PkpYr3.294

 <PkpYr3.294.. OMICRON?>

#DAH KHAMIS LAGI...

#Lapan golongan lapan Perkara ( di tangguhkan) 

#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin [SERANGAN KE ATAS OMAN[1]]


‎بسم الله الرحمن الرحيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Khamis walaupun baru lagi terasa Isnin buat yang diredhai Allah Mak ayah, ahli saya, adikberadik, ipar duai, makcik pakcik, saudara mara, sahabat sahabiah, rakan taulan semua. Bersiap sedia lah menerima kehadiran Jumaat sekali lagi. Jangan lepas peluang.. 


Kita sudah tiada masa, masa berlalu pantas. Januari 2022  menghampiri minggu ke 4. Apa yang merisaukan kita,

kita berterusan juga dalam kejahilan. Apa ini manifestasi

hilangnya keberkatan masa kerana kita sibuk dengan urusan dunia semata mata. Siapa peduli kan? Asal kita bahagia didunia, dapat apa yang kita nak. Cerita akhirat tu tunggulah sampai saatnya barulah kita fikirkan. Begitu kah yang ada dalam benak fikiran kita? Allah, Walahiya zubilllah. Semoga kita bukan dari golongan ini, sebaliknya kita dalam golongan yang selalu pertingkatkan amalan soleh kerana phenomena “setahun dirasa seperti sebulan” berlaku kerana menandakan kurangnya amalan soleh yang dilakukan dalam kehidupan kita.


Ini lah di antara tanda tanda Kiamat yang kita tahu tapi kita tak pernah nak peduli. 


“Tidak akan berlaku Kiamat hingga waktu terasa begitu pantas, setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu sambaran api.” [Riwayat al Tirmizi (2332)] [Hadis ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban di dalam sahihnya]


Sekadar renungan tapi untuk tindakan bersama....


Alhamdulillah. Pagi ini kita kembali bersama petikan buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin. Sedar tak sedar, kita sudah pun membaca separuh buku tersebut. Moga adalah manafaatnya dan paling penting, Allah tambahkan faqih kita dalam agama. 


#SERANGAN KE ATAS OMAN[1]

 

Penduduk Oman menerima Islam sejak zaman nabi SAW melalui utusan Baginda, ‘Amr bin al-‘As RA yang membawa sepucuk surat. Kedua dua pemimpin utama mereka yang berpengaruh, Jaifar bin al-Julanda dan ‘Abbad bin al-Julanda. Sekalipun Nabi  SAW telah wafat dan banyak qabilah Arab yang murtad dan menyeleweng daripada Islam, namun mereka tetap teguh bersama Islam.

 

Terdapat seorang pemimpin qabilah yang berpengaruh di Oman, iaitu Laqit bin Malik al-Azdi. Dia dikenali dengan gelaran Zu al-Taj (pemilik mahkota) kerana memakai mahkota. Dia juga mengaku menjadi nabi, membawa bala tentera untuk memerangi orang orang yang beriman.

 

Keadaan yang berlaku memaksa orang orang beriman menyelamatkan diri dan bersembunyi di bukit bukau bersama pemimpin pemimpin mereka. Dalam pd itu, sementara menunggu kedatangan bala tentera bantuan dari Madinah, Jaafar menghantar perutusan untuk meminta bantuan daripada Khalifah Abu Bakar RA.


Khalifah Abu Bakar RA menghantar dua bala tentera yang diketaui oleh dua orang sahabat iaitu:

 

1) Huzaifah bin Muhsan al Ghalfani dari Himyar supaya pergi ke Oman.


2) ‘Arfajah bin Harthamah al-Bariqi dari Azd supaya pergi ke Mahran dengan ketetapan Huzaifah sbg Amir (ketua).


Kemudian para pemimpin Islam di Oman diarahkan mengadakan muafakat dengan mereka berdua. Selesai menjalankan tugas dan bila bila masa sahaja tiba di Oman, ‘Ikrimah RA diarahkan oleh Khalifah Abu Bakar RA menuju ke Oman dan Mahran.


Huzaifah dan ‘Arfajah pula diperintahkan mengikut ‘Ikrimah RA, dan akhirnya mereka bertemu di satu tempat bernama Lijam terletak sebelum tiba di Oman. Mereka menghantar perutusan kepada pemimpin Islam di Oman.


Ketibaan mereka diketahui oleh Laqit iaitu pemimpin kumpulan murtad itu, lalu mengarahkan pengikutnya bersiap sedia berperang. Musuh mengambil tempat di Kawasan bernama Daba, yg  merupakan pekan dan pasar di daerah itu.


Adapun Jaifar dan ‘Abbad keluar dari kubu pertahanan mereka, lalu menuju ke suatu tempat bernama Suhar yang  dijadikan markas perang. Dalam masa yang sama mereka memaklumkan kedudukan mereka kepada ketua ketua bala tentera bantuan. Akhirnya berlakulah pertempuran yang sengit.


Pada saat yang mencemas kan berhadapan dengan jumlah musuh yang lebih besar itu, bantuan tentera Islam tiba dengan bala tentera yang terdiri daripada qabilah Najiah dan Ummu Qays. Turut bersama bala tentera itu adalah para pemimpin mereka yang handal berperang.


Kekuatan tentera bantuan, memberikan kemenangan kepada tentera Islam daan Tentera musuh seramai 10,000 orang berjaya dibunuh. Sejumlah besar harta ghanimah memenuhi pasar berjaya dirampas.

 

ESOK KITA LIHAT FAKTOR MEMBAWA PADA ISLAM MENANG DI OMAN...


“c u all 2moro...”


<Akhirul kalam...>


Dunia pada hari ini penuh dengan hal hal luar biasa sehingga  membawa rasa hampir berlakunya Kiamat. Ini lah akhir zaman, umatnya berdepan ujian, fitnah dan cubaan yang mencabar. Pandai pandailah kita semua composekan diri dengan Islam dalam riuh pikuk kehidupan akhir zaman ini. 


Kata asatizah, INDEED, hanya dengan keimanan yang teguh, beramal dengan ilmu yang sahih sahaja akan menyelamatkan kita semua daripada ujian, fitnah dan cubaan ini.


“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan pesan dengan kebenaran jua  berpesan2 dengan sabar”

- surah al-‘Asr:


Moga Allah SWT jadikan kita dalam kalangan hamba2Nya yang sentiasa meningkatkan amalan soleh. manfaat kan masa sebaiknya. assebab itu kita  berjaya di dunia dan Akhirat. Amin.

 

Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Seadanya dari insan hina, 

*<ncs@SeriMinang>*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S