PkpYr3.294

 *PkpYr3.294.. OMICRON?*

#LAGI DARI Ustaz Amri.

#8 golongan 8 perkara

#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin [Rehat Lagi! ]


‎بسم الله الرحمن الرحيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam dinihari buat yang dirahmati Allah Mak ayah, ahli saya, adikberadik, ipar duai, makcik pakcik, saudara mara, sahabat sahabiah, rakan taulan semua.


Dinihari ini sudah terjaga, Alhamdulillah, semua masih ada disisi. Selaku kepala keluarga, kita teruskan tugas sebagai ketua keluarga. Dan untuk itu ada dua kata kata pagi yang saya nak share pagi ini, ini semuanya saya petik dari nota kuliah yang sempat saya catat ketika duduk didepan ustaz Amri malam sebelumnya. Semoga ada yang dapat membantu kita membina jati diri dan membina keluarga kita. 


“Mutaakhir ini, anak muda bila bab solat akan ada 2 character - malas dan lesu. Mana silapnya ? Sebenarnya, kaedah dalam agama, bukan ajarkan anak rukun solat saja tapi lebih utama kena ajar juga akidah dan akhlak. Ilmu makrifatullah. Inilah yang dipasak oleh nabi pada sahabat selama 13 tahun. Bila anak diajar ibadat, hanya pada zahir saja, inilah yang akan melahirkan sifat munafiq kerana tiada roh dalam solat. Berselindung dgn amal zahir semata, tanpa roh Islam. Tanamkan kefahaman tentang asma ul husna. Sebab itu kita kena tahu syarat sah solat dulu sebelum kita belajar rukun solat. Maka, tekankanlah pada anak anak solat itu untuk siapa. Begitu juga, dengan isteri, tanamkan kefahaman aqidah barulah mudah untuk Isteri ikut suruhan suami. Ajarkanlah buat semua ini hanyalah untuk Allah swt” - Ustaz Amri @ Surau Al Amin. 


“Kenapa timbul perasaan takut bini ? Inilah permainan iblis. Membina bahtera perkahwinan atas nama cinta manusia (nafsu), bukan atas dasar iman, ibadah dan ketaatan. Terjebak dengan permainan kata janji setia. Setia itu sampai ke syurga, bukan di dunia semata. Apa guna setia di dunia tetapi di syurga hilang ntah ke mana. Kahwin satu dikatakan setia. Kahwin dua dikatakan curang. Kahwin tiga dituduh nya kuat nafsu. Salah ke berkahwin lebih ! Kahwin itu hukumnya sunnah, kahwin lagi hukumnya ? Haram ?? Inilah permainan iblis. Meletakkan hukum atas neraca akal dan nafsu, bukan lagi pada agama. Akhirnya, manusia hidup berlawanan dengan firahnya. Sanggup berlaku curang dibelakang, yang penting kekal "setia". Yang mampu kahwin lagi, ternafi fitrahnya seperti yang dibenarkan oleh agama dek kerana takut bini, takut pada  kata2 manusia. Yang tidak mampu, mencabuli fitrahnya dengan menzalimi kaum wanita pula. Jadilah wanita suka hidup sendiri, hidup berdikari, sedangkan wanita dicipta mesti disamping lelaki. Inilah permainan iblis. Dirasakan pasangan itu milik kita, hanya kita yang punya sedangkan pasangan kita pinjaman Allah semata. Boleh jadi lebih, boleh jadi mati, boleh jadi berubah hati, boleh jadi semakin tiada hati. Hidup mati jodoh rezeki urusan Allah bukan manusia. Maka berkasih sayanglah pada pasangan kerana Allah bukan mengikut nafsu diri. Perkahwinan adalah ladang pahala bagi insan yang beriman. Janganlah berbuat baik pada pasangan untuk hanya dapatkan perhatian pasangan, nanti pedih hati kalau tidak berbalas. Tetapi berbuat baik pada pasangan untuk mendapat perhatian Allah SWT, pasti hidupmu menjadi tenang dan senang” - Ustaz Amri @ Surau Al Amin. 


Semoga tenang damailah hidup kita dengan fikrah agama yang tak dapat tidak kena kita ikuti. In shaa Allah. 


Untuk sambung nota dari Ustaz Drs Rejab Selamat rasanya tulisan pagi ini dah panjang sangat. Jumpa esok lah. 8 golongan 8 perkara bersambung esok. Petikan dari Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin juga masih rehat.


*Akhirul kalam...*


Malam sudahpun berlalu tinggalkan kita terlena diulit mimpi lagi barangkali. Tidak mengapa asalkan sebelum tidurnya ditemani ayat ayat keramat 30 barisan, moga terselamat dari seksa kubur andai hidup di alam fana di ambil ketika diulit malam. 


TAPI ada sesuatu tentang malam dan dinihari, suatu saat yang boleh melahirkan keintiman antara kita dengan diri sendiri. Waktu ketika kita menyerahkan segala doa dan rasa kepasrahan, keluh pada keheningan. Waktu yang seringkali dirasa paling tepat berdialog dengan diri sendiri, bahkan dengan Sang Pencipta. Setelah tertahan, siang hari begitu sibuk, tiba saat merefleksi diri selepas  hari hari yang terasa begitu berat, tiba masa mencurah kan isi hati. Semua dilakukan demi damai dan juga tenang dalam redhaNya. 


Ini semua kerana BILA TiBA saatnya, kita akan tahu siapa kita... 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Coretan oleh, 

*ncs@SeriMinang*

#https://youtu.be/4q98ELeqq60

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S