PkpYr3.293
*PkpYr3.293.. OMICRON?*
#Ustaz Amri. SEDARI DIRI
#8 golongan 8 perkara
#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin [Rehat Lagi! ]
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam sejahtera buat Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudaramara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua.
Seawal pagi begini, eloklah kalau sedarkan kita sendiri tentang yanb kita ini sedang diperhatikan Allah. Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa kita inj sedang diperhatikan Nya, SENTIASA INGAT kita sedang diperhatikan Allah. Jangan lupa, leka, lalai kita sedang diawasj oleh Allah. Ini adalah antara asas untuk mendapat kekuatan iman dan juga cara agar lebih khusyuk dalam ibadah. Ini juga antara cara nak hindari maksiat. Latihlah hati supaya selalu berkata , “Aku sedang diperhatikan Allah”. Iman yg paling afdhal ialah apabila kita tahu Allah menyertai kita di mana pun kita berada. Masaalahnya, Tahu tapi selalu tidak sedar diri.
Semalam, dari seusai solat subuh berjemaah ke senja, tidak berhenti dengan urusan dunia. Mujurlah ada solat lima waktu terselit di celah celah menjadi pengikat kepada ingatan pada Nya. Bayangkan kalau yang lima waktu itu pun kita tidak di peduli. Malam nya, usai maghrib berjemaah, Allah izin kan dan pilih untuk ada di kalangan mereka yang cintakan majlis ilmu walau diri tak pernah suci dari daki daki dosa. Terimakasih Allah. Itupun menerima teguran dari Ustaz Amri.
“Sumber kebaikan bagi manusia, yanb di ajar Nabi Adam as ialah tak pernah lihat asal kejadian, semua kebaikan itu bersumberkan Allah swt. Kesemuanya Allah yang beri modal untuk jadi kan kita ini boleh melakukan perkara perkara baik. Sebab itu janganlah kita perasan dengan segala kebaikan yang kita buat. Tanpa solat, zikir dan ibadat pada Allah, kita tidak akan ada modal untuk buat kebaikan tetapi sebaliknya kita akan mudah melenting. Sebenarnya, para wali Allah, bila kita melihat mereka pun akan terasa untuk berbuat baik. Jadilah, yang Mukhlis dan mukhlas - sentiasa perbetulkan niat untuk Allah. - ustaz Amri @ Surau Al Amin 14 Jamadil Akhir.
In shaa Allah, kita sambung pula nota ustaz Drs Rejab Selamat, tentang lapan golongan akan dapat 8 perkara. Kali ini yang 3.
3.siapa yang suka duduk dengan penguasa yg ada jawatan. Allah akan tambah kan sifat sombong dan hati yang keras. Sombong ialah menolak Kebenaran dan suka menghina manusia. Sombong ini pun ada juga sombong pada Allah dan sombong pada Rasul dan juga ada yang sombong sesama manusia. Yang sombong pada Allah ni dia tak nak buat apa yang Allah suruh malah melanggar apa yang Allah larang. Sombong dengan nabi pula tidak nak buat sunah nabi saw.
Kisah abu salamah, tentang cara nabi saw yang suka bersugi. Ada yang bila dengar tentang nabi suka bersugi, dia ambil sugi, digunakan sugi utk gosok punggung nya, Akhirnya bernanah dan ada binatang di situ hingga akhirnya dia meninggal. Tak nak buat sunah nabi tak apa, tapi jangan hina sunah nabi.
Kata al hikmah, Sombong sesama manusia kerana pangkat kedudukan, harta dan kaya, rasa lebih pandai dan pintar, rasa lebih tampan atau cantik, berketurunan lebih baik. Tapi ada sesuatu d pandang lebih buruk, yang berpangkat kalau sombong itu buruk tapi kalau miskin tapi sombong, ini lagi buruk sehingga Allah tak mahu tengok muka mereka di akhirat. Sama lah ornag tua yang berzina pada usia yang lanjut.
“Tak guna harta dan anak kecuali mereka yang akan bertemu dengan Allah swt dengan qalbu salim - hati yg tenang”
Nak hidupkan hati semula, rajinlah duduk dengan orang yang soleh ( sertailah majlis ilmu), selalulah baca quran, selalulah laku kan quamulail ( solat malam), kosong kan perut, zikrul maut (banyaklah ingat mati yang memotong rasa kelazatan hidup)
Esok, yang ke empat dan seterusnya. SeMoga ada manafaat setakat ini.
*Akhirul kalam...*
Rasulullah saw. bersabda : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsu nya dan kemudian harapkan pertolongan Allah". (Tirmizi)
Allahuakbar.!
Semoga kita meninggalkan dunia dalam keadaan di ampunkan Allah.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Suntingan pagi oleh,
*ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment