urusan akhirat. Ayat seribu dinar dibuktikan disini. Maka jangan bertangguh dengan urusan Allah. 


Sambung esok...


Akhir kalam..


“Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” (An-Nur: 41).


Setiap makhluk memiliki cara ibadah nya sendiri sesuai dengan keadaan mereka. Allah telah mengilhamkan bagaimana cara beribadah dan cara bertasbih. 


Belajarlah menyayangi setiap makhluk Allah bahkan benda-benda mati di sekitar kita. Jangan sampai menyakiti mereka kerana meski punya banyak kekurangan, tetapi mereka tetap bersyukur pada Allah. Inilah yang harus kita pelajari bersama.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Seikhalsnya dari,

#Ncs@SeriMinang

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S