PkpYr3.292

 *PkpYr3.292.. OMICRON?*

#Bersama Mentari Pagi

#8 golongan diberi 8 perkara

#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin [Rehat Lagi! ]


‎بسم الله الرحمن الرحيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudara mara dan sahabat sahabiah, rakan taulan semua. Sama sama kita tunggu sinaran mentari pagi ini, moga cahaya yang menyinari pada hari ini akan membawa kekuatan baru buat diri dan jiwa kita.


Ada satu kata kata yang kalau kita renungkan sebaliknya, kita akan lebih redha dengan apa yang berlaku dalam hidup kita. 


“kadangakala Allah sembunyikan matahari, lalu Dia datang kan hujan dan petir. Kita tertanya tanya kemana hilangnya matahari, rupa rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah”. 


Sebab itu sabar itu indah, bukan pasrah tapi redha kerana redha itu lebih besar dan hebat dari sabar. Malah, apa apa yang kita dapat hari ini adalah kerana apa yang kita buat. Nakkan kita rasa senang, kita kena suka orang lain senang, nakkan bahagia, kita kena bahagiakan orang lain. Seperti satu kata kata ini: hidup ini umpama cermin. ia akan senyum kepada kita bila kita senyum kepadanya.


Pagi indah cuaca aman, 

Udara segar sinar mentari,

Selamat pagi saya ucapkan,

Semoga hidup semtiasa diberkati. 


Pagi cuaca di ramalkan mendung, selamat menjalan kan tugas duniaawi untuk sesuap nasi, jangan lupa tugas hakiki demi untuk kebahagiaan ukhrawi. 


Pagi ini kita sambung nota dari ustaz Drs Rejab Selamat berkenaan lapan golongan akan mendapat 8 perkara. Semalam kita lihat orang yang selalu bersama orang kaya. 


#Ustaz Drs Rejab Selamat - 8 golongan akan di beri 8 perkara (golongan kedua) 


Imam ghazali - siapa yang duduk dengan lapan manusia Allah akan beri  lapan perkara. 


2.siapa yang suka duduk dengan orang fuqara’ miskin, Allah akan tambahkan rasa syukur dan redha dgn apa yang Allah berikan. “Alang kah indahnya hidup orang beriman, dapat musibah dia bersabar, dapat nikmat dia akan bersyukur”


Redha atas pada sabar. Dari Radhiwatul adawiyyah - orang yang dah dimaqam redha, gembira ketika musibah seperti gembira ketika terima nikmat. 


Cicit nabi Ali bin husin bin ali, dia hidup ketika Sayyidina Husin dipenggal kepala di Karbala, tapi saat itu dia sakit sebab itu dia selamat. Dia digelar zainal abidin, dia suka menyantuni rakya rakyat yang miskin. Meronda bandar dan kenal pasti yang miskin, kemudian letakkan makanan didepan rumah. Tidak ada yang tahu siapa letak makanan itu hinggalah dia meninggal ada tanda hitam dibahunya kerana memikul makanan. Pernah di panggil orang miskin untuk makan bersama dan dia layani mereka dan berikan makanan.


Semoga ada yang mencuit minda untuk kita berubah kepada yang lebih baik. Pagi ini petikan dari Fiqh siasah Khulafa Arrasyidin masih belum bermula. In shaa Allah akan bersambung nanti...


*Akhir kalam...*


Hidup lebih bermotivasi dan bersemangat jika kita saling share perkara yg baik. Guna kanlah sebaikmungkin setiap media yang ada untuk kita raih yang terbaik disisiNya 


Setiap pagi membawa kita harapan dan peluang baru. Jangan biarkan pagi yang indah ini berlalu pergi oleh mimpi yang lena. 


Jangan putus asa dengan dosa dosa kita. Selamat melata di bumi Allah.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Sekian dari,

*ncs@SeriMinang*

#Bukit Unggul

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S