PkpYr3.295.OMICRON

 *[PkpYr3.295.OMICRON?]*

#Tempat ALLAH dalam HATI 

#8 golongan 8 Perkara 

#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin [SERANGAN KE ATAS OMAN[2]]


‎بسم الله الرحمن الرحيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Buat Mak ayah, ahli saya, adik beradik, iparduai, juga makcik pakcik, saudaramara sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua.


Salam Jumaat, Syukur lah, sampai juga usia ke Jumaat minggu ini. Semoga di usia dinihari yang begini, walau terkedek kedek tambah ilmu, takpe pelan pelan “kayuh” asalkan sentiasa berusaha, jangan berhenti. 


Tak nak buang masa, saya sertakan 5 perkara lain yang dinyatakan ustaz Drs Rejab Sulaiman dari Imam Ghazali perihal 8 Golongan dan 8 Perkara. Yang mana tiga darinya telahpun di nyatakan sebelum ini. 


Tiga yang pertama sebelum ini adalah: siapa yang suka duduk dengan orang kaya, siapa yang suka duduk dgn  orang fuqara’ miskin dan siapa yang suka duduk dgn  penguasa dan orang yang ada jawatan. Rujuklah nota semula. Baki yang lima lagi adalah:


4. Barangsiapa yang sering duduk dengan perempuan, Allah akan menambahkan kepadanya kebodohan dan syahwat.


5. Barangsiapa yang sering duduk dengan anak anak kecil, Allah akan menambah kan kepadanya kelalaian dan senda gurau.


6. Barangsiapa yang sering duduk dengan orang orang fasik (gemar bermaksiat), Allah akan menambah kan 

keberanian berbuat dosa dan kemaksiatan serta semangat untuk berbuat maksiat, juga menunda taubat.


7. Barangsiapa yang sering duduk dengan orang orang soleh, Allah menambahkan kegemaran dalam amalan amalan ketaatan.


8.Siapa yang suka bersama ulamak, maka akan tambah ilmu dan sifat warak. 


Semoga kita mendapat sesuatu untuk di masukkan ke dalam fikiran sehingga menjadikan kita lebih berfikir tentang mengimbangi hidup dunia dan akhirat. 


Kita sambung sikit lagi bacaan dari Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin, faktor faktor kejayaan Islam di Oman.


#SERANGAN KE ATAS OMAN[2]


Faktor terbesar kemenangan Islam di Oman ialah:

 

1) Pemimpin mereka yang pintar dengan mengumpul kan pengikut kalangan orang beriman dengan jumlah yang besar. Selain itu, kebijakan pemimpin itu membawa mereka bertahan di Bukit bukau yang menjadi benteng pertahanan semula jadi, dan sabar menunggu tentera bantuan tiba.

 

2) Kedatangan tentera Islam daripada qabilah Bani Juzaiz, Bani Najiah dan Bani Abd al Qays yang ikut berperang dengan gagah berani. Mereka bukan sahaja mempunyai iman dengan teguh, malah membantu dengan penuh kerelaan. Semata mata untuk menentang musuh dan menyelamatkan saudara seagama yang dalam keadaan yang sangat terdesak.

 

3) Gabungan tiga pasukan tentera yang di selaraskan dengan seorang pemerintah tentera ‘Ikrimah RA. Akhirnya berjaya melaksanakan tugas dengan teratur rapi mengikut strategi yang telah diatur.

 

Esok kita lihat apa berlaku di Bahrain. 


*Akhirul kalam..*


Tiada ada apa yang nak dibanggakan semalam. Urusan dunia seperti biasa. 

Tapi pagi dinihari ada yang teralat di hati. Izinkan saya catat apa yang bermonolog di lubuk sana: 


Janji Allah; taman2 syurga, rumah di syurga, pelamin di syurga, tempat beradu di syurga, bidadari2, makanan dan buah buahan, air serta sungai2 di syurga. Indahnya. Tapi bagaimana pula taman untuk Allah. Tersentuh dgn  kata2 dalam Hadis Kudsi: 'Sesungguhnya KU jadikan syurga itu taman utk hamba hambaKU, dan taman bagiku adalah HATI2 mereka” 


ALLAH hanya mahukan hati kita sahaja. Bukan yang lain. Hanya HATI. Subhanallah.

Patutlah hadis Nabi banyak menyentuh tentang hati, tentang niat. Sebab itu lah tempat jatuhnya pandangan AllaH. Tempat Allah adalah dalam HATI hambanya.


“Wahai Tuhan, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)". - petikan Al Kahfi; 10.


Selamat melata di bumi Allah


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Tulisan ini di pena oleh,

*<ncs@SeriMinang>*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S